Sunday, November 11, 2018

From Ipoh With Love

Last pergi ke Perak adalah sebelum Nur Irdina lahir.
Masa tu Kak Cilin masih tinggal di Manjung.

Selepas Nur Irdina lahir, dia memang tak pernah pergi dan sekarang ni Kak Cilin sudah pindah ke Johor.
Makanya Nur Irdina memang tak sempatlah stay di rumah Hadi Hadirah.

Dan kami sekeluarga pun dah tak utara lagi sebab tak ada tempat nak stay.

Jadi kami plan nak bawa Dina jalan ke sana.
Untuk permulaan kami stay di Ipoh dan jelajah area berdekatan.

Di Ipoh kami stay di Indra boutique & suites hotel sebab bajet untuk 2 hari.
Tapi hotel tu terbaiklah dan agak baru lagi.
We loved it.


 Kami ambil deluxe king.


 Ada peti besi dan mini bar.

Ni antara interior design hotel tu.

Ni pun hipster.

Kami sampai Ipoh dah petang so, rest dulu dan keluar selepas maghrib.
Kami ke area dataran Ipoh di sebelah padang, ada kedai namanya Miker Food.
Kedai ni recommended by my friend.
Memang terbaiklah!
Servis dan makanan pun best.
Dekat area situ ada kedai Old Town White Coffee dan kat dinding dia tu la ada lukisan uncle tua yang viral tu.
Berhadapan dengan pejabat informasi pelancongan.
Ipoh ni memang terkenal dengan kopitiam tu.

Kalau ikutkan malam esok tu pun nk makan kat sini tapi dah datang jauh ni try la kedai lain juga.
Malam kedua tu kami makan di area yang agak jauh dari center, and luckily ok tempat tu.


 Dinner di sini.


 Ni la gambar kat wall tu. Old Town Coffee.


 Ni depan pejabat pelancongan.




Pagi Sabtu, kami bersarapan di kedai mamak bawah hotel.
Teh ais dia memang kaw and terbaik!
Sedap and puas hati. Cukup rasa kelat manis and lemaknya.

Lepas tu kami ke tempat wajib pergi iaitu Stesen Keretapi Ipoh atau orang gelar Taj Mahal Ipoh.
Bangunan kat Ipoh ni memang ala-ala zaman feudal tau.
Kesan daripada sejarah penjajahan.
Kan Ipoh ni bandar tertua di Tanah Melayu.
Banyak rekabentuk bangunannya sangat mengangumkan.
Unik dan klasik!
White.


 Sesi bergambar.






 Taj Mahal Ipoh


Depan Dewan Bandaraya Ipoh


Jejak Warisan badge.


Jalan masuk ke stesen.


Then kami menjelajah bandar untuk cari dinding mural yang viral tu, tapi dapat jumpa yang kopi ais ikat tepi tu je and satu lorong tu je.
Sebab parking susah sikit.
Jalan pusing satu bangunan, jumpa kafe yang viral macam Plan B and Patissere (maaf kalau salah eja), tapi tak singgahlah sebab belum nak makan.

Tak sampai 30 minit, Nur Irdina dah merengek penat.
Singgah kedai belikan aiskrim.
Terpaksa batalkan hasrat nak cari lorong lain.
Masuk kat 3D Upside Down Art. (Gambar tak sempat nak transfer semua ada dalam HP Abah Dina)
Nur Irdina happy tapi segan ada orang lain.


Mural kopi O ais ikat tepi yang famous tu rupanya kat tempat parking.


Lorong belakang kedai ini yang pertama kami jumpa selepas lalu di parking area tadi.


Irdina macam biasa tak suka posing.



Selepas Dina merengek minta dukung kami pujuk dia beli aiskrim.
Uniknya kedai ni mengingatkan masa berada di Jepun dulu konsepnya.



 Ni restoran Plan B.


 Ni Patissere, kedai hipster gak.


 Tengah ronda cari dinding mural tu.


 Bangunan di Ipoh. Konsepnya mesti kaler putih.


 Menunggu turn untuk trip dalam 3D Upside Down. Bas sekolah pun terbalik.



Hampir tengah hari, konon nak pekena kopi latte ke kat kafe hipster tapi tak jadi.
Terus ke Kuala Kangsar nak melawat Masjid Ubudiah dan solat zohor.
Kami lalu highway and terowong menora masa ke sana.
Balik lalu jalan dalam pula.
Lepas solat kami makan dulu.
Kemudian ke MCKK untuk melihat sekolah popular tu. (Gambar juga di HP Abah Dina)


 Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar. This 2nd time I was there.



Pagi Ahad kami mulakan dengan sarapan di kedai mamak bawah hotel juga.
Lepas tu kami ke Kellie Castle di Batu Gajah.
Exit di Gopeng terus ke Shah Alam.

Memandangkan stay 1 malam so kami pilih untuk cari hotel yang ada pool dan breakfast.
Kami checked in di Concorde.
Alhamdulillah memuaskan.
Sampai je petang tu terus pergi berenang dan sambung esok pagi sebelum check out.


 Biasanya kalau check in perasmi katil mesti budak ni. Hahaha


 View depan tingkap adalah Masjid Biru. Subhanallah, Memanggil manggil untuk ke sana.



 Sebelum swim petang tu pergi makan kat Plaza Alam Sentral kat sebelah je rupanya.


 Solat maghrib and isyak di sini.


Malam tu kami ke i-City nak tunjukkan Dina lampu warna warni.
Dina sangat amazed.

 Pastu pergi tengok lampu kat i-City.


 Dulu pergi berdua sekarang bertiga.








Last round before check out!




Esoknya lepas checked out, kami singgah di Pusat Sains Negara.
Dina enjoyed!

Those pics di Pusat Sains Negara.

















Alhamdulillah, trip ke Perak Selangor berjaya!

Next round Nur Irdina request nak pergi Pangkor pula.
InsyaAllah.

Kita nak cuba round 1 Malaysia sama-sama.
Sementara kumpul bajet ke luar negara pula.
Semoga jelajah ini dipermudahkan.

Aminnnn :)


No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka