Friday, July 1, 2011

merah hijau hitam

After 2 weeks.
Duk kat kolej dari pagi sampai ke hampir tengah malam.
Ia berakhir jua.

Menjayakan-dengan terkial-kial- sebanyak 7 projek wiring (scale 9 pada scale aku).
Sungguh letih!
Siap mengalami sakit lutut yang agak kronik dibandingkan dengan rakan seusia mudaku.
Sebab kalau orang tua itu adalah biasa bila bendalir sinovial atau sendi mulai susut.
Tu termasuk kejadian-kejadian aneh di malam hari masa di bengkel.kehkeh.
Mencabar betul!

Tapi akhirnya boleh tersenyum juga.
Bila gambar seperti di bawah menjadi bukti.
Dalam hati berkata sambil mengisi survey form -"tobat! tak yah ada lagi kursus lanjutan.huhu."
 
Ini projek ke 7 (penutup).

Bukan technician sebenar.

Sampai lampu lab jadi kuning nak siapkan menda alah ni.
(Masa ni dah tak reti nak bezakan kaler ha ha ha)

1st time operate menda alah ni. Biasa nampak kat peti karen kat rumah je.

Mungkin simple pada yang terer
tapi pada aku yg beginner ni adalah hasil bermakna bila lampu menyala. ;)

Sekian untuk wiring course.
Selepas ini OBE course pulak.

*meminati sesuatu dengan tidak meminati sesuatu samalah maksudnya dengan suka sesuatu dengan tidak suka sesuatu. ~pening.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka