Wednesday, July 26, 2017

Nur Irdina dan Mak berpisah seminggu

Seminggu Mak berkursus di Shah Alam.
Awal 2 minggu macam tu dah bagitahu Irdina hari-hari pasal tu.
Sampai dia dah boleh jawab "kalau Mak kursus, Dina duduk rumah nenek".

Kisahnya.
Hari pertama Mak baru nak berkursus, Abah dia hampir pengsan food poisoning.
Haru celaru dan bingung, risaukan dua beranak tu.
Nasib baik ada mak mertua sekeluarga jagakan mereka.
Alhamdulillah dapat selesai kursus tersebut.

Bila rindu call dan video dengan Irdina.
Tapi katanya dia memang tak mencari Mak langsung.
Mungkin sebab dah terpahat dalam minda yang Mak tak ada kat rumah, yang ada Abah je.
Huhu.

Hari akhir kursus, terus rush balik rumah.
Sebab nak bertolak ke Kuantan pula.
Dah lama booking rumah rehat Swiss Garden tu.
Mula bertimbang-timbang juga sebab Abahnya baru sembuh.

Reward Nur Irdina, Abah,dan keluarga mak mertua dengan percutian tersebut.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

*Bulan Julai tak banyak dapat tulis entri sebab sibuk ke buat-buat sibuk hal lain. hehehe.