Sunday, July 22, 2018

Nur Irdina ke Langkawi

Alhamdulillah.

Akhirnya cita-cita Nur Irdina nak pergi Langkawi dah termakbul.
Kisahnya kami tiga beranak ke sana dari hari Jumaat dan balik semula Isnin.

Daripada seluruh perancangan, alhamdulillah almost 98% tercapai dilaksanakan. 2% tu faktor masa, emosi dan tenaga dsb. Kami buat itinerari dan plan ni dah lama Mak Dina usahakan. Abah Dina follow je.

Hari 1 (13/7/18)

1. Kami gerak ke KL malam Khamis dan stay kat hotel sekitar TBS. Memikirkan kemungkinan kalau gerak dari rumah subuh sempat ke nak kejar train pagi Jumaat tu. Untuk tidak rushing dan kelam kabut, kami stay kat KL malam tu.

2. Tiket ETS ke Arau pukul 9.45 pagi, dah sebulan awal dibeli secara online. Kenapa nak naik ETS? Sebab nak bagi pengalaman kat Irdina. Irdina pernah naik train masa pergi Jepun dulu, cuma this time nak rasa train yang lama tempoh perjalanannya dan agak baru di Malaysia ni. Last kami berdua pergi masa tahun 2013 masa tu ada lagi train Senandung Langkawi (gerak malam sampai subuh) ada siap bed tidur lagi. Sekarang ni semua dah gerak pagi, dan returns malam. Jadinya Irdina excited walaupun adalah ketika masanya dia nak meragam juga. Contohnya bila dia tiba-tiba jadi malas nak berjalan minta dukung, dia merengek la buat perangai.

 Waiting for ETS2-9420 to Arau


3. Alhamdulillah, pukul 3.45 petang Jumaat  kami sampai di Arau. Sepanjang 5 jam lebih dalam train Irdina behave. Masa train nak sampai boleh pula dia berak, nasib baik dah siapkan pakai pampers. Masuk train terus ke toilet. 2nd time dia nak kencing sebab pampers dah tak pakai masa tu. Punyalah sejuk aircond dalam tu sampaikan Abah Dina pun tak tahan gigil. Kami beli lunch meals (nasi beriani dan nasi tomato) dalam train. Snacks kami beli kat TBS dan sempat sarapan dulu sebelum naik train. Irdina aktif dalam train, bila dia start bosan kami distract dia. Lepas makan nasi, dia dah kenyang barulah dia tidur sampailah tiba di Arau.

4. Sampai Arau, kami naik teksi ke Kuala Perlis harganya RM26.00. Tiba di jeti, kami beli tiket dua hala (tiket balik OPEN) dengan harga total RM98.00. Mula-mula ada gak survey tiket flight untuk balik tapi memandangkan takut luggage bertambah (walaupun kata tak nak beli apa-apa, manalah tahu kan) dah kena beli luggage lebih dan harga tiket jadi lebih mahal dari bajet. Nak naik flight masa pergi pula, harga tiket pergi lagi mahal dari harga balik. So tak jadilah ambil flight. Nak naik train masa perjalanan pula 7.30 malam sampai 12.00 tengah malam, lagilah penat nak drive terus ke rumah. So kami plan naik bas ekspress sahaja. Lepas tanya Irdina dia kata nak naik bas. Mula nak terus ke terminal bas pergi beli tiket, tak jadi sebab fikir balik tiket feri OPEN so masa nak balik je la beli. So pergi solat dulu dan tunggu feri berlepas 5.30 petang.

 Waiting for ferry to Langkawi.

5. Ni nak cerita masa naik feri, Irdina memang aktif teruja. Mak Dina yang mabuk dan muntah sebab feri tu laju dan laut gelora besar (diakui oleh penduduk setempat yang naik sama feri). Staff feri tu siap sediakan plastik untuk muntah. Irdina bila tengok Mak dia macam tu dia pun termuntah sama. Nasib baik Abah Dina biasa dengan laut sebab dah selalu ke tengah laut, so beliau maintain dan handle Irdina. Dalam kul 6.45 petang camtu sampailah ke Jeti Kuah.

6. Dah deal dengan owner homestay tunggu depan Starbuck. Beliau serah kereta dan menuju ke rumahnya. Saja pilih homestay sebab nak basuh baju dan rasa duk homestay pun ok daripada duk hotel. Bawa baju pun sikit ja. Kami sewa kereta Axia dan menariknya Mak Dina pernah ada hajat nak beli kerete Axia kaler cherry, so dapatlah kami rasa. Tapi lepas naik, Mak Dina rasa tak jadi nak beli kereta baru. Tunggulah anak dah besar sikit ke. Dan Mak Dina tak naklah beli Axia. Hiks.

7. Kami sampai di homestay (area Ulu Melaka) dah maghrib dan langit dah gelap. Lepas mandi bersiap keluar pergi makan malam. Kat simpang nak masuk taman tu je. Peliknya satu pinggan nasi dan mee goreng punyalah banyak portion dia. Tak larat nak habiskan kami bungkus. Harga boleh tahan la dengan kuantiti. RM22.50 untuk 1 nasi goreng cina, 1 meehoon goreng dan 1 daging masak merah, air oren dan limau ais. Balik rumah basuh baju dan rest.


Hari 2 (14/7/18)

1. Seperti dalam itinerari pagi Sabtu kami akan naik kereta kabel. Tiket RM40 (A) dan RM30 (C) dah siap beli online. Pakej tu termasuk Skycab (Cable car), SkyDome, 3D Art dan SkyRex. Sebelum ke sana, kami singgah sarapan dulu di Restoran Fatimah makan nasi lemak sotong dan ikan bilis. Sampai di sana, terus ke kaunter 6 untuk tuntut tag tangan (untuk scan masa nak masuk pintu tu). Beratur pendek je sebab tak ramai orang pagi-pagi. Parking dekat-dekat pun masih kosong lagi.Sebelum naik cable car tu amek gambar (biasalah dorang akan jual gambar tu harga mahal). Lepas tu cable car bergerak ke stesen pertama di tempat yang sangat tinggi. Nak dekat stesen tu kita dapat lihat degree dia mak aih nak dekat 90 darjah rasanya. Slow je cable car tu gerak tau. Stop jap kat situ around 5 - 10 minutes ambik gambar.

 Dalam cable car 1, Irdina masih takut-takut lagi. Tu muka tak ceria. 


Mak dan Abah Dina je yang lebih happy.


2. Pastu sambung naik cable car lain untuk ke stesen seterusnya di puncak gunung sana pula. Gunung tu namanya Gunung Machincang (previously Gunung Mat Chincang). Dekat stesen yang kedua tu ada kafe dan tempat tinjau juga. Kat situ juga laluan bersambung ke jambatan tergantung (Skybridge nama baru dia). Masa tahun 2009 Mak Dina dan  geng bujang ada pergi dan jambatan tu baru juga dibuka (dan FREE). Kena jalan lalu hutan turun tangga dan naik tangga. Tapi bestlah natural view gitu. Sekarang ni dah ada elevator untuk pelawat yang tak mahu jalan dengan bayaran RM15(A) dan RM10(C). Kami amek laluan jalan kaki (tetap kena bayar RM5(A) dan RM3(C)) masa nak pergi jambatan tu. Basah ketiak gak la. Dina asyik minta dukung je aduhai. Sampai jambatan ambil gambar and nikmati view. Best! Balik tu Mak Dina dan Dina naik elevator tu (kena bayar RM10 (A) dan RM7(C) which is sama harga kalau pergi dan balik naik elevator (huhu bijak2 management tersebut buat duit) sebab Dina dah meragam penat jalan. Abah Dina je yang balik jalan kaki demi membakar sedikit lemak katanya. Tapi ok la dua-dua laluan Dina dapat rasa.

 Dalam cable car 2 pula, Irdina dah tak takut dan nampaknya menikmati pengalaman naik cable car.


 
 Di stesen 2, ada juga menara tinjau.


 
 Ada kafe untuk duduk rehat dulu. Nak beli kopi mahal sangat, bau je laa..


 Dina seems enjoyed!

 Melihat permandangan dari atas gunung. Subhanallah.

Turun balik.

Walking trek untuk ke skybridge, turun curam, jalan rata and naik semula. Dulu free je.


 
 On the skybridge.


 Mak dan Dina naik elevator, Abah trekking kat bawah.


3. Turun ke bawah dalam cable car jumpa pelancong Lebanon. Dina marah Abah dia cakap English sebab dia tak faham. Haha. Dina kelihatan enjoy naik cable car. Alhamdulillah.

 Rest sekejap sebelum ke 3D Art.

4. Di bawah kami rest jap dan sambung pergi 3D Art Museum pula. Masa tu dah hampir tengah hari sebab naik cable car memang makan masa banyak. So dalam tu ambil gambar dan  sempat tonton persembahan laser. Pastu kuar sebab Dina dan melalak tak de mood. Lapar la tu. Sky Dome dan SKy Rex kamu tak pergi. Bijak lagi management dia buat duit. Huhu.

 Bermanja dengan gajah.

 Give me an apple.

 Rilek je Dina dengan raksasa kurita tu.

 Ikan paus kat belakang kome tu!

 Aummm.. nak berkawan dengan saya tak?

 Tolong keluarkan kami dari botol ni.

Dina nak naik tidur ye.


5. Pukul 2 petang kami balik rumah dan siap2 tapau lunch, makan kat rumah. Dina dalam kereta dah lelap. Sambung tidur sampai kul 4 petang. Lenguh kaki jalan banyak.

6. Sebelah petang, itinerari kami adalah lawatan ke Dataran Lang di Jeti Kuah. Itulah main point Dina datang Langkawi, nak tengok burung helang besar tak hidup tu. Haha. Dina rasa tertipu kot dia cakap jomlah pergi tempat lain, Dina boring. Lepas ambil gambar (dengan Dina tak nak bagi kerjasama sebab burung tu batu), kami terus cari tempat makan.

 I am flying like an eagle!


 Inilah dia helang yang Dina nak tengok tu.

Lepak jap kat tepi tasik ye.

7. Kami pergi ke HIG kompleks (kat situ ada hotel, bazar, kedai coklat dan foodcourt). Baguslah HIG ni semua ada di tempat yang sama. So makan malam kat situ je lepas g beli coklat sikit.


Hari 3 (15/7/18)

1. Aktiviti utama hari ni adalah Mangrove Tour. Kami dah deal dengan satu pengusaha ni nama dia Siti Fatimah. So pagi Ahad tu kami lepas sarapan kami ke ke Tanjung Rhu sebab kat situlah start point tour tu. Kami ke kaunter dan bayar RM35(A) per head. Kanak-kanak free. Tunggu bot kat jeti sebelah sana. Orang cakap pantai Tanjung Rhu pun cantik dan tak ramai pengunjung macam Pantai Chenang. Konon lepas tour nak main pasir la tapi penat punya pasal terus balik rumah.

2. Kami start tour dalam 10 lebih habis dalam pukul 1.00 petang. Kami share bot dengan kumpulan lain jadi ikut je la the whole tentatif. Irdina nampak excited naik bot. Siap nyanyi-nyanyi lagi. Pengalaman pertama dia naik bot laju dan open air.
 Jeti di Tanjung Rhu.

Sebelum bot berlepas.


On the boat.

3. Lokasi pertama adalah tengok helang makan. Ni betul-betul helang hidup ni. Dina sangat suka! Siap menyanyi lagu helang lagi.

Helang terbang rendah untuk menyambar makanan di air.

4. Lokasi kedua di sepanjang paya bakau tu kami tengok monyet.

 Monyet dah sedia menunggu kedatangan pengunjung di sekitar paya bakau.

5. Lepas tu lalu Gua Buaya (laluan sempit) dan terus ke sebelah sana. Kemudian ke Gua Kelawar. Entrance fee RM2 (A) dan Dina free lagi. Lampu suluh RM1 tapi kami pakai lampu handphone je. Masuk gua dalam 10 meter tengok kelawar tidur dan stalagmit stalagtit gitu. Lepas tu ada paya bakau dan monyet lagi. Nak keluar lalu gua yang sempit dan rendah kena bongkokkan badan dalam 3 meter. Then ke jeti semula.

Dah keluar dari Gua Kelawar.


6. Lepas tu last point ke tempat ikan dalam sangkar tu. Ada kedai makan kat situ. Kalau ikut pakej dia dah booking kan lunch kt situ, kalau datang walkin boleh lah order. Kami tengok ikan dan ambil gambar, tak makan pun. Lepas tu balik ke jeti dan cari kedai makan untuk lunch since Dina da kata jom balik lapar. Tapi Dina enjoyed tengok ikan tu. Happy.

Fish farm. 

7. Pulau Langkawi ni ikutlah jalan mana pun tetap akan jumpa juga, sebab dia banyak signboard dan bersambung jalannya. So kalau tak pakai GPS tu kira bonuslah sebab boleh jumpa tempat-tempat yang kita tak senaraikan pun dalam itinerari tapi menarik tempatnya. Macam masa balik, kami saja pilih jalan lain dan terjumpa kedai makan untuk lunch yang murah dan sedap. Bila jalan lagi jumpa Galeria Perdana (dulu pernah pergi tapi ikut laluan dari Kuah) dan sampai ke Kuah. Ada jumpa MRSM Langkawi. Kalau duk sana seminggu dah tau lah jalannya. InsyaAllah. Hehehe.

8. Lepas rest, petang tu kami keluar ke Padang Matsirat. Plan nak cari baju tshirt sorang selai. Tak tau plak kedai tutup jam 6 petang. Tapi nasib baik ada lagi kedai yang belum tutup so dapatlah beli. Kat situ ada pasar malam, jadi belilah air dan ayam goreng buat makan-makan dalam kereta. Parking kat sekolah rendah depan tu (RM1 fee masuk tabung PIBG- bijak management sekolah ni).

9. Lepas tu kami ronda Pantai Chenang konon nak dinner kat sana, lastly ke Kuah juga.


Hari 4 (16/7/18)

1. Hari ni kami nak balik ke Johor. Pagi- pagi lagi kami ke jeti. Lepas hantar kereta, kami breakfast dulu bagi mengelakkan perut masuk angin kang pening muntah atas feri pula. Lepas tu g kaunter untuk ambil tiket. Masa pergi kaunter tu orang tu tanya nak naik kul bape, Mak Dina pun jawablah kul 9 pagi sebab next trip kul 10.30 pagi. Lepas selesai, tengok jam dah pukul 8.53 pagi. Apa lagi berlari pecut pergi panggil Abah dan Dina dan rushing ke terminal berlepas. Nasib baik sempat dik! Kami yang last naik. Pukul 9.02 pagi dah gerak jauh dari jeti. Bye- bye Langkawi kata Dina.

2. Feri ke Kuala Perlis is better sebab dia bawak slow je and laut pun tak bergelora sangat. So takde lah Mak Dina mabuk muntah. 1 jam perjalanan, kami sampai pukul 10 pagi di Terminal Feri Kuala Perlis. Terus jalan ke Terminal Bas Kuala Perlis.

3. Kami dapat tiket pukul 11 pagi untuk 3 orang RM150 ke TBS. Bas 2 tingkat. Selesa. Kami pilih seat atas untuk lebih menarik. Kami jangka sampai dalam pukul 5 petang. Tapi biasalah bas ni lalu highway (jalan darat) which is banyak kenderaan lain lalu sama. Kat terowong Menora tu dah start jammed sebab ada kemalangan di Jelapang. Slow traffic. Last makan pukul 8 pagi. Dekat pukul 4 petang baru dapat berhenti 30 minit dekat Tapah. Kami solat dan beli makanan, makan atas bas. Dina makan nasi ayam. Abah Dina dah pening sebab angin dah naik kepala. Aduhai risau juga sebab nanti dia yang kena drive. Suruh rehat and Mak Dina jaga Dina all the way.

4. Bas sampai KL dalam pukul 8 malam tapi stop turunkan orang kat Hentian Duta. Lepas tu ke TBS sampai dalam pukul 9 malam. Makan dulu nak bagi lega perut dan angin keluar. Abah Dina kena rileks dulu. Lepas tu solat jamak, salinkan baju Dina. Jam 10 malam lebih kami gerak dari TBS. Parking charge RM28. Guna GPS tunjuk keluar Tol Serdang.

5. Berhenti di RnR Seremban isi minyak dan beli kopi. Dina dah lena kat seat belakang. Mak Dina ajak Abah Dina bual-bual supaya tak ngantuk. Dalam pukul 12.30 pagi kami sampai rumah. Alhamdulillah. Kul 1 pagi baru dapat lelapkan mata. Esoknya Dina tak sekolah, jet lag katakan, Hihi.

Itulah catatan trip ke Langkawi kami 3 beranak. Kalau Dina ada adik lagi nanti kita try plan lagi. Lepas ni nak jalan PD pula. And Cameron Highland satu kali lagi? Hehehe.

Ada rezeki dipermudahkan nak buat umrah dulu. InsyaAllah. Ni macam latihan untuk Dina dan kami juga sebagai persediaan travel dengan anak. Supaya kami lebih bersedia dan Dina pun dah biasa jalan jauh. Nak pergi umrah lagi kena kuat mental dan fizikal. Aminnn.. Semoga Allah izinkan...

*holiday with family, create memory and gain experiences!