Wednesday, June 13, 2018

Ramadhan Kali Ini

28 Ramadhan 1439H, 13 Jun 2018

Salam Ramadhan.

Lamanya tak update blog.
Lately lebih senang update IG, buh gambar and caption.
Satu cara yang mudah.
Untuk simpanan kenangan dalam server, for my future reference and memory.

Hari ini ramai rakan sekerja termasuk bos-bos dah mula bercuti.
Lusa 1 Syawal.
This year kami beraya di Kota Tinggi pada hari pertama.

Betullah orang cakap, bila ada anak ni fokus semua kat dia.
Kelengkapan raya anak diutamakan.
This time awal - awal lagi dah tempahkan baju kurung sedondon dengan Mak.
Abah tak nak baju baru, so kami carikan baju yang warnanya matching dengan baju lama Abah.
Paling tak tahan tudung comel Irdina lebih masuk warnanya dengan baju.
Amboi melaramlah makcik tu. Hahaha
Mak pun tak jumpa yang sesuai gitu.

InsyaAllah petang ni kami gerak pulang ke kampung.
2 hari di Kota Tinggi, sambung raya kedua di Merlimau pula.

Minggu pertama puasa, masa cuti kami ke masjid tarawih.
Lepas tu Mak perasan Irdina ni boleh tahan 5 minit je, lepas tu dia dah start boring dan meragam.
Dapatlah Mak ikut jemaah Isyak.
Untuk tarawih kalau mood Irdina ok, dapatlah 8 rakaat.
Kalau dia dah ajak balik, kadang 4 rakaat je.
So, Mak decided untuk solat di rumah sahaja, biarlah Abah je yang pergi.
Konon nak tukar - tukar solat di masjid sekitar, lain malam lain masjid.
Last2 kat rumah je, lagipun bila hari kerja and sekolah macam letih nak keluar.

So, malam ni last round tarawih sebab malam esok adalah malam raya.
Harap - harap Mak dapatlah tunaikan tarawih, walaupun di rumah sahaja.
Mungkin berbuka petang ni dalam kereta sebab tak tahu lagi keadaan trafik.

Selamat menyambut lebaran.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita segala kebaikan dan hikmah.
Banyakkan bersedekah.
Hati-hati di perjalanan.

Next month ada agenda sedang dirancang! Hehehe

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka