Showing posts with label my home. Show all posts
Showing posts with label my home. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Home and My Sweetheart

Tak perasan.
Tapi itulah yang terjadi.
Obses pada rumah.
Suka pada design rumah.
Tak kira yang besar, kecik atau sederhana.
Lagi unik design dia lagi best.
Tengok dari luaran dia, pastu kalau dapat masuk tengok ruang-ruang dia memang satu kepuasan.

Kalau drive tu, mata asyik tengok kiri kanan, tengok rumah-rumah kat tepi jalan tu.
Macam-macam design dia.

Rasanya sejak berpindah dari kuarters ke rumah sewa di kawasan taman, minat tu dah mula timbul.
Seronok cari rumah, pergi tengok.
Pastu pilih.

And sampai hujung tahun lepas, rasa berkobar-kobar untuk memiliki rumah sendiri.
Sebab tak sabar nak deco, nak beli perabot.
Tak rasa minat sangat pada aksesori wanita, tapi lebih kepada hartanah.
Nampak macam materialistik kan. Ha ha.

Lagipun masa tu kawan-kawan ramai dah start beli rumah sendiri, untuk keluarga.
Lepas tengok kelayakan and berbincang dengan abah, maka setujulah untuk beli rumah.
Tak ada fokus lain masa tu, belum jumpa 'separuh bahagian' (read: other-half) untuk settle down, so apa kata kita buat pelaburan jangka panjang kan.

Baru bayar deposit, Kak Cik pula (atas force yang aku lancarkan) tak memasal membeli rumah juga.
Dia dah pun berpindah masuk ke rumah baru 2 bulan lepas.
Seronok tengok design rumah dia, and seronok tolong dia buat langsir.
Pastu tengok grill and perabot baru dia.
Wah heaven kot ada rumah sendiri.
Memanglah perih nak bayar ansuran bulanan tapi lama-lama nanti, worth sangatlah.
Sebab harga hartanah akan naik, harga kereta yang akan turun.

Fasa pertama (sebaik sahaja touched down hujung bulan Dis 2011), terus uruskan dokumen perjanjian bagai.
Dari Thailand dah deal deposit and loan semua, tarikh and apa-apa yang diperlukan.
Balik tinggal sign, isi apa yang patut and bertemu empat mata dengan lawyer and pemaju.

Bila buat sorang-sorang (perempuan bujang), rasa macam berani and ada keyakinan.
Paling best, bila selesai rasa sangat bernilai pengalaman mengharungi semua tu sorang-sorang.
Ilmu beli rumah ni, kalau kita tak try, kita memang tak nampak effect dia pada kita.
Dulu belajar pengurusan hartanah memang menarik, lagi menarik bila dapat apply.

Berpegang pada ini : InsyaAllah, niat baik, ada rezeki, akan dipermudahkan.

Fasa kedua (bila settle loan, and dapat kunci rumah), kena uruskan pulak proses persiapan sebelum boleh masuk.
Banyak belajar dari kawan-kawan, keluarga dan orang-orang terdekat.
Kena cari orang pasang grill, buat wiring, pasang itu ini.
Register bekalan api and air.
Lepas tu bayar cukai pintu and tanah.
Setakat ni, fasa ni belum selesai.
Banyak hal-hal teknikal (melibatkan outsource) tidak dapat diselesaikan segera.
Jadi kenalah bersabar.
Tapi mesti rajin follow up.
Paling tak tahan kalau rumah tu ada defect, kena tunggu dia repair.
Fasa ni pun kena guna banyak cash.
Banyak je keinginan peribadi terpaksa ditangguhkan.
Fasa ni banyak buat diri ini menangis (tak masuk kena marah and tekanan perasaan sendiri) hua hua.

So untuk permulaan (tambah-tambah ada agenda penting lagi), buat je yang basic dulu.
Nanti dah ada duit, baru add on benda lain (aksesori) tu pulak.
Biarlah kata orang awal-awal biarlah balun semua, tapi kena tengok kemampuan juga.
Kalau tak kerana nak pakai duit banyak menjelang hujung tahun ni, bolehlah juga nak deco eric tau.
Hihi.
Takpe, nanti adalah tu rezeki nak buatkan.

Semoga proses perpindahan (fasa ketiga) akan berjalan dengan lancar dan mudah, amin...

 ~~Home Sweet Home, Baby!~~ (gedik gituuu hahaha)

Thanks to all.
Yang terlibat dari awal sehingga ke sudahnya.
Kakcik, Abah Emak and all my family members,
SEMUA kawan kat kolej.
and
Si dia yang akan sama-sama jaga rumah ni :)
Alhamdulillah.
Thank you, ALLAH. :)

*Hari ni, alhamdulillah, dah beli langsir. Yeay! :)

Thursday, June 11, 2009

budak baju Diesel kaler coklat

ada satu story.
membuatkan perjalanan sepanjang KL-Bdr Penawar hari ini 'terisi dengan senyuman'.
walaupun hanya half way from the whole distance.
dari hentian Machap sehingga tiba hampir persimpangan Air Tawar 1.

sayangnya perpisahan itu tidak menjanjikan untuk ke babak kedua dan seterusnya.
kalaulah saya lebih berani sedikit, tentu saja lepas ni di Medan MARA pula destinasinya.
tapi saya percaya, kalau jodoh insyaAllah di mana2 pun boleh bersua lagi.

menyesal pula tidak bersuara dari Puduraya.
apa taknya, mata rasa sangat berat.
tak makan pagi pun boleh layan tidur jugak.hahaha.
macam kena bius, kena air-cond jek mata saya tak bagi signal terus pejam rapat.
sedap.huhu.

saya memang tak mahu ganggu orang sebelah.
sibuk baca paper la, minum air la.
budak ni masih sekolah ni.gaya pun cam lepak2 je stylo dia.huhu.
jeans dan t-shirt Diesel coklat.berkasut sporty.
gaya common untuk budak uni or kolej2.

saya kurang selesa.
saya duduk di seat tepi tingkap, bila mahu keluar saya terpaksa susahkannya.
saya tak cakap, hanya merenungnya dan dia pun mengalihkan sedikit kakinya beri laluan.
rasa macam nak jatuh tapi nasib baik tangan kejap memaut kerusi depan.
sorry makcik depan, saya takde pilihan.
tak mahu terduduk atas budak tu.huhu.

di Machap, perut dah pedih.
saya turun dan sekali lagi meminta dia melalui gerakan mata supaya bagi saya jalan.
dia seperti tak mahu turun, lantaklah..

saya macam sebelum2 ni, lepak jek duk sorang.
order nasi lemak dan teh ais [dah tahu ais tu tak bape elok minum juga rabia ni..ish].
makan, layan baik punya.
tapi tak makan banyak juga, ada lebih nasi tu.
saya duduk diam tunggu pakcik drebar habis makan.

saya lihat dia turun.
eleh budak baju Diesel tu beli air.
haus ek?
kenapalah tadi saya tak ajak sekali dia turun makan,ada gak teman.hehe.
saya dah jadi seorang rabia yang tak berani nak mulakan benda2 ni.
saya dah mula jadi pasif sebab saya rasa malas mahu kecewa lagi.

saya naik bas semula sebelum dia.
nanti payah pulak nak mintak bypass cara terhormat kalau dia dah duduk dulu.
dan ...
bermulalah segalanya yang sweet2 tu di sini..di saat inilah...

saat dia mula duduk, seminint, dua minit..
bas mula bergerak.
dia bersuara.
"belajar lagi eh?"
ok-owh..saya menoleh ke kiri.suara siapakah??
"eh,tak."
"dah keje?"
"ha'a,emmm kenapa tanya camtu?nampak macam student ek?"
"ha'a" ohoho, tu ayat usha ke???waaahhhhh!!!
saya senyum lebar.manisnya tak tau nak cerita.hahahaha.
"belajar lagi ke?"
saya pun mahu berbasa basi gak.pakai silibus dia tadi.
"ha'a"
"kat mana?"
"kat Tg. Malim"
....
"orang tengok muka saya cakap umur saya 22 hehe" dia nampak comel tergelak.
"hahaha.saya orang cakap 30" saya cuba buat lawak putar alam juga.:p
....
"biomedic tu macam repair mesin tu ke?"
..."ekonomi tu belajar buat karangan tu ek?"
"tak lah dia belajar keluk.kalau dalam sains graf kan, tapi ekonomi panggil keluk"
dan bla bla...
banyak sangat dibualkan..
...
...the rest is history...

yang pasti perjalanan tu jadi bermakna.
saya suka gelak.
dia juga sempoi je.
ada lawak2 [kalau dia tak buat lawak pun saya rasa nak gelak jugak sbb cara dia menjawab soalan dan bercerita tu..]
padahal masa tu saya tengah sakit perut nafas tercungap2.
tapi saya happy.

[jarang orang mahu berbual.jadi saya lebih suka diam n tidur.tapi bila dah start saya jadi layan saja.selalunya kakak2 suka berbual dengan saya.tapi dia lain.he's just nice! =)..dia tak macam sorg brother yg duk sebelah saya masa ke Lumut hari tu.sengal.nak berchenta tak ingat pun boleh tak jangan buat macam kat bilik tidur dia.suka suki je nak manja2 ngan gf dia.sejam sekali roger2.huh, meluat.geli telinga saya dengar suara mengada2 dia.arghh!!!nak tidur pun tak selesa.]

banyak saya tahu dari dia.
dia bercerita, dan saya tak kekok untuk berbual.
dari kisah belajar, kerja, ekonomi Malaysia, tempat2 best.layan..
lepak2 je macam dah kenal lama.

akhirnya..
cerita kami berhenti di saat bas berhenti menurunkan saya di simpang.
that's the story..
kisah separuh perjalanan seorang musafir.
pertemuan yang sekejap.
tapi meninggalkan suatu yang indah untuk saya.

sebenarnya..
dia mengingatkan saya pada seseorang yang semakin hari saya rasa kehilangannya.
saya rindukan si dia.
segala kebaikan dia.
suara dia.
becoknya dia bercerita pada saya apa yang berlaku hari2 dalam hidupnya.

walaupun lewat di telefon perbualan kami, tapi saya tetap happy.
saya rindukan suara dia yang menjawab soalan saya.
saya rindukan suara dia yang marahkan saya yang degil ni.
saya rindukan ucapan "good nite", "sweetdreams", "guten natch","jangan nakal2" etc. dari mulut dia yang masa tu walaupun saya tak nampak tapi saya selalu bayangkan ia comel..huhu..
itu dulu..dulu yang dulu..dulu sangat..
saya pun tak kenal dia pada awalnya.
tapi dia baik dan ramah melayan saya.
dulu itu dulu..
dulu sangat...

sekarang semuanya dah tak ada lagi.
saya tetap mengingatinya.
dan merindui segala kebaikan dia.
saya ingat lagi katanya dia menghargai saya.
saya rasa sangat terharu.
sebab saya rasa happy dengannya.
dulu itu dulu..

~life must go on cause it is still beautiful babe...~

Sunday, May 31, 2009

home is the best place ever

saya sejak dulu, walau jauh mana saya bermastautin atas alasan apa pun wajib sekurang2nya sekali balik ke rumah.pada saya tak ada tempat yang boleh release segala serabut dan sabut dalam kepala melainkan rumah sendiri.yang ada mak abah, family dan kawan sekampung.bila time sudah kerja ni KL-Johor macam Kota Tinggi- JB.saya malas mahu berkira lagi sebab pada saya biar hati saya lapang dari sesak duduk di KL ni.

kepulangan saya kali ini seperti biasa, mahu dapat balik semangat dan ketenangan.dan saya memang perlukan orang terdekat dan rapat dengan saya berada di samping dan beri saya semangat untuk teruskan perjuangan dengan sisa kekuatan yang tinggal.

dan saya sangat bersyukur kali ni kepulangan saya banyak pula agenda yang sempat saya lakukan.saat begini saya idamkan.

sebabnya:

~saya dapat menghabiskan masa bersama sahabat baik saya Kak Jie and Jura.
~saya hadir ke majlis kahwin rakan sekolah lama.
~saya bersama bf saya 4 hari berturut-turut.saya semakin serasi dengannya.my soul! :)
~mak abah tak halang lagi saya mahu menghabiskan masa dengan bf saya selalu.sporting betul mak abah.mesti tak mahu lihat saya merajuk.hehehe.
~hati saya sedikit relief.release. [walaupun berbekas jugaklah,ada gak layan.nama pun hati terluka takkan senang boleh cure kan.apa de hal?]

petang sabtu saya ikut Kak Jie, Jura and Zul ke majlis Nurul Afida Aziz. dia ni classmate saya menengah rendah.kami pernah rapat.saya ingat lagi masa tu saya, Atul, Fida dan Huda rapat.selalu buat homework sama2.kadang2 Zu-y,Kak Jie, Norlida,T-non, Amir dan Razie akan join sama.hmm that was long time ago.

saya hadir ke majlisnya [nama pun ikot orang kan] tanpa undangan.sebab dia lost contact dengan saya lepas saya pindah sekolah.masa jumpa dia tu, saya tanya kenal saya lagi tak.dia ambil masa dan akhirnya dia sebut nama saya.dia minta maaf sebab tak dpt contact saya.tak apa.saya tak kisah.janji saya sampai, hati saya happy.tak mahu sedih2..

ada cerita kelakar bila kami tersalah rumah.nasib baik Kak Jie [dengan malu2] bertanya dulu.kalau tak mahu kenyang kami terjah rumah orang tu baru perasan bukan rumah Fida.hehehe.yang kelakar, saya,Zul and Jura dalam kete tunggu Kak Jie dah get ready nak pecut kalau2 bukan rumah Fida.hahaha.yang tak tahan tu, Zul konpiden je rumah tu rumah Fida..:p

thanks to them sebab bawak saya dan habiskan hujung minggu dengan happy.:)

TAHNIAH FIDA DAN SUAMI!terima kasih dapat makan nasi minyak kamu..

makan dulu yeay!!


kak jie, rabia, jura dan fida

zul, rabia, kak jie and fida dalam bilik fida before dia sanding.

jura and rabia depan pelamin fida.

kak jie, zul and jura di sudut rumah fida.

lepas balik dari rumah Fida, kami sambung cuti2 hujung minggu dengan sesi makan2 dan lepak2.saya memang dah lama nak ajak dorang makan2.nak berkongsi rezeki dengan dorang.sekali lagi emak dengan lapang dada bagi saya bawak kete.saya cakap mak, Kak Jie and Jura ada lesen jugak.

mula2 cuak jugak tapi lama2 jadi tenang.dan dah biasa.[siap boleh pulak nak mentor kan Jura and Kak Jie balik.sebab kami sama jek ada lesen tapi tak praktis.hehehe.] mungkin sebab semalam dah bawak jauh ke Kluang dan balik ke Kota dari Bandar Tenggara.thanks to all my mentors.hehe.

saya jadi ok sebab Kak Jie and Jura siap bagi saya cheer bila berjaya lepas satu halangan.that's what we call friend and what friend for.give you spirit and support.walaupun saya agak sedih dengan ketiadaan kak cik [supporter terhebat saya kerana bercuti ke t'ganu], tapi ada lagi orang lain yang mahu buat saya happy.alhamdulillah.

bila sesuatu hilang dari kamu, bukan bermakna berakhir hidup kamu.akan datang sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.

saya masih punya family dan kawan2 yang sentiasa ada untuk dorong saya.melawan kepatahan hati.huhu.

TERIMA KASIH KAK JIE AND JURA.saya sayang kamu..

jura dengan ABC ada eskrim coklat cair atasnya.wah.

kak jie tersenyum hepi sebab saya dah tunaikan janji bawak dia jalan2.thanx sayang.


rojak ana yang sedap.hehehe.

anak buah yang nakal asiff dan syahmi.


bf saya.:p

komen dari mentor a.k.a cikgu memandu saya:
1) dah ok cuma kena control steering dan brake masa kat simpang [ni masalah saya masa mula2 pegang steering.saya kalau jalan lurus suka sangat,hehehe.]~kak ngah dan abang

2) masa orang memotong tak payah bagi jalan kat dia.bawak je macam biasa.jangan himpit kiri.pandai2 agak alignment tengok garisan kanan kiri.laju dah ok [saya kan baik hati ;p]~abang ngah.

3)jaga clutch and brake.gear satu tu memang payah sikit.agak2 laa.dah lama nanti biasa laa.clutch dia masih tebal tu payah sikit. [masalah saya takut untuk berhenti sebab tak terer nak mulakan gear 1 huhu]~abang ngah and abang.

4)masalah kau ni kat bukit, simpang and bile kete berenti and mati.huhu [benar sebenarnya]~kak cik and semua mentor berpengalaman saya.

5) yeay!! biah terer [mentor sama level dengan saya]~kak jie and jura. hehehehe ;p

thanks..saya akan belajar lagi.upgrade skills.insyaAllah.tak sabar mahu pulang lagi.rindu bf saya tu...