Mac.
Februari sekejap saja berlalu.
Ada peristiwa yang nak disimpan di sini.
Hujung Februari.
Selepas habis berkursus dan pulang ke rumah.
Kami mewakilkan mak dan abah serta keluarga datang menziarah pak sedaraku Pok De gelarannya.
Sebab aku yang paling dekat dengan kampung (memang pun duk kampung), jadi aku rasa terpanggil untuk pergi ziarah.
Sebelum tu lagi Pok De dikhabarkan telah masuk wad dan keadaan kesihatannya tidak begitu baik.
Hari ahad, 28 Feb (aku memang ambil cuti sebab nak rest lepas 2 minggu kursus) kami bertiga pergi ke rumah Mok De.
Aku ni tak pernah ada pengalaman menziarah orang yang sedang nazak, jadi aku kira aku ziarah Pok De sebab dia sakit dan aku mendoakan kesihatannya agar lebih baik.
Keadaan Pok De pada pagi itu sangat lemah, sehinggakan Pok De hanya pejam mata sahaja walaupun masih bersuara.
Dari duduk di kerusi dan kemudian dibaringkan, aku sangat terkesan melihatnya.
Pok De bernafas ada bunyi dan badannya menggigil.
Suhu badannya panas.
Sepupuku memberikannya minum.
Aduhai, sedih aku melihatnya.
Aku fikir tak ralatlah kalau mak dan abah tak datang, aku dah wakilkan mereka.
Aku salam Pok De.
Aku teringatkan abah.
Muka Pok De dan susuk badannya memang dah lain.
Pok De antara bapa saudaraku yang kami rapat.
Asal balik kampung je, mak abah suka tidur rumah mereka.
Sebab mak nak jumpa kakak dia Mok De, dan abah suka berborak panjang dengan Pok De.
Pok De sangat peramah dan aku dah anggap macam abah aku juga.
Mok De pula memang iras mak, kalau rindu mak pergilah jenguk Mok De.
Tengah hari tu kami singgah melawat Mok Long juga dan kemudian balik ke rumah.
Malam tu, suamiku terkejut selepas membaca wasap.
Dimaklumkan bahawa Pok De sudahpun meninggal dunia selepas isyak.
Allahuakbar.
Terkejutnya aku.
Siang tadi masih ada lagi, dan malam sudah tiada.
Rupanya itulah hari terakhir Pok De.
Esoknya aku seorang diri pergi menziarah arwah.
Sempat melihat arwah sebelum dimandikan, selesai dimandikan dan disolatkan.
Mak dan abah sampai apabila jenazah sudah dimasukkan ke van untuk dikebumikan.
Aku rasa ini saat yang buat aku agak terkesan.
Sebelum ni aku rasa macam sedih bila TJ meninggal.
Ni aku rasa lagi perasaan tu.
Semoga arwah Pok De berada dalam lindungan dan rahmat Allah.
Al -fatihah.
Peristiwa kedua yang berlaku dalam minggu yang sama juga adalah apabila depan mataku sendiri aku melihat kemalangan.
Sebuah motosikal berlanggar dengan lori.
Betul- betul depan aku masa aku keluar dari kolej nak jemput Irdina.
Aku memang terkejut.
Terngiang-ngiang macam mana penunggang tu merempuh lori tu.
Harap-harap tak parahlah mangsa tu.
Lama juga aku nak pulih dari terkejutnya tu.
Dugaan.
Lepas tu Irdina demam campak.
Dah 1 bulan lebih tangguh cuti nak balik Kota.
Nasib baik hari tu mak abah ada datang sini.
Minggu depan tak kira nak balik gak!
* Semoga semua yang berlaku ada hikmahnya.
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka