Monday, May 29, 2017

Pasir dan Pantai Berpisah Tiada

Satu lagi perkara yang sangat disukai Nur Irdina adalah PASIR!
Tak kiralah pasir di pantai atau di mana-mana.
Pasir ke tanah ke memang kesukaannya.

Kisahnya kami bawa Nur Irdina sekali lagi ke pantai.
Sebelum tu Family Day kolej berlangsung di Pantai Tg Keling.
So kami menyusur ke atas lagi, mengunjur dari pantai dan laut Selat Melaka yang sama.
Check in di PD pula.

Mengimbau kenangan 3 tahun lepas sebelum Irdina dilahirkan.
Kembali lagi mencipta memori bertiga pula.

Nur Irdina sejak lahir lagi suka sangat duk hotel.
Keghairahan dia dengan suasana bilik hotel.
Dim lampu yang tak sama dengan rumah.
Cadar putih yang tebal.
Dan yang lainnya ada aircond gitu.
Sekarang ni dia pun tahu sebut hotel.
Hehe.

 Menunggu Abah check in.

 Paling suka katil hotel. Dia dulu panjat.

Berlarian menuju ke bilik.

 Sarapan pagi. English style gitu. Becok mulut Irdina bercerita kat Abah dia.

 Ikut Abah pergi tengok laut.

 Tulis nama atas pasir. Mak yang tuliskan.

Main pasir. Wajib!


Memang cari hotel yang ada pool.
Sebab tau Nur Irdina ada lagi satu kesukaan iaitu MAIN AIR!
Pelampung pun dah beli siap-siap dari dia kecik.

Wah mula-mula main pasir, ajak mandi kolam tak mahu.
Sekali kaki mencecah air, terus tak nak naik.
Dekat 2 jam.
Tarik bawak naik dia turun sendiri.
Berani betul.
Hailaa anak.

Seronoklah dia.
Esok tu masa sarapan nampak pool cakap nak mandi lagi.
Kami ajak dia tengok laut pulak.
Lepas tu hujan lebat.
Hujan dari tengah pagi.

Yang best tu malam tu makan kat restoran seafood yang pernah kami makan dulu.
Sedapnya masih sama!
Best.

InsyaAllah nak ke tempat lain pulak.
Mungkin pantai Laut China Selatan.

:)

Dina Melawat Zoo Lagi

Sebelum puasa hari tu kami bawa Nur Irdina pergi zoo.
Sebetulnya nak pergi awal bulan, tetapi hari sabtu tu Nur Irdina tak berapa sihat, the plan was cancelled.
Then kami sepakat ambil cuti hari khamis.
Dah bulan puasa kang kami pula yang kehausan kepenatan nanti.

So ia sangat berbeza datang kali kedua.
Sebabnya pertama kali dulu Nur Irdina masih lagi belum pun setahun umurnya.
Banyak yang dia belum faham dan memorinya ada cuma dia tak ingat.

Bila umur dia dah 3 tahun ni, dia memang dalam fasa belajar.
Dia melihat dan mengingat.
Memori dia lebih kukuh.
Dia pun dah mengenal haiwan tu dulu sebelum datang lihat yang betul-betul.

Stage umur begini kanak-kanak macam span.
Semua dia serap.
Walaupun benda tu kadang-kadang kita tak perasan sangat tapi bila dia recall baru kita perasan.
Kita pula yang belajar daripada mereka.
That's why orang bijak cakap jaga perkataan dan perlakuan kita depan anak-anak.
Mereka tak tahu baik buruk kalau kita tak bagitahu.
Mereka ambil pukal malah tak tinggal satu pun.
Jadi kita sebagai orang dewasa kena pantau dan kena guide.
Mereka belum mumaiyiz kata orang.
Itulah, kita yang dewasa ni kadang-kadang tak berapa nak menjaga hal itu.
Tu kena bersabar.
Tapi kalau kita jadi dinasour tak leh nak kawal dah tu.
Hehehe.

Berbalik semula kepada lawatan tadi.
Memandangkan kami pergi hari bekerja (dan cuaca juga mendung nak hujan lebat), maka tak ramailah pengunjung yang datang.
Banyak haiwan tidur siang sejuk macam tu.
Tapi oklah. Tak panas sangat.
Nur Irdina experienced something.
Tanya kat dia, best tak?
Dia kata best.
Nanti datang lagi tau.

Dia dapatlah tengok harimau, gajah, badak, buaya, zirafah dan segala haiwan yang dia impikan untuk face to face gitu.
Alhamdulillah.
Learning time for my girl.
She was happy and enjoy.
 :)



Wednesday, May 24, 2017

Whatever

Lagi 2 hari Ramadhan akan tiba.
Subhanallah.

Oh ye.
Minggu lepas 16 Mei.
Hari guru.
Ye.
Tapi aku lebih mengingati tarikh itu sebagai ulangtahun kelahiran ibuku.
Aku tak sambut hari guru walaupun aku boleh dikategorikan seorang guru.
Dekat kolej kami, namanya hari pendidik.
Ya.
Sama saja maknanya.

Aku mengajar pelajar.
Bukan sebab aku minta disukai atau apa.
Aku buat sebab aku suka mengajar.
Kalaupun aku garang, tapi aku tetap tak boleh terima kalau ada pelajar yang tak pernah diajar secara official oleh aku menganggap aku garang gila.

Hasilnya sepanjang 8 tahun aku mengajar, aku hanya ada 2 kumpulan FYP.
Cuma semester ini, lambakan pelajar yang tak tertampung maka aku antara pilihan terakhir untuk mencukupkan syarat lulus FYP iaitu mesti ada supervisor.
Itu kelebihan.

Aku rasa air muka aku juga faktor ke atas tanggapan liar begitu.
Tapi aku tak fake.
Itu muka aku.
Siapa yang kenal aku tau aku macam mana.
Dah cukup bagi aku.

Aku mengaku aku tegas.
Tapi aku cukup tak suka orang yang melabel aku tanpa kenali aku.
Mungkin aku outspoken, orang kata aku garang.
Entah.

Aku tak judge orang.
Terpulang.

Jawapan aku pada semua tu adalah
LANTAK!

*always think good..InsyaAllah...

Tuesday, May 9, 2017

Berpuasa

Bulan Ramadhan semakin hampir.
Dah habis ganti puasa ke belum?

Sekarang adalah waktu sesuai untuk melatih dan biasakan diri untuk berpuasa.
Bila bulan puasa dah datang, kita dah prepare dari segi fizikal.
Mental tu kenalah kuat juga.
Bila puasa time bukan puasa (di kelilingi orang yang tak puasa) ada cabarannya juga.
Rasa lapar dan nak makan tu lebih kuat berbanding dalam bulan puasa.
Kalau nak ganti puasa sehari pun rasa liat tau. Hehehe.
So kalau kita dah biasa untuk itu, insyaAllah bulan puasa nanti boleh fokuskan kepada ibadah seperti mengaji Al -Quran dan bertarawih serta ibadah-ibadah sunat lain.
InsyaAllah.

Dah pesan kat suami, ajak puasa sama-sama.
Lagi pun dia boleh biasakan diri dengan puasa di tempat baru dan suasan kerjanya yang berbeza.
Kita pun kena biasakan bila mana nak kena prepare sahur dan buka.
Masak makanan untuk bekalan Irdina tu tak leh stop, walaupun kita berpuasa.

Ok apapun, selamat menghadapi Ramadhan al Mubarak.