Belajarlah untuk menerima.
Bila kita merasa tidak berdaya tiba-tiba untuk melalui sesuatu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan), tabahlah.
Belajarlah untuk tabah.
Bila tiba-tiba kita seolah-olah mahu jatuh tumbang dan rebah kerana sesuatu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan), bertahanlah.
Belajarlah untuk bertahan.
Sesungguhnya,
apa saja yang kita lalui itu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan) semuanya menyembunyikan hikmah.
Nanti bila sampai masanya hikmah itu akan terzahir.
Percayalah untuk setiap perkara itu berlaku kerana ada sesuatu yang already "in-store" untuk kita.
Cumanya kita tidak sampai untuk memikirkannya dan kita hanya tahu bila ia sudah muncul.
Dan pada masa tu baru kita sedar, dan bersyukur.
Bila kita merasa sukar dengan tarbiyah itu, ingatlah, walau macam mana pun, biar seorang pun, kita tetap perlu berdiri dan kuat untuk hadapinya.
Only ALLAH is sufficient for us.
Always put in our heart.
dan untuk diri ini, yang lemah, firman-NYA ini seperti penenang jiwa dikala saat merasakan diri ini benar-benar keseorangan tidak berdaya dan hampir rebah jua.
Benar-benar mengharapkan pertolongan-NYA sentiasa akan hadir bersama.
ALLAHUAKBAR!
Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan
baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah
nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah
mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaq, 65: 2-3)
Ya ALLAH, jauhkanlah aku dari kesedihan.
الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
Semoga semua ini membungakan keindahan dan kemanisan.
InsyaALLAH.
*saya yang lemah, tapi saya ada ALLAH yang Maha Kuat.
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka