Sunday, October 22, 2017

Adakah ia tantrum atau lepas perasaan wahai Anak?

Minggu lepas dan minggu ni mengandungi 1 hari cuti umum.
Bermakna hanya 4 hari sahaja bekerja.

Daripada minggu lepas ke minggu ni, Nur Irdina telah pun bercuti selama 4 hari dan sangat gembira stay dengan Mak and Abah.
Bangun pagi je ada Mak and Abah.
She was very pleased.
Until today.

Pagi tadi masa nak hantar dia ke rumah pengauh, dia melalak kata tak mahu!
Sometimes aku tertanya-tanya, WHY?
Apa yang mengganggu emosinya?

Aku ni kalau ada rezeki memanglah nak duk rumah jaga anak, jaga keluarga.
Tapi itulah, masih belum ada rezeki.
Siapa yang tahan hati kalau anak menangis nak duk dengan Mak je.
Entahlah.
Aku berserah pada Allah.
Mana yang terbaik bagiku dan keluarga kami, maka aku turutkan.

One day!
Aku harap aku dah boleh duduk rumah dan jadi suri sepenuh masa.
Mendidik dan membesarkan anak-anak dengan acuan aku sendiri.
Semoga rezeki kami dimurahkan.
Amin.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka