Wednesday, December 4, 2019

Cahaya Kebahagiaan Ku

2019 hampir melabuhkan tirai.
Alhamdulillah, Nur Tihani menginjak ke 4 bulan usianya seminggu lagi.

Puteri kedua kami lahir pada 19 Ogos 2019.
Bulan Ogos adalah bulan kelahiran kedua-dua NUR kami.

Semoga Nur Tihani membesar dengan sihat.
Nur Irdina dah ada adik beradik.
Masih lagi dalam fasa menerima kenyataan sebab mula-mula saja excited, lepas dah lama rasa dirinya berkongsi Mak Abah dengan orang lain.
Tu yang kadang buat perangai.
Alahai Nur Irdina...


Monday, July 15, 2019

It is a life that you are in.

The grass is always greener on the other side of fence.

Ya!
Kita selalu fikir begitu.
Kita rasa kitalah yang paling malang.
Tapi pernahkah kita cuba letakkan diri kita pada kasut yang betul.

Kita pernah tak melihat kebaikan yang kita sedang nikmati, berbanding mungkin sedikit (yang kita anggap sangat besar tu) kesulitan yang kita hadapi.

Allahu.
Kita ni sedang diuji.
Kalau hidup ni tak ada ujian, samalah macam kita belajar kita tak tahu pencapaian kita takat mana.
Masa kita sekolah (hinggalah sampai ke universiti pun), ada sajalah ujian, quiz dan peperiksaan dengan tahap berbeza.
Alhamdulillah, kita berjaya lalui semua dengan kudrat kita.
Samalah macam hidup ni.
Sesungguhnya Allah tak turunkan ujian yang kita tak mampu hadapi.
Allah nak angkat darjat kita, ke satu level yang lebih baik.
Supaya kita ni belajar dan memperbaiki diri kita.

Kita memang tak boleh nak ubah orang lain.
Itu kebenaran!
Memang dah ada dalil, Tuhan takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri.
Kita tak boleh ubah orang.
Kita ni boleh jadi katalis mungkin, tapi kita tak boleh nak terlibat secara terus untuk ubah orang lain.
Mereka sendiri yang akan ubahnya.
Tapi!
Kita boleh ubah diri kita sendiri.
Kita kena berubah.
Kalau kita tak berubah banyak dan drastik, kita kenalah terima perubahan sekeliling mungkin.
Cuba kita adaptasi dulu.
Biasakan diri orang kata.
Kalau rasa itu tak baik untuk kita, ikutlah jalan yang paling baik agar kesan tak baik tak terkena pada kita.

Kita ni mungkin tak profesional, tapi kita masih logik.
Kita cuba jadi relevan.
Tapi kita juga kadang-kadang tak dapat menahan rasa bila orang lain tak relevan.
Relevan juga walhal subjektif.
Aduhai.
Bagaimana mahu kita jawab pada hati dan akal kita tentang hakikat ini?
Tak apa.
Bagi masa.

Orang cakap hujan pada hari ini, esok kita tak ingat bumi ini pernah basah semalam.
Kita tak rasa ada kesan tapi hakikatnya, rumput mulai segar dan bercambah.
Macam tulah.
Sedikit berdikit, lama-lama adalah perubahan tu.

Time flies so fast but we have to remember it still can blow us sometimes.
Life goes up and down.
But that's interesting like we play rollercoaster.
Haha. Still we can throw up, yet enjoy that moment too.

Hidup ini kadang-kadang masih pening untuk difikirkan secara mendalam.
Just live it.

InsyaAllah.

*masih perlu belajar banyak hal. Lillahitaala.


Thursday, July 11, 2019

Aidilfitri Dirai Syukur Seadanya

Sambutan aidilfitri tahun ni kami pakat memilih warna biru pula.
Sejak Nur Irdina sudah pandai bergaya dan mahu fesyen bajunya sendiri, Mak turutkan sahaja.

Ini antara snapshot yang berjaya kami rakamkan.


1 Syawal 1440H
Merlimau. 

 







3 Syawal 1440H
Kota Tinggi 
(lokasi raya: Felda Taib Andak, Kulai)
 





*raya haji pula nanti mungkin beraya di rumah Serom sahaja.