Hampir nak hujung tahun ni, ada 3 aktiviti yang dijalankan.
Nak habiskan bajet barangkali. Hiks
1. Camp Bee Scout
Ini adalah acara ala-ala perkemahan puteri dan pengakap.
Kalau kat negeri omputih, kanak-kanak akan buat biskut dan pergi jual (macam dalam cerita Pacifier tu) or paling tak pun adalah aktiviti masuk hutan ke (macam cerita katun yang Dina suka tengok tu).
So, untuk tadika Dina pula, cikgu pilih untuk adakan aktiviti seharian di sekolah.
Ada pasang kemah, trasure hunt dan juga memasak.
Lepas tu bagi hadiah dan bergambar.
Nur Irdina mula dapat kumpulan dengan papa leader lain, last minute Abah dia pula jadi papa leader grup dia.
Mereka pergi dan selesaikan task di 7 check points.
Mak Dina pula jaga check point ke 4.
Letih jugalah anak-anak.
Nasib baik zohor tu dah boleh balik awal sebab ikut tentatif sampai petang.
Balik je melepek, semua terbongkang! Hahaha.
Beratur mengikut kumpulan.
Nur Irdina in her tadika's uniform t-shirt.
Briefing session.
Start to do gaerobic and some exercise.
Dengan iringan lagu, mereka bersenam pagi.
Aktifkan dirimu Dina!
Ni perkakasan di checkpoint yang Mak jaga.
Kena buat goggle daripada bekas kotak telur.
Ni grup Dina dan Abah jadi papa leader yang terbaik. Haha.
Abah masakkan roti telur dan sardin untuk anak-anak.
Sedap katanya.
Aktiviti bersama keluarga adalah mewarna.
Cantik tak?
2. Train to Kluang
Aktiviti ni paling mencabar sebab nak kena bawa anak-anak naik bas dan train.
Gerak lepas subuh, 5.30 pagi tunggu bas di sekolah.
Dalam pukul 6.00 pagi bas bergerak ke Stesen Keretapi Segamat.
Masa dalam perjalanan tu, di laluan dalam pembinaan jalan Tangkak - Segamat, bas sedikit tergelincir akibat lori besar 'makan' sedikit jalan kami.
Nasib baik uncle sempat dan berjaya kawal bas kami.
Jam 7.00 pagi kami selamat sampai di stesen Segamat.
Tiket train dewasa RM14 dan kanak-kanak RM7 (tak ingat).
Perjalanan mengambil masa 1 jam 47 minit lebih kurang dan melalui beberapa stesen iaitu Labis, Paloh dan Bekoh sebelum sampai di Kluang.
Ini keretapi KTM yang dulu-dulu jadi kondisinya pun agak lama.
Masih ada bed seat dengan harga berbeza dan koc lain.
Kalau ke utara sekarang ni ada ETS, dan tak ada bed seat lagi.
Dalam train ni ada jual makanan juga.
Kami dapat duduk di seat yang menghala arah depan, kalau terbalik boleh muntah Mak. hihi
Dina behave je dalam train sebab dia dah biasa naik.
Pergi toilet tu wajiblah! Haha
Sampai je Stesen Kluang, kami tunggu bas.
Sementara tu kami minum Kopi Kluang yang femes tu dulu.
Di Kluang, kami pergi ke Art Street dan Kilang Kopi Cap TV (Kopi Kluang).
Lepas tu mandi di Diamond Hill.
Makan, rehat dan solat zohor di rumah mak pengerusi.
On the way balik hujan lebat, tapi tetap singgah Air Hitam beli patung anak kuda Rainbow Dash untuk Dina. hihi.
Trip successful! Walaupun penat...
Di sini bermula.
Abah dan Mak
Dina dan bff (AfNi siblings)
Bersama rakan sekelas dan gurunya.
Stesen Keretapi Segamat.
On board.
Arrival at Kluang Railway Station.
Stesen Keretapi Kluang.
Ni lah kedai kopi yang femes tu, ramainya orang.
Mak bungkus jelah buat rasa. hihi
Street of Art, Kluang.
Kreatif dan berseni orang Kluang ni.
Di Kilang Kopi Kluang Cap TV.
Dijamu dengan kopi. Haha.
3. Family Day
Ni last activity dan penutup untuk tahun ni.
Actually Dina dah tak ke sekolah sejak bulan 8 atas sebab-sebab yang tak dapat nak diselesaikan.
Walaubagaimanapun, aktiviti sekolah tetap disertai.
Namanya pun masih ada dalam list pelajar, dan tahun depan insyaAllah akan bersekolah semula.
So family day ni diadakan di sebuah homestay di area Kesang, Tanjung Agas.
Ada aktiviti sukaneka dan mandi kolam.
Dina tak mahu sertai sukaneka, tapi Mak Abah sporting joined juga.
Dina tak dapat hadiah, tapi Mak Abah dapat. Hihi
Abah tolong bakar ayam.
Mak tolong sediakan jamuan.
Dina tolong juga, tolong menyibuk dan tunggu masa nak terjun kolam.
Aduhai Dina.
Harap-harap Dina lebih aktif join aktiviti bersama kawan-kawan mulai tahun depan ya nak.
Sambutan birthday anak-anak yang lahir bulan 6 hingga 12 turut diadakan.
Mak tempah cupcake untuk Dina.
So Dina dapat banyak hadiah daripada kawan-kawan dia.
Tu dia happy la.
Balik dari situ, kami singgah Subway Muar beli sandwich sebab dah lama ngidam.
Dina pun flat. Haha.
Inilah kek untuk Dina.
Ni kek untuk semua yang lahir Jun- Dis.
Ni kek kongsi dengan kawan-kawan yang lahir bulan 8.
Eh Dina awak dah cuit kek ya. Hehe.
Sebelum acara potong kek.
Bergambar bersama sebelum habis majlis.
Sebenarnya ada lagi satu aktiviti sekolah Dina iaitu Hari Usahawan Cilik.
Mak jual piza dan burger mini.
Bukan untuk cari keuntungan tapi lebih kepada infak dan mendedahkan Dina kepada sisi perniagaan.
Walaupun Mak tak minat tapi Mak nak Dina tau hidup ini sebenarnya muamalat.
Setiap perkara tu ada tatacaranya.
Muamalat tu bukanlah secara langsung sahaja (berniaga) tapi juga amalan kita dari segi maknanya.
From that ada banyak benda positif boleh dicakna antaranya:
1. Dina tahu apa itu wang dan nilai
2. Dina tak segan berdepan dengan orang
3. Self confidence
4. Dina juga dapat shopping guna duit lepas jual barang sendiri
Kalau betul-betul niaga, esok besar belajar and cari ilmu yang betul ye nak.
Inilah gerai kecil kami.
Mula-mula Dina malu juga. Lama-lama dia ok.
Ni barang jualan kami.
Kos RM 0.80 tapi jual RM 0.50. Haha.
Janji licin habissss.
Dina dan rakan niaga kedai sebelah.
Well, itulah cerita Dina dan sekolahnya.
Lucunya dia menyebut nak sekolah situ dari umur 3 tahun, tapi bila dah bersekolah dia tak mahu pula habiskan.
Dia dah rasai realiti sebenar apa itu sekolah barangkali. Haha
Takpelah Dina.
Semoga Dina semakin besar, semakin bijak dan rajin menuntut ilmu.
Mahu ke sekolah dan enjoy the moments.
InsyaAllah ye nak.
*Mak doakan Dina sentiasa berjaya dunia akhirat. Aminn..
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka