Thursday, March 24, 2016

Birthday Song

Alhamdulillah.

Turn to a new number in life.
Doa dan harapan agar usia ini lebih berkat.
Dalam ketaatan kepada Nya dan rahmah yang melimpah.
Semoga diberi kesihatan dan kebaikan yang berpanjangan.
Amin.

Alhamdulillah.

Dari kecil tak pernah diajar sambutan besar-besaran atau dibelikan kek dan hadiah.
Jadi tak rasa kecik hati pun kalau setiap tahun tu tak ada celebration.
Kalau bagitahu mak, cakap terima kasih, mak pun kadang lupa tarikh beliau melahirkan aku.
Tapi mak akan ucap juga selamat hari lahir dan doakan aku yang baik-baik.

Setiap kali tarikh ni, aku akan rasa macam-macam.
Semalam yang aku tinggalkan adalah usia yang tak akan datang lagi.
Masa demi masa,
Memamah usia dan semuanya dariku.

Aku sangat berterima kasih kepada mak yang bertarung nyawa melahirkan aku.
Aku juga pernah melahirkan Irdina, sakitnya hanya masa tu sehingga tak leh digambarkan dengan perkataan kalau sesiapa suruh ceritakan balik.
Selepas 1 tahun 7 bulan, aku tau sakit melahirkan tapi aku tetap tak boleh nak bandingkan sakitnya itu dengan apa-apa yang lain.

Aku bersyukur sebab Allah panjangkan umurku lagi.
Alhamdulillah.
Diberi kesempatan menghirup nikmat udara, nikmat bernyawa.
Diberi peluang untuk menambah amal dan bekalan lagi.
Aku bersyukur Allah pilih keluarga, mak dan abah untuk ku yang baik untukku.
Sehingga hari ini Allah pilihkan yang terbaik untukku.
Alhamdulillah.

Semoga setiap detik itu lebih bermakna dan indah untuk diriku sebagai hadiah terbaik untukku.
Insya Allah...

I love my family. Nur Irdina. My Love. and All.

Monday, March 21, 2016

Cerita Tentang Mac

Mac sudah memasuki fasa akhirnya dalam 2 minggu ini.
Minggu ni kami raikan hari lahir Abah - 75 dan Alip - 20 pada 18 Mac.
Kak Kiah belikan kek katanya sambutan bersama kelahiran Mac dan April.
Termasuklah untuk diriku. Hahaha.

Ramai betul yang berkongsi birthday bulan Mac ni.
Abah and Alip - 18 Mac.
Diikuti Atifa Hani- 22 Mac, Aku & Adib - 24 Mac, Syahmi - 25 Mac.

Semoga semuanya mendapat rahmat dan lindungan Allah.
Dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat,
InsyaAllah.

Nur Irdina bulan ni habis usianya masuk 1 tahun 7 bulan.
Alhamdulillah.
Semakin dia besar ni, semakin banyak akal dan sifat perangainya.
Lately, dia tersangatlah manja.
Tak boleh angkat punggung dah panggil "Makkkkk!!!!"
Bangun tidur je, tak ada mak kat sebelah dah melalak banjir air mata.
Aduhai anak.

Kalau tak kena mood dia, nak berdukung je.
Selagi tak angkat dia merengek.
Semalam satu lagi pe'el baru dia, merangkak sampailah mak dukung dia.
Abah nak dukung dia tak mahu.
Mungkin dia fikir dah pandai jalan ni, mak dah tak nak dukung dia.
Tu yang dia merangkak dari depan sampai ke dapur sambil menangis meraung panggil mak.
Irdina laaaaaa haiiii....

Semalam Abah yang jaga dia.
Abah kata dia macam boring, asyik merengek je.
Itu tak kena ini tak boleh.
Nak orang fokus and layan main dengan dia baru dia suka and gelak2.

Ni tanda macam nak ber-adik lagi je,
Hehehe.
InsyaAllah mudah2an.


My Sweet Heart forever :)

Bulan depan exam RPO.
Harap2 boleh selesai dengan mudah.
Malas dah nak fikir lagi.
Hahaha.

Nak plan lain pulak.
Soooooonnnnn...

* Semoga lebih berjaya akan datang. Aminnn

Thursday, March 10, 2016

Februari in Memory

Mac.

Februari sekejap saja berlalu.
Ada peristiwa yang nak disimpan di sini.

Hujung Februari.
Selepas habis berkursus dan pulang ke rumah.
Kami mewakilkan mak dan abah serta keluarga datang menziarah pak sedaraku Pok De gelarannya.
Sebab aku yang paling dekat dengan kampung (memang pun duk kampung), jadi aku rasa terpanggil untuk pergi ziarah.
Sebelum tu lagi Pok De dikhabarkan telah masuk wad dan keadaan kesihatannya tidak begitu baik.
Hari ahad, 28 Feb (aku memang ambil cuti sebab nak rest lepas 2 minggu kursus) kami bertiga pergi ke rumah Mok De.
Aku ni tak pernah ada pengalaman menziarah orang yang sedang nazak, jadi aku kira aku ziarah Pok De sebab dia sakit dan aku mendoakan kesihatannya agar lebih baik.
Keadaan Pok De pada pagi itu sangat lemah, sehinggakan Pok De hanya pejam mata sahaja walaupun masih bersuara.
Dari duduk di kerusi dan kemudian dibaringkan, aku sangat terkesan melihatnya.
Pok De bernafas ada bunyi dan badannya menggigil.
Suhu badannya panas.
Sepupuku memberikannya minum.
Aduhai, sedih aku melihatnya.
Aku fikir tak ralatlah kalau mak dan abah tak datang, aku dah wakilkan mereka.
Aku salam Pok De.
Aku teringatkan abah.
Muka Pok De dan susuk badannya memang dah lain.
Pok De antara bapa saudaraku yang kami rapat.
Asal balik kampung je, mak abah suka tidur rumah mereka.
Sebab mak nak jumpa kakak dia Mok De,  dan abah suka berborak panjang dengan Pok De.
Pok De sangat peramah dan aku dah anggap macam abah aku juga.
Mok De pula memang iras mak, kalau rindu mak pergilah jenguk Mok De.
Tengah hari tu kami singgah melawat Mok Long juga dan kemudian balik ke rumah.

Malam tu, suamiku terkejut selepas membaca wasap.
Dimaklumkan bahawa Pok De sudahpun meninggal dunia selepas isyak.
Allahuakbar.
Terkejutnya aku.
Siang tadi masih ada lagi, dan malam sudah tiada.
Rupanya itulah hari terakhir Pok De.
Esoknya aku seorang diri pergi menziarah arwah.
Sempat melihat arwah sebelum dimandikan, selesai dimandikan dan disolatkan.
Mak dan abah sampai apabila jenazah sudah dimasukkan ke van untuk dikebumikan.

Aku rasa ini saat yang buat aku agak terkesan.
Sebelum ni aku rasa macam sedih bila TJ meninggal.
Ni aku rasa lagi perasaan tu.
Semoga arwah Pok De berada dalam lindungan dan rahmat Allah.
Al -fatihah.

Peristiwa kedua yang berlaku dalam minggu yang sama juga adalah apabila depan mataku sendiri aku melihat kemalangan.
Sebuah motosikal berlanggar dengan lori.
Betul- betul depan aku masa aku keluar dari kolej nak jemput Irdina.
Aku memang terkejut.
Terngiang-ngiang macam mana penunggang tu merempuh lori tu.
Harap-harap tak parahlah mangsa tu.

Lama juga aku nak pulih dari terkejutnya tu.

Dugaan.
Lepas tu Irdina demam campak.

Dah 1 bulan lebih tangguh cuti nak balik Kota.
Nasib baik hari tu mak abah ada datang sini.

Minggu depan tak kira nak balik gak!

* Semoga semua yang berlaku ada hikmahnya.