Tuesday, October 9, 2018

Happy Birthday Nur Irdina 4th

Sambutan birthday Nur Irdina yang ke 4 telah dirancang dan diadakan di rumah Cik Yah di Bandar Putra Kulai.
Birthday cake pula bertemakan frozen kaler purple seperti kemahuan si puteri cantik tu.

30 Ogos kami pulang ke kampung dulu.
31 Ogos baru datang rumah Cik Yah bawa Tok Tan and Tok Mon sekali.

Semua orang berkumpul di sana.
Dina cakap dia sorang je nak tiup lilin. Hahaha.

Mak doakan Dina sihat, berjaya dalam hidup dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah.

Selamat ulangtahun ke 4 puteriku. :)











  




Monday, October 8, 2018

Kembara Sejarah Nur Irdina

Buat pertama kalinya sejak Irdina lahir, kami bawa dia ke Kota A Famosa.
Walaupun Abah Dina orang Melaka, dan kami pun tinggal tak jauh dari Melaka, malahan ada je 2 ke 3 kali sebulan kita akan ke Melaka jalan- jalan (tapi ke mall la),
tetapi Irdina tak pernah lagi ke Kota A Famosa.
Tempat tumpuan pelancong tu.
Hehehe.

So we decided and we went there.
Parking di bawah Dataran Pahlawan Mall dan berjalan ke area A Famosa Gate tu.
Kalau orang yang datang melancong kat Melaka mesti akan ambil gambar di gate tu.
Batu merahnya dan sejarah yang pernah terbina di situ membuatkan ia unik.
Melaka adalah bandar warisan dunia diiktiraf oleh UNESCO.
Kat area tu kita boleh dapati kesan runtuhan tembok A Famosa tu.
Selalu ke mall tu or Mahkota Parade tapi tak de rajin nak pergi bersiar menelaah sejarah kan. Huks.

 Nur Irdina kagum dengan batu dinding. 
Dia tanya " Mak, boleh tak kita masuk kat situ?" (dalam bangunan A Famosa tu)
Boleh. Panas kat luar tu. Hihi.

 Nur Irdina teruja sebab ada laluan pulak di antarnya. 
Dia pun nak masuk situ juga.



 In front of A Famosa Gate. (pose wajib everyone yang datang sini, just like glicoman board kat osaka tu)


 One of the meriam yang ada kat situ.


Lepas tu kami ke arah sebelah kanan gate tu.
Seriously, Mak tak pernah pergi.
Abah Dina kata dah lama dah ada.
Istana Kesultanan Melayu Melaka!
Ingatkan takleh masuk sebab ada keluarga sultan duk situ ke apa ke.
Ok, tiket dewasa RM3 dan kanak-kanak RM2.
Teringinlah nak tengok istana zaman dulu kan.

 Ok, itu entrance nya. Ada kaunter tiket kat situ.


 Dina excited berlari ke sana.


 Ok, jom naik!


 Balairung istana tempat mesyuarat sultan dan pembesar serta tetamunya.


 Tuah dan Jebat berlawan atas dulang.


End up kat tingkap. Hehe.


Selesai mengembara zaman silam kesultanan Melaka, kami ke arah Bangunan Merah pula.
Sajalah teringin nak naik beca so kami pun cuba.
RM15 sehala, dalam 500m je.
Bolehlah.


 Jom naik beca. Support local bisnes.


 Minions trishaw! Cute. :)


Kat area Bangunan Merah tu tepi sungai ada jual cendol dan ABC.
Dulu area sini pun kira wajib datang kalau ke Melaka.
Ia sekali dengan tembok A Famosa tu.
Feeling ala tourist la nih.
Hehehe.

Minum cendol and ABC kejap lepas tu jalan balik masuk dalam Dataran Pahlawan Mall.
Bagi sejuk sikit kena aircond.
Lalu taman merdeka tu ada replika kapal terbang dan kereta lembu.
Kat situ ada Menara Taming Sari.
Mak pernah naik tau!

 Abah Dina kata cendol kat sini sedap. 
Untuk sejukkan anak tekak time panas memang berbaloi. Hehe.





 Tengok sungai jap.


 Hardrock Cafe Melaka kat tepi sungai ni la.


 Bangunan Merah or Stadthuys dibina pada 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda bercirikan rekabentuk Belanda (ref:wikipedia)


 Air pancut di tengah-tengah tu.

 Style sekang ada block huruf ni. 
Bolehlah nak rakam kata pernah check in Melaka. hehe



Heading back to MP mall. Dina dah penat nak jalan sendiri. 
Abah dukungkan. Melecet kaki katanya.



Terus menyeberang ke Mahkota Parade sebab macam nak makan mee tarik.
Sekali Dina nak makan sushi pulak.
Layan je laa.

And lepas tu kami balik since Dina pun dah merengek penat dan mengantuk.
Begitulah kami spend weekend sehari tu.
Hope next time banyak tempat lagi boleh bawa Dina jelajah!
Yeay.

*Melaka town , kami check in & check out! :))