Wednesday, April 20, 2016

Ngantuknya

Oh hai.
Hari ni sangat-sangat mengantuk.
Semasa menanda lab report pelajar, tiba-tiba mata jadi berat dan hampir terkatup.
Terus berhenti dan tidur sekejap.
Lepas tu, macam baru tersedar.
Cepat-cepat minum air, bangun dan pergi ke kafe membeli karipap untuk Irdina.

Duduk semula.
Tarik nafas.

Kenapa mengantuk sangat?

Dah 3 malam kena berjaga sampai lewat malam sebab Irdina tak mahu tidur.
Dia tak bagi Mak tidur juga.
Temankanlah dia sampai 2 3 pagi.
Sabar.

Irdina terlalu comel dan kecil lagi nak dimarah
Bukan dia faham pun kalau Mak membebelkan dia
Sengih lagi ada
Kalau marahkan dia, terus mencemik air mata berjurai-jurai melalak sekuatnya
Isk isk isk.

Bertabahlah hati.
Kuatkanlah jasad.

Oh ye.
Kelmarin beli barang kat kedai depan rumah tu.
Kedai pasar sejuk dengan tag "bahan segar kepakaran kami"
Kemain lagi

Harga yang dibeli adalah RM27.05
So bayarlah RM50.10 sebab nak mudahkan salegirl tu tukar 5 sen je
Dia tanya ada 5 sen tak
Saya jawab tak ada, ada 10 sen ni ha
Then dia pun pulangkan baki RM23 sahaja
Saya tunggu juga dia pulangkan 5 sen tapi tak ada
Saya tanya dia, tak pulangkan baki ke?
Dia kata saya tak ada 5 sen
Habis tu? Saya tak dapatlah duit saya?
Dia jawab saya tak tahu, nanti short
Kalau dia tak ambil 10 sen saya dia short 5 sen tapi dia enggan pulangkan 5 sen saya sebab dia tak ada 5 sen dalam mesin duit dia
Saya cakap oh kalau saya short tak apa pulak?
Saya tak redha, itu duit saya awak tak pulangkan
Awak fikirlah, awak makan gaji tapi awak ambil duit saya
Saya pergi begitu sahaja

Saya bukan nak kirakan sangat 5 sen tu tapi saya kisahkan sikap salegirl tu
Dia patutnya try to find  baki walaupun 5 sen
Kalau sorang 5 sen kedai tu amek (sebab tak nak short) , bayangkan kalau 100 orang?
Itu tak melebih-lebih nampak!
Saya tahu dia pekerja, tokey dia yang akan terima semua tu
Tapi dia juga (Melayu, Islam) patutnya tahu soal tu
Dia tak patut cakap dia tak tahu dan buat selamba tak nak pulangkan baki
Senanglah nak untung macam tu jangan buh 5 sen dalam mesin kira tapi harga buh 5 sen, dapat untung lebih dengan mudah
Tak kisah berapa nilai baki tu
Janganlah menipu!
Janganlah ambil hak orang.
Sama kes dengan tak ada baki 5 sen, bagi gula-gula sebagai ganti.
Amboi.
Atau bagi barang lain sebagai ganti.
Kalau pelanggan tak nak kita takleh buat macam tu
Kena ada setuju dua pihak

Lagi banyak cerita pasal ni, lagi geram dengan salegirl tu!

*Ok bai

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka