Sunday, November 10, 2013

It's Sunday!

Sunday! -the only day for me time.

6 hari seminggu, bangun pagi-pagi keluar bekerja sampai petang.
Kadang terfikir waktu anjal tu macam best juga. Hehe.
Tapi tak naklah.
Biarlah keluar awal pagi, permulaan hari untuk mencari rezeki dan malam untuk rehatkan diri.
But we'll see what's next.
Who knows! ;p

It's raining.
Start lepas 3 pagi sampai ke siang hari.
Plan hari ni sepatutnya nak outing.
Cuci-cuci mata, tabur duit. Ha ha.
Lebih kepada escapism sebenarnya.

This 2nd- weekend suami tak ada.
Offshore!
Agak sedih jugalah.
Hanya berhubung dengan internet, which is macam chipsmore.
Bertabahlah hatiku.
Semoga suami sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan di tengah laut itu.
Tiba-tiba meroyan nak tengok laut, mana tahu boleh sampaikan rindu!

Rasa malas sungguh nak buat apa-apa kerja rumah pada Ahad yang satu ni.
Sejuk sebab hujan, bestnya kalau sekadar lepak dan minum kopi panas.
Macam mana plan nak jalan-jalan hari ni?
Tunggu reda dulu.

Serius!
Kalau fikirkan kerja (kerja & master), memang tak senang hati dan tak dapat nak nikmati Ahad yang satu ni.
Sebab banyak sangat.
Ok, hari ni off duty!
Esok baru sambung fikir balik ye.
Letihlah.

Masuk semester 3 ni, rasa sangat under pressure.
Macam duk dalam omboh picagari.
Kalau tak ada pressure, rasa ok sikit.
Bila dah kena tekan, aduh!
Laluan nak keluar tu kecik sangat, but after suffering a bit, Alhamdulillah released.
Tapi still kena do something yang agak pecah kepala.
Just think, kena makan benda yang kita tak suka.
Tentulah payah! Hu hu.

So,
after being a student again.
The way to treat student pun dah bertukar.
Tak skema sangat.
Toleransi, tapi tetap ada boundary.
Faham sangat perasaan students, sebab dah jadi students.
Hope cepat-cepatlah title ni berakhir dengan jayanya.
InsyaAllah.

Ok, need to get ready.
After zuhur, shopping time! :p
Salam.

*semoga Allah kurniakan 'penyeri' buat kami suami isteri and 'hadiah' untuk suami pada hari lahirnya 22 Nov nanti. Amin... :) Do not stop hoping!


Thursday, October 31, 2013

Sedih dan reda

Pagi ni makan lewat sikit, around 9.30 am.
Saja nak makan lebih selesa, sebab waktu macam ni dah kurang sesak.

Tak rasa nak makan pun cuma nak minum je, tapi ambil juga suku pinggan mee hoon goreng dan sebijik pau kacang goreng.

Duduk.
Baca paper hari ni.
Tajuk depan -"Perjalanan Terakhir Jemaah"
???
Berdebar nak baca.

Tiba-tiba sebak hati ni, air mata dah bergenang.
Masa baca paper kat kafe tu, kepala ni ditundukkan.
Takut owner ke sape2 lalu situ nampak tengah menangis.huhu

Kenapa nak sedih sangat ni?
Sebab berita tu.
Cuba bayangkan, berada di tempat ahli keluarga mereka.
Tentu sedih dan terkilan.
Dah lama tak jumpa, balik-balik Malaysia terus tak jumpa langsung.
Nak jadi takdir tu, mereka pergi jua setelah sampai kat tanah air.
Allah lebih menyayangi mereka.
Sebak sangat.

Ada juga berita jemaah yang meninggal kat tanah suci.
Reda.
Semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik, InsyaAllah...


*Teringat kat mak abah tiba-tiba. Hujung minggu ni kena balik rumah!

Wednesday, October 23, 2013

I live

It has been a while...

So, the day is coming.
Sekarang ni ada rasa takut and tak suka bila weekend semakin datang!
Aduh...
Stress!

Semoga 1 tahun lebih ni cepatlah berlalu.
Ada banyak hal lain yang mahu difokuskan pula.
Sememangnya boleh, tapi jenis orang yang tak boleh multitasking so itu adalah masalah juga.

Mohon kekuatan.
Mohon kesabaran.
Mohon kecerahan hati, celik hati dan tajam fikiran.
Berilah ilham.
Berilah penawar.

Akhirilah dengan kebaikan dan kegembiraan.
Beserta kebahagiaan.
Untuk diri dan semua!
InsyaAllah...

Life is just not for ourself.
If we are good only to those who are good to us, then what we are?

Rindu kat uols. Comelnya! Nak juga baby macam uols! :)
Hoping.Hoping.Hoping.


*life, please be kind...

Monday, September 23, 2013

D.O.F

Break season sudah berakhir.
Tiba-tiba terkejut, balik cuti Hari Malaysia ada jadual semester baru.
Jumaat lepas dah start kelas pertama.
Lagi terkejut sebab subjeknya!
Advanced industrial robotics.
Tak pernah ada sekelumit pun perkataan robotics apatah lagi benda-benda berkaitan dengannya biasa bermain dalam kepala ni.
Ok, debaran kelas pertama akhirnya terjawab.
Alhamdulillah, lecturer sangat bermotivasi.

Awal-awal lagi beliau maklum dengan kekurangan budak biomedikal ni ha.
Beliau pun bagi cerita yang bagus-bagus supaya kami ada minat dan tak merudum.
Kisah PhD beliau menerangkan tentang aplikasi robotik dalam biomedikal.
Paling obvious adalah robotik ciptaannya digunakan untuk kawal functional electrical stimulation (FES).
Itu membuatkan kenangan masa buat projek akhir di UM dulu menerjah.
Hahaha.
1st projek adalah berkaitan FES juga, lastly end up dengan kajian solat.
Ada rasa teruja mendengar kisah beliau.
Menarik kot!
Pastu fahamlah juga dengan terms yang disebutkan.
Hopefully, ada idea nak buat FYP nanti.
Tak dapat buat elektif biomed kalau dapat buat projek ada kaitan biomed, alangkah bagusnya.

Apapun group project adalah membina model robotic arm.
Yang ni kenalah ada yang pakar dalam mekatronik.
Semoga dapat belajar banyak dan tak stress!

*Kata suami semester ni isteri dia ni dah cerita pasal robotik pulak! Semester lepas fuzzy logic memanjang..hahaha..sorry babe :p
** Stress nak siapkan soalan final..students ada di mana-mana!

Thursday, September 19, 2013

Laman Kebun Kami, Cinta Baru

We have  a new hobby!
(Actually tak adalah 'baru' sangat, cuma baru saja berpeluang melakasanakannya. Hiks)

Disebabkan sokongan dari segi material dan pengetahuan daripada keluarga kedua-dua pihak, maka kami dapat menunaikannya.
Setiap kali rumah kami dilawati, ceritanya tak lari dari berkisarkan perancangan pengurusan tanah berbentuk 'weird' di laman kami itu.

Soil.
Plant.
Garden.
Grow.
Harvest.
Rasa macam main farmville skala sebenanya je, kata suami. Haha.

Semuanya bermula dengan 4 pokok cili yang Abah mula-mula tanam masa sampai kat rumah kami dulu.
In fact, entah bila Abah membawa dari kampung dan menanam di tepi pagar tu.
Tau-tau je dah ada terpacak.
Tinggal siram dan tunggu besar je. Hiks.

Mak pula bagi pokok terung.
Tinggal masukkan dalam tanah je.
Tak lama lepas tu, alhamdulillah fresh eggplant dah dapat kami makan. :)

Then,
Cari kunyit dan tunaskan.
Alhamdulillah, dah naik daunnya.

Balik kampung hari tu, Abah bekalkan kayu ubi.
Kata Abah cucuk je, make sure betul tunasnya ke atas.
Siap!
4 baris kami usahakan.

Mak pulak dah siapkan benih labu.
Tabur je kata Mak, nanti meliarlah labu tu.
Ahah tu dia!
Semua kami campak je kat satu tempat, buatlah macam mana pun labu oiii.
Menjalarlah ke seluruh laman tu.

Lepas tu semangat abang bertambah.
Dia ajak pergi beli tanah subur dan benih-benih pokok lain.
Baru lepas semai anak lada merah.
Mudah-mudahan menjadi.

Ni benih sawi kami tah mana dilarikan air hujan.
Takpe nanti tanam lagi ye.
Try and error!

Semoga berjaya menjadi gardener kental dan istiqamah.

*Tunggu untuk menuai! Kesan kenaikan harga petrol, kena berjimat!

Cerita Koc 1 Ke Utara

Hari raya tahun ni kita bahagi sama rata 3 hari rumah sini, 3 hari rumah sana.
Selebihnya kita spend together kay! :)

Dah jadi trend kot hari raya tak pergi beraya, orang pergi  melancong.
Bukan apa, itu jelah masanya dapat cuti panjang.
Lagi-lagi macam suami, nak cuti bukan senang.
Huhu.

So seperti yang telah kita bayang-bayangkan dan angin-anginkan masa mula-mula kahwin dulu, marilah kita tunaikan ye.
Perjalanan ke utara menaiki Senandung Langkawi!

Akhirnya pada raya ke -7 kita 'melarikan' diri ke utara.
Menempah tiket coach berkatil, suatu pengalaman yang baru.
Biasanya naik kenderaan duduk, lunjur kaki 7-8 jam. Hihi.

Pergi Langkawi tu sekadar memuatkan jadual je.
Yang nak rasa sangat tu adalah pengalaman minum kopi panas atas train.
:)

So kita naik kereta api pukul 9.30 malam dari KL Sentral menuju ke Arau.
Rupanya ada juga yang baru 1st time macam kita naik ye bang.
Perjalanan lebih kurang 12 jam, terdapat beberapa perhentian yang menurunkan dan membawa naik penumpang.
Tapi kita tak sedar sebab lena kot ;p

Sampai je dah subuh.
Pastu kita bangun, lepas solat kita duduk sama-sama tengok luar tingkap.
Subhanallah, sawah padi.
Kita lalu Alor Setar nampak menara.
Pastu kita lalu Gurun.
Finally kita sampai destinasi kita iaitu Arau sebelum train terus ke Hatyai.

Before this kita dok skodeng blog orang yang naik train yang sama, so kali ni kita rasai sendiri.
Best! :)

Then sampai Arau, kita terus ke Kuala Perlis.
Beli tiket feri.

Kat Langkawi, instead of kita shopping macam selalu dan common things orang buat kita pergi terjah laut dan pulau pulak.
Kita join satu pakej island hoping ni.
Murah je.
So dapatlah kita naik bot laju.
Kita trekking sikit cari tasik Dayang Bunting.
Pastu swimming 10 minit.
Then kita pergi tengok helang lapar.
Nice shot!
Pastu habiskan masa panas dan layan perut lapar kat Pulau Beras Basah.
Itu saja sebab kita tak nak penat sangat dan jaga bajet, tak nak melebih-lebih belanja kononnya. Hiks.
Kesian abang nak tengok baracuda tak dapat ye, next time pergi boleh lawat kay.
Habis satu hari kita dengan adventure activity (adventure sbb tak suka outdoor mcm trekking hutan tu huhu).

Then,
esoknya hari nak balik.
Kita sempat round ke Kota Mahsuri.
Yang ni walaupun dah 2 kali datang sebelum ni, tak pernah pulak sampai.
Oklah, kenalah dengan Langkawi tempat Mahsuri.

Pastu, abang bawak pergi Galeria Perdana.
Wow! Banyaknya hadiah!

Selamat kembali ke selatan dengan bas malam.
Alhamdulillah...
:)

fly! ;p

*spending more time with my love! :)


Thursday, August 22, 2013

Allah Tahu

Di kala hati tiba-tiba dijentik rasa, emosi menjadi huru-hara.
Jiwa seperti dilibas dengan belati tajam, sehingga akal menggila kerana bisanya menahan kesakitan.
Astaghfirullah.

Maaf,
kadang-kadang tersentak lalu membentak.
Sekadar manusia punya perasaan terlalu halus.

Semoga Allah menenangkan hati ini.
Memberi kekuatan dan kesabaran.
Sabar.
Sabar.
Sabar.

Life must go on.
Sampai satu masa yang tepat, dengan keyakinan insyaAllah akan datang hikmahnya.

*Hasbunallah...

Wednesday, August 21, 2013

Rindu Bertandang

Salam lebaran!

Dah mula bekerja semula.
Opis dah penuh.

Kembali ke tempat masing-masing.
Lepas 2 minggu lebih bersama-sama, hari ni dah sorang-sorang semula.
Ada rasa kehilangan.
Maka rindu bertandang.
Subhanallah.
Moga Allah beri kekuatan buat kita berdua.
Mohon rezeki dimurahkan dan urusan dipermudahkanNYA.

*teringin nak ada 'seseorang' dan menjadi 'seseorang'...insyaAllah...

Wednesday, July 31, 2013

Lainnya!

Day 22 of Ramadhan 1434H

Puasa sebagai isteri, apakah kelainannya?

1) Bangun sahur. 
Tahun-tahun sebelum ni pun bangun sahur gak, tak missed lagi. Kalau missed, kompem sebak di dada. Bezanya, kali ni bangun sebab nak prepare untuk satu lagi portion, which is kalau sebelum ni satu pinggan nasi dah ok, la ni, masak nasi kena lebih sikit. Lelaki kan makan lebih sikit dari wanita unless dia diet la kot. Hihi. Tak adalah, sama je. So, ada perasaan "oh, dah jadi isteri orang rupanya. kena masak untuk suami". And cari pahala waktu sahur, alhamdulillah... :)

2) Berbuka puasa.
Makan ramai-ramai sudah biasa. Bezanya adalah, ada beberapa kali berbuka di rumah mentua dengan adik-adik ipar. Membayar perasaan berbuka di rumah mak abah. Alhamdulillah. Sedap masakan mak mentua, teringat mak kat rumah. Sekali, balik berbuka di rumah, lebih heaven! Hehehe.
Tiap kali nak berbuka, kena kerah otak ni cari resepi nak masak apa untuk suami supaya bertambah sayang. Petua nak ikat suami- semua orang tau kot. Perut dia! hiks. ;p

3) Tarawih
Oh ye, first time dapat tarawih di masjid adalah ketika berbuka di rumah mentua. Dekat dengan masjid and pergi ramai-ramai. Syoknya! Kalau tak tu, solat di rumah sahaja. Masa single dulu pergi surau dekat taman and bila nak pergi, keluar je rumah. La ni pulak ada rasa sibuk sikit, nak siapkan itu ini, buat kerja rumah, penat dan sebagainya. Sudahnya tarawih kat rumah. Lagi satu ada perasaan macam isteri ni tak leh suka-suka nak solat kat masjid, lebih baik di rumah. Lebih selamat dan selesa. Memang ada perasaan macam tu, dah jadi isteri rasa tak nak duk luar rumah lebih lama berbanding dalam rumah. Tapi kalau nak pergi, pergi dengan suami. Kalau sorang-sorang, minta izin dulu. Macam kelmarin, setelah niat dipasang lama tapi tak buat-buat gak, tekadkan hati nak juga solat di surau. Alhamdulillah, suami izinkan dan pergilah solat di surau kampung. Blessed! Subhanallah. :) Kata suami malam 10 last ni, pergilah, abang izinkan. Nasib baik sampai surau jumpa kawan. Semoga dapat teruskan sampai malam 29 nanti. InsyaAllah.

4) Preparation - kuih raya!
Macam tak percaya, tahun ni buat sendiri kuih raya. Dedicated special for him- suami! Suprise! Padahal paling malas nak fikir dan sibuk-sibuk buat kuih tu dulu. Senangnya beli je. Beli untuk rumah mak. La ni kena beli untuk rumah sendiri kot! Hiks. Sejak ada oven and mixer, semua resepi rajin je nak try. Dari kek ke biskut. Amboi ini benar-benar transformation! Hahaha. Kawan baik dengan En Google kot tiba-tiba. Tapi ada gak beli, jimat masa and bantu bisnes kawan-kawan.

5) Preparation - baju raya!
Kena double! ada baju melayu di situ. Kaler senada gitu. Hiks.

6) Duit raya.
Ada penambahan bilangan ahli. Plus 4 + 1. Mudah-mudahan rezeki dimurahkan.

7) Lokasi raya pertama.
Yang ni paling obvious! Rumah mentua. Huhu. Buat pertama kalinya tak apply pun cuti raya, kerja sampai sepatutnya kena kerja. Pengorbanan namanya ye. Semoga next year feeling balik kampung dapat dirasai. InsyaAllah...

Akhir kata, selamat menyambut lebaran minggu depan. Semoga dirahmati dan diberkati. Amin...:)

*Sabar jelah tengok kawan-kawan dah mula soksek2 nak balik kampung cuti 2 minggu! uwaaaa....;p





Saturday, July 20, 2013

Ramadhan di Hati

Salam Ramadhan, hari ke-11.

Up-date selepas selesai 'peperangan kecil' -final examination.
2nd day of Ramadhan.
1st paper agak terkejut, dan berharap agar hati pensyarahku dilembutkan semasa menanda.
Mudah-mudahan lulus. Amin.
2nd paper dah boleh adapt and Alhamdulillah, juga memasang harapan semoga ia lebih baik.
InsyaAllah.
Masanya untuk bertawakal.
Barakah Ramadhan semoga ia melampias ke atas usaha dan keputusanku.

Oh, this is 1st Ramadhan with a new guy at home. Kihkih :p
The feeling is like Yes! I am not alone during break the fast.
Sahur pun ada kawan juga.
Tak macam sebelum ni, duk makan sorang-sorang depan tv, tengok drama melayu dan bercakap sendiri. Huhu.
And for that,
tahun ni dah sediakan satu lagi baju (which is baju melayu dengan sampin) untuk cik abang sorang tu.
Oh yes, mestilah nak kena sama.
Tapi baju kurung 2 pasang tetap ada ok! ;p
Pilihan warna adalah warna yang kempunan tak dapat pakai masa kahwin dulu.
Barakallah.

Kuih raya tak buat sebab masih tak pandai.
Kalau takat mix dengan air yang already punya tepung kuih tu bolehlah.
Pastu bakar!
So, senang cerita bantu business kawan-kawan.
Dah siap tempah barang 4-5 balang cukuplah buat jamu tetamu kalau-kalau ada bertandang lepas cuti raya nanti.

Selamat berpuasa!
Bersahurlah dan bertarawihlah. :)

*mulai saat ni nak tulis pasal update je. manalah tau esok lusa baca, ingatlah juga jalan cerita kehidupan suka duka..:)



Thursday, July 4, 2013

Singgah

Saat fikiran penuh, berselirat seakan mahu memuntahkan isinya, lemah zahir melunaskannya.
Saat jari selalu mahu menari atas huruf-huruf dan segala macam simbol, hati menahan dan tidak mahu melayan.
Saat jiwa meronta mahu menyuarakan, akal buat-buat tak mengerti dan terus mendesak untuk meneroka hal lain yang tak kurang pentingnya.
MasyaAllah...
Aku tidak tahu apa lagi alasan untuk aku dapat melampiaskan rasa, menebarkan kerungsingan, membiarkan kemalasan pergi jauh.

Kata orang cerdik pandai;
Jangan salahkan masa!
Kita punya masa yang sama banyak, tidak kurang tidak lebih melainkan usia.
Aduh!
Aku mengaku aku sendiri.
Tidak bijak mengaturnya.

Salam penuh kerinduan, kepada lembaran mayaku ini.
Sekian lama tidak kupeduli.
Hanya sibuk mengejar yang hakiki dan realiti.
Maaf.
Akan aku kunjungi lagi.
Kucuba...

*mode: final dah datang weh!!!!!!

Monday, May 20, 2013

Ibu

Dah lamanya tak update!
Mode masih sama:busy.
Malah lebih busy!

Mei.
Banyak hari istimewa.
Tiap-tiap tahun pun bulan Mei akan jadi istimewa sebab ada hari yang istimewa.

Mei.
Birthday mak lebih utama berbanding Hari Guru mahupun Hari Buruh.
Oh ye, Hari Ibu pun jatuh pada bulan Mei.
Sekali kan je.

Pray for my mom, good healthy and bless for her. Amin.
Weekend ni we gonna see mak! Yeay! :)

* Mak kita ada satu je,beb! Satu je! Mak kandung kita. Sayang dan kasihkan mak kita. Semoga Allah mengasihi mak kita.

Ada 3 buku baru tebal-tebal tak habis baca.
Sibuk nak layan Astro lagi -jakun! Hiks.

Minggu lepas sibuk study, hadap 2 tests sekali.
Tak habis lagi, projek assignments masih bertimbun. Huhu.

Dah start marking paper final students.
Kerja MQA pun ada.
Sibuk tak ingat!

Semoga dipermudahkan dan dapat selesaikan semuanya dengan baik dan lancar.
Mengharapkan kemudahan dari Allah.
InsyaAllah. Boleh!

**Gambate!!!

Monday, April 15, 2013

Tak Bertajuk

Hari-hari sangat menyibukkan.
Sekian.

*mode:tak ada mood.

Wednesday, April 3, 2013

Part-time

Jumaat ni sudah ada Test!
Aduh.
Baru sedar, semester pengajian sudah lama bermula. Huhu.
Masing-masing sibuk mentelaah.
Sekaranglah masanya nak belek-belek semula nota dalam kelas yang selama ni cuma salin dan dengar je.
Bila nak buat ulangkaji dan menjawab soalan, barulah terkial-kial nak semak nota dan tanya kawan-kawan.
Maklumlah, belajar sambil bekerja ni.
Mana nak buat itu, mana nak buat ini.
Jadi yang mana tuntutan mengikut keutamaan harus didahulukan.
Tak kan tak  nak masuk mengajar sebab nak study pula, mana boleh.

Kerja tu nombor satu, then belajar.
Sebab tu disebut part-time study, bukan part-time job.
Kena betul-betul pandai adjust masa.
Kalau tak kena gaya memang stress tahap tertinggi.
Terfikir juga kawan-kawan yang sudah bekeluarga besar, lagi pula jawatan dan skop tugas yang lagi banyak, agaknya bebannya lagilah berat.
Kalau nak fikir stress sendiri, try tengok stress orang lain.
Selalu pujuk hati macam tu.
(Walaupun kadang-kadang tak dapat kawal diri, pastu menangis tersedu-sedu tanda penyesalan terbabit dengan benda ni.Uhuk)

InsyaAllah, nanti habislah, tamatlah pengajian ni.
Sabar ye.
Jangan tension, rileks dan enjoy dengan gelaran student ni. Hiks.
Sebab apa yang kita fikir dan rasa tu efek pada diri dan hidup kita.
Appreciate the moments!

Husna & Hafiy sibuk nak pakai jam,tapi suruh orang tengokkan time..hehehe..


*Semoga Allah berikan ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi semua cabaran dan masalah. Amin...Good luck to all classmates GE12**** UTHM-pesisir KKTML !Gambate!!!

Monday, April 1, 2013

Cokelat Strawberi

Dah bertambah usia.
Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan dan kebaikan.

Berkongsi bulan kelahiran dengan 3 ahli keluarga yang lain memeriahkan suasana.
Menyambut bersama orang baru.
Seronoknya dapat hadiah istimewa :)

Kek bersama pilihan Afif Syahmi

Budak-budak ni suka memasak sendiri, jakun! hahaha

Tiba-tiba gedik itu datang lagi, maka telah mencuba satu lagi benda (tak pernah lagi buat sorang-sorang), mencabar diri.
Tak minat dulu, tapi tak tahu kenapa sekang macam nak cuba je benda-benda yang luarbiasa (bukan dari kaca mata orang lainlah) dan istimewa.
Hasilnya...
Tak percaya!

1st trial. Not bad.  Sempena menyambut birthday sendiri kot..hehehe  :)


 Terima kasih Allah.Syukur.
 Terima kasih semua.
 Terima kasih buat suami tercinta.

*semoga usia ini terisi lebih baik dan diri ini menjadi lebih baik. menantikan hadiah yang istimewa dan membahagiakan di usia ini.insyaAllah...

Monday, March 18, 2013

Chef in Me

Bila datang mood memasak tu tak leh nak tahan,
so janganlah halang-halang sebab bukan senang dia nak mai tau.

Balik je rumah, buat sendiri sambal jawa tu.
Sebab ada orang teringin nak makan.
So main belasah je, asal sama macam yang mak tunjuk tu harap-harap jadilah, kan.
Alhamdulillah. Siap sebelum abang sampai rumah.
Hehehe.
2nd-time-sambal- jawa & sweet sour udang (siap dengan presentation tu hihi)

Masalahnya kalau masak tu tak reti nak estimate sikit-sikit, sekali buat macam nak makan 4-5 orang je.
Takpe, suruh abang habiskan.

Lepas tu, datang pula mood nak try baking pulak!
Dah ada mixer and oven.
Tengok resepi and bahan-bahan macam senang dapat je, apa lagi terus balik dan semangat buat.
Pesan kat abang jangan kacau sebab ada misi nak selesaikan.
Hahaha.Rahsia gitu.

Resultnya, happy sebab berjaya hasilkan.
Tak pernah buat, main hentam je sukatan dia.
Asal sedap, ada rupa oklah tu.
Feveret kot. Dah tau buat ni, abang tak yah buatkan lagi laa..
Paling penting abang kata sedap! :)

Puding roti dengan sos vanilla.



*kena benyak belajar lagi and mencuba.sempena birthday ni ingat nak buat kek coklat lembap pulaklah since coklat mousse tak reti lg..hihi..nak bg suprise kat abang!! :p
**nak tengok OZ! -dari sebelum kahwin lagi dah tunggu dia release..hua hua...

Tuesday, March 12, 2013

Ilham dari Mimpi

Hari ni bangun je, terus search kat internet.
Selepas mendapat ilham dari mimpi malam td.
Search apa?
Resepi!
Kental kot. Haha.

Lepas meneliti beberapa blog resepi serta melihat bahan-bahan dan kaedahnya, boleh kot kalau nak try.
Apa kata try buat kek cokelat.
Uit, jauhnya searching dia. Hehe.
Dah ada mixer and oven, bahan je tak ada.
(Tak pernah minat makan kek kot..Huhu)

Sebenarnya nak cari resepi lauk buat makan dengan nasi.
Ini adalah skill improvement dan usaha berterusan.
Tapi tulah, masa je tak menyempat.
Sekang ni dah dapat dah assignment, lagilah haru plus blur nak fikir.
Serabut juga!

Ok takpe.
Terus pergi dapur, cari mak.
Mak, tolong ajarkan masak sambal jawa.
Mak agak terperanjat tapi cuba membantu juga.
Hehehe, terima kasih mak :)

Nasib baik semua bahan dah pun ada dalam simpanan kat rumah ni.
Tu yang bestnya kalau nak masak kat rumah mak ni, boleh kata complete untuk masak lauk kampung.
Best!

Selepas hampir 30 mins, keletang keletung, maka hasilnya jadilah ia.
Hehe.
Tapau bawak balik Serom! :)

Rasanya boleh tahan (mak yang cakap ok), cumanya kentang je tak ada.
Takpelah bukan makan sangat pun.
Next time, boleh letaklah.

Balik Serom nak buat sendiri.
Nak bagi abang rasa pulak.

* pentingnya balik jumpa mak, selain dapat nasihat, dapat resepi & petua, dapat juga makan & berehat! Hihi :)

Monday, March 11, 2013

Tenang dan Menenangkan

2 hari duk kat kampung.
1st time balik selepas bergelar isteri.

Balik kampung, jumpa mak and ambil peluang belajar memasak.
Dengar nasihat dan mohon restu.
Tanya itu ini.
Ye lah, kenalah belajar dengan mak sendiri dulu sebelum nak perform kat mak mertua.
Kena jaga nama baik mak.

Rasa kelainan.
Before this, kalau balik kampung (as a single), rutin adalah duk dalam bilik atau buat hal sendiri.
Pastu dengan sisters, pergi jalan-jalan ke makan-makan ke.
Shopping buang duit kat Kota ke.

La ni,
lebih banyak duduk dengan mak.
Bercerita.
Berborak anak beranak, walaupun berdua je.

Sejak kahwin (selepas balik ke Serom), mak kerap telefon.
Katanya saja je telefon.
Sebenarnya tau, mak rindu. Hiks.

Mak rasa anak dia ni makin 'jauh'.
Bila cakap tu, mak selalu pesan, jaga suami.
Jangan melawan.
And banyak lagi amanat mak.
Jadi segan pula sebab terasa diri ni banyak kekurangan dan apa yang mak pesan tu banyak yang belum berjaya dilaksanakan.

InsyaAllah, akan diusahakan.
Biasalah, perubahan hidup dari stage single ke stage couple ni sangat nyata.
Kadang masih tak percaya, dah jadi isteri orang.

Kena banyak membaca dan buat research.
Belajar macam mana nak jadi isteri yang solehah.
Patuh kepada suami.
Nak jadi isteri yang tenang dan menenangkan.
Semoga Allah permudahkan.
Aminnn...

9 Feb 2013 Barakallah :)

*teringin nak jadi ibu..


Sunday, March 10, 2013

Sarawak with Love

Destinasi pilihan adalah Kuching.
Motif: sebab teringin nak naik flight bersama.
Haha.

Pics tell a thousand stories, this is our sweet stories...


 
minum petang di pinggir Sungai Sarawak @  Kuching Waterfornt


Mr. T menghayati permandangan petang Sungai Sarawak. menghadap bangunan ADUN dan Astana


 pantai berhadapan Sarawak Culture Village @ Damai


permandangan Gunung Santubong @ Damai


 sekitar bandar Kuching, deretan bangunan @ Kuching Waterfront


 dinner nasi penyet ayam bakar (Mr. T punya) @ RJ Ayam Bakar


 macam kat Langkawi kan? tapi ni burung kenyalang


 tak sah kalau tak ada gambar anak beranak kucing ni kalau datang Kuching (gambar dirakam pada waktu malam atas sebab segan dan panas kalau rakam waktu siang hehehe ;p)


foto outdoor (post wedding) berlatar bangunan Muzium Sarawak ;)


sebelum balik, sempat ke seberang Sungai Sarawak naik bot untuk membeli kek lapis


*next destination, wait...hihi ;)

Terbaik!

Hari ni Mr. T masak chicken roasted dengan menu sampingan salad coslow & nasi goreng cina.
Beliau memang suka mencuba..especially mencuba rasmi alat letrik (read: ketuhar pembakar) yang masih kemas tersimpan dalam kotak kat bilik belakang tu.

Bukan apa, tak ada masalah nak kemas-kemaskan kotak-kotak tu.
Seminggu ni berkursus di Penang.
Balik-balik je, dah mula ke kelas pula.

Hari ni habis kelas je sampai pukul 7 pm.
Penat-penat balik (lapar sbb perah otak), ada orang masakkan.
Sayang sungguhlah Mr. T pada isteri dia ni.
Bertambah markah untuk suami mithali ni..:)

western meal untuk dinner sempena Hari Wanita katanya :)

* next week nak masak apa pulak cik abang? hihi ;p
** Alhamdulillah, atas kasih & sayang yang diberikan Nya ini... :)

Monday, March 4, 2013

Dear

Alhamdulillah.
Kepada dia yang hadir dalam hidup ini.

Hold tightly my hand, dear :)

* indahnya bila dia memasak!(ciri yg dicari oleh isteri-isteri 'mithali' sepertiku) :)

Thursday, February 28, 2013

Run

Selepas 3 minggu tidak merasmikan diri sebagai pekerja (cutilah tu), rasa macam tak terdaya sangat.
Datang-datang ofis je perkara pertama yang kena check adalah SOW 2 subjek.
Tengok balik kat mana aku berada sekang.
Rupanya dah lari dari track sedikit.
Aduh, agak serabut dan emosi tidak berapa stabil.
Tapi still kena hadapi.

Alhamdulillah lepas 4 hari, dah boleh adapt balik.
Terus gerakkan team siapkan assessment dan moderasi soalan final.
Cover balik silibus yang tercicir.

Belum cerita lagi, hari ke-3 je dah kena pergi kursus.
Nasib baik kat Melaka je.
Next week and selepas minggu aktiviti ada lagi kursus.
Woaaaaa!!!!

Next week gak pendaftaran untuk semester baru.
Nampaknya terpaksalah minta wakil register kan subjek.
Lepas tu weekendnya terus ada kelas pertama.
Semester ni, dah tukar hari Jumaat & Sabtu.
Alhamdulillah ada juga weekend tahun ni..


Semoga semuanya dipermudahkan.
Diberi kekuatan untuk mengharunginya.
InsyaAllah...

Tak nak stress, nak hepi-hepi je.
Since tahun ni dah ada orang kita boleh pinjam bahu dia nak kesat air hidung. ;p
Macam mana pun kena belajar kawal emosi, dan banyakkan bersabar.
Sebab bukan kita sorang je yang ada masalah dan banyak kerja.
Tengok orang lain yg lebih worst, kita akan rasa diri ini lebih baik.

Allah Maha Pengasih.
Alhamdulillah :)
1st lunch meal, air tangan Mr. T tersayang :)

*fighting!!!! go Runningman! ;p
** thanks, I love you no matter what, abang ... :)


Tuesday, February 26, 2013

New Life

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. :)

Kehadiran orang baru dalam hidup, rasa macam tak percaya.
Tapi itulah hakikat.
Bersaksikan Allah, kami diijabkabulkan.
Subhanallah. :)

Masih di peringkat adaptasi dan banyak lagi yang perlu dipelajari dan diamalkan.
Alhamdulillah, bila solat tidak lagi bersendirian.

Terima kasih Ya Allah.
Mengurniakan dia untuk menjadi suami dan pemimpinku.
Semoga bahtera ini dapat berlayar dengan harmoni dan bahagia.
InsyaAllah.
Till jannah...



I Love You :)

* missed 3 episod runningman..hehehe

Sunday, January 13, 2013

Our New Family Member

Welcome Baby Muaz Hadif! :) (13/01/13)

Alhamdulillah, baby Muaz dah keluar dari pertapaannya (his umi's womb).
Welcome, dear! :)
Nombor awak 17 ok!
Kak Husna and Abang Hafiy dah ada kawan baru. hehehe.
2013, semoga rezeki dan kebahagiaan bertambah.
Amin...

*nama Muaz Hadif, gerenti hensem ni..hehehe ;p







Friday, January 11, 2013

February, I'm waiting...

Tahun baru dah seminggu kot.
Lamanya tak menulis.
(ayat standard nak start engine..hehehe)

Tutup buku 2012.
Ada banyak kisah.
Kisah bermula di situ, dan insyaAllah akan diteruskan.

Memulakan tahun baru dengan macam-macam cerita.
Kesibukan yang hanya Allah yang tahu.
Dan alhamdulillah, Dia beri kekuatan untuk menghadapinya satu-satu.

Sekarang ni sedang berdebar-debar menantikan 9 Feb 2013.
Semoga semuanya berjalan lancar.
Aminnn.. :)

*terima kasih ALLAH untuk sinar yang terang ini..:)