Maaf, sebab tak sempat nak menulis pada Mac.
Bulan Mac sangat istimewa.
Ulangtahun kelahiranku.
Alhamdulillah, kami habiskan masa 24 Mac bersama-sama.
Pergi makan nasi beriani kambing 40 hari yang famous tu.
Setelah sekian lama mengidam hehe.
Lepas tu jalan ke BP pula.
Cadangnya nak ke rumah kakak di Air Hitam tetapi beliau tidak ada pula.
So round BP Mall je, minum kopi dan shopping sikit.
Hujung bulan balik kampung, celebrate ramai-ramai sebab pemilik Mac ni ramai.
Abah, Alip (18/3)
Hani (22/3)
Aku, Adib (24/3)
Syahmi (25/3)
Mahmood ( tak sure tarikhnya)
Alhamdulillah juga, awal bulan April suamiku diberikan rezeki dapat kerja lain.
Kembali ke dunia lamanya.
Bak kata Nur Irdina, abah dia keje nelayan kat laut. Hahaha
Tapi tidaklah dia offshore, office based sahaja.
Itu jiwa dan minat dia, baiklah dia kerja dalam bidang tu.
Yang penting quality time dengan family dapat diadakan.
So, ada banyak lagi plan untuk bulan April dan yang akan mendatang.
InsyaAllah semoga dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka