Wednesday, October 25, 2017

Postpartum Ibu Kucing

Kisahnya baru 2 minggu lepas kucing gelandangan yang menumpah teduh di rumah kami melahirkan anak.
Setelah banyak kali cubaannya untuk masuk rumah tidak berjaya, kami sediakan kotak dialaskan kain di luar rumah.
Kot dia dapatlah beranak di situ.
Ya, memang selang sehari tu dia beranak dalam kotak tu.

Abah Irdina dan Irdina memang suka kucing tu.
Abahnya siap belikan makanan kucing lagi.
Irdina pula kalau kucing tak de makanan dia suh Mak bagi.
Bila kucing tu beranak, 6 ekor semuanya dan cantik-cantik, Abah dan Irdina orang paling suka tengok.

Semalam, Mak pergi hantar Tok Tan pergi HKL.
Jadi cuti satu hari, tapi sebab dah plan nak buat Test Human, Mak kena ke kolej semula.
Balik je rumah,basuh baju.
Sementara tunggu, tidur kejap.
Siap basuh, pergi sidai.

Masa sidai baju tu, kucing tu ada duk bersidai meneman kita dengan rileks.
Anak-anak dia safe and sound. Tengah tidur.
Siap sidai baju, masuk untuk solat asar.
Adalah dalam 15 minit.

Kul 4.30 pm macam tu nak keluarlah.
Punyalah terkejut sebab nampak anak kucing seekor dah kat luar kotak, berdarah merata.
Kes homisid!
Jenguk dalam kotak, ada 3 ekor lagi tapi seekor dah mati gak berdarah.
Tengok sekeliling, kot ada kucing jantan liar ke.
Yang nampak hanyalah ibu kucing tadi kat kawasan rumput tengah membaham anaknya.
Tak sampai hati nak tengok dia makan anak dia.
Sebab dah tak sempat terus je la keluar.

Kejap je masuk rumah, mak kucing tu dari rileks lepak terus bertukar karakter dan makan anak dia.
Isk isk isk.

Abah Dina balik tanam anak kucing dua ekor tu.
Maknanya mak kucing tu dah makan 2 ekor habis.
Ada baki 2 ekor masih hidup.

Macam terkejut jugalah.
Kejam betul.
Tapi kucing ni macam manusia la, boleh meroyan lepas melahirkan kot.

Malam tadi dengar bunyi anak kucing mengiyau.
Cakap kat Abah Dina, katanya tak ada apalah.
Esok pagi Abah Dina keluar tengok dah hilang dah anak dia yang lagi 2 ekor tu.

Maka berakhirlah kisah anak kucing di rumah kami.
Hasil perbuatan ibu kucing sendiri.
Case closed!.

Sunday, October 22, 2017

Adakah ia tantrum atau lepas perasaan wahai Anak?

Minggu lepas dan minggu ni mengandungi 1 hari cuti umum.
Bermakna hanya 4 hari sahaja bekerja.

Daripada minggu lepas ke minggu ni, Nur Irdina telah pun bercuti selama 4 hari dan sangat gembira stay dengan Mak and Abah.
Bangun pagi je ada Mak and Abah.
She was very pleased.
Until today.

Pagi tadi masa nak hantar dia ke rumah pengauh, dia melalak kata tak mahu!
Sometimes aku tertanya-tanya, WHY?
Apa yang mengganggu emosinya?

Aku ni kalau ada rezeki memanglah nak duk rumah jaga anak, jaga keluarga.
Tapi itulah, masih belum ada rezeki.
Siapa yang tahan hati kalau anak menangis nak duk dengan Mak je.
Entahlah.
Aku berserah pada Allah.
Mana yang terbaik bagiku dan keluarga kami, maka aku turutkan.

One day!
Aku harap aku dah boleh duduk rumah dan jadi suri sepenuh masa.
Mendidik dan membesarkan anak-anak dengan acuan aku sendiri.
Semoga rezeki kami dimurahkan.
Amin.

Thursday, October 12, 2017

Throwback September

Disebabkan bulan September tak dapat nak post kan sebarang entry dan tiada dalam list, maka diwujudkan entry ini.

Sepanjang bulan 9 tak sempat nak menulis sebab terlalu banyak kerja luar di samping kerja hakiki.

Preparation to SUKAT berjalan dengan rancak 2 minggu sebelum tu.
Hari-hari duk training merejam dart.
23-27 hari bulan berkampunglah di IKM JB.
Malam stay di asrama, siang balik rumah mak.
Seronok sebenarnya join sukan ni.
Pertama, ia macam escapism!
Kedua, experience.

Sebenarnya aku suka suatu masa tu bila dah terlalu lama kepam, tiba-tiba ada kerja luar.
Keluar dari kolej.
Pergi tempat lain.
It such a release.

Alhamdulillah, pencapaian buat pertama kali menyertai sukan ni team kami pergi sampai suku akhir.
The best moment adalah berjaya check out untuk mata pertama team perempuan.
Wonderful!
Tahniah semua.  :)

Sejurus selepas tu, bermulalah travel time!
Dalam entri seterusnya.
Permulaan Oktober!

*journey of life.