Tuesday, June 19, 2018

Kisah Aidilfitri Nur Irdina dan Keluarga

Ini catatan Hari Raya 2018.
Umur Nur Irdina masa ni 3 tahun 10 bulan.


#Throwback dulu raya-raya lepas.

1. Mak dan Abah (2013)
*gambar tak de dalam simpanan sbb guna kamera so dah siap print masuk album. :)

2. Mak (Dina dalam perut about 6 or 7 months) dan Abah (2014)


3. Mak, Dina (not yet 1 year) dan Abah (2015)





4. Mak, Dina (not yet 2 years) dan Abah (2016)


5. Mak, Dina (not yet 3 years) dan Abah (2017)



6. Mak, Dina (not yet 4 years) dan Abah (2018)






Ok, kembali kepada catatan Hari Raya tahun ni.
Hari ni Syawal ke 5.


Raya pertama, 1 Syawal 1439H (15 Jun 2018) dimulai di rumah Tok Tan dan Tok Mon.
Tahun ke 5 (6 kali raya) bagi Mak dan Abah, ke 4 bagi Nur Irdina.

Kami balik kampung petang 2 hari sebelum raya so sempatlah nak bersahur dan berbuka pada Ramadhan 29.
Tahun ni semu adik beradik Mak ada kecuali Mak Ngah sekeluarga dan Cik Yan.
Memang penuhlah rumah Tok Tan.
Dina pun seronok sepupu sepapat dia semua ada layan dia main.
Sampai raya kedua (nak balik rumah Nenek) pun Dina sempat ikut Cik Yah dia pergi marhaban.

This time Nur Irdina dah faham suasana Hari Raya.
Sebab dia pilih sendiri baju dan kasut raya.
Dan dia juga tahu apa itu puasa sebab kat sekolah dia berlatih untuk tidak makan separuh hari.
Tapi dia faham budak kecik tak wajib puasa, tak tahan katanya.

Tahun ni Dina dan Mak pula sedondon. Selalunya Abah dan Dina je. Sempat Mak tempah dengan senior Mak punya wife. Hehe


 Berbuka puasa bersama kawan-kawan Abah di Ramada Plaza Hotel, Melaka (once in a month)


 Malam raya bersama Adibah Zara.


 Pagi raya pertama 1st session bersama Abang Hafiy dan Abang Muaz. Kaler pink sama.


 Dengan Abang Muaz


 Dengan Abang Hafiy


 Dengan Adib


 Muaz, Affa, Dina, Adib dan Zara


 Apa buat tu Zara??


 Sesi diteruskan.


 Masuk pula Kak Husna.


 Lepas Abah balik sembahyang raya, sesi bersama famili.


 Dengan Mak.


 Bersama Cik Yah dan Mok Usu


 Mak dengan Tok Mon


 Petang beraya rumah nenek Adib Zara.


 Raya ke 3 di rumah Nenek. Dina tak nak pakai baju sedondon dengan Mak.


 Dengan Nenek. Sebelum pergi beraya.


 Dengan Mak bawah pokok.


 Abah joined.


 Us. 


 Mak dengan Tok Tan.


 Mak sedondon dengan Dina. :))

Ok, tulah sedikit suasana hari raya Nur Irdina tahun 2018.
Selamat hari raya maaf zahir batin.

Nanti kawan-kawan tadika Dina nak datang marhaban raya kat rumah. Wah seronoklah Dina.
Hehe. :))


Wednesday, June 13, 2018

Ramadhan Kali Ini

28 Ramadhan 1439H, 13 Jun 2018

Salam Ramadhan.

Lamanya tak update blog.
Lately lebih senang update IG, buh gambar and caption.
Satu cara yang mudah.
Untuk simpanan kenangan dalam server, for my future reference and memory.

Hari ini ramai rakan sekerja termasuk bos-bos dah mula bercuti.
Lusa 1 Syawal.
This year kami beraya di Kota Tinggi pada hari pertama.

Betullah orang cakap, bila ada anak ni fokus semua kat dia.
Kelengkapan raya anak diutamakan.
This time awal - awal lagi dah tempahkan baju kurung sedondon dengan Mak.
Abah tak nak baju baru, so kami carikan baju yang warnanya matching dengan baju lama Abah.
Paling tak tahan tudung comel Irdina lebih masuk warnanya dengan baju.
Amboi melaramlah makcik tu. Hahaha
Mak pun tak jumpa yang sesuai gitu.

InsyaAllah petang ni kami gerak pulang ke kampung.
2 hari di Kota Tinggi, sambung raya kedua di Merlimau pula.

Minggu pertama puasa, masa cuti kami ke masjid tarawih.
Lepas tu Mak perasan Irdina ni boleh tahan 5 minit je, lepas tu dia dah start boring dan meragam.
Dapatlah Mak ikut jemaah Isyak.
Untuk tarawih kalau mood Irdina ok, dapatlah 8 rakaat.
Kalau dia dah ajak balik, kadang 4 rakaat je.
So, Mak decided untuk solat di rumah sahaja, biarlah Abah je yang pergi.
Konon nak tukar - tukar solat di masjid sekitar, lain malam lain masjid.
Last2 kat rumah je, lagipun bila hari kerja and sekolah macam letih nak keluar.

So, malam ni last round tarawih sebab malam esok adalah malam raya.
Harap - harap Mak dapatlah tunaikan tarawih, walaupun di rumah sahaja.
Mungkin berbuka petang ni dalam kereta sebab tak tahu lagi keadaan trafik.

Selamat menyambut lebaran.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita segala kebaikan dan hikmah.
Banyakkan bersedekah.
Hati-hati di perjalanan.

Next month ada agenda sedang dirancang! Hehehe