Wednesday, September 22, 2010

Aku suka dia

Macam mana nama Husna boleh timbul pada budak kecik yang comel?
Tak berapa pasti.
Tapi kalau ikut kronologi aku (tak tahulah kalau betul2 memang abang aku nak namakan anak dia nama tu),
masa tu glemer program realiti Gadis Melayu.
Finalis feberet aku adalah Husna.
Hehehe.

So, adalah menjadi tradisi atau sifat menghormati,
kalau ada kelahiran ahli baru
mesti minta suggestion nama.
Aku berkenan betul nama Husna tu.

Tau-tau je masa Husna dibawa balik ke rumah,
abang aku cakap namanya Nur Aimi Husna.
Yes!
Mula nak letak Aimi (ni sebab kak ipar aku suka nama ni),
sebab kalau dalam kelas sok nama dia cikgu panggil awal.
Tapi aku tak prefer nama Aimi sebab sorang senior aku nama tu (dan aku tak ngam dengan dia huhu).
Pastu je adik aku kata letaklah Nur kat depan lagi sedap.
Hahaha.
Personally, aku pun suka nama ada Nur (eleh terpengaruh Nurkasih la tuh).

Dan la ni,
orang lagi banyak panggil Husna.
Syahmi je panggil Aimi.
Entah2, Husna pun taktau nama dia Aimi.
Macam Syira masa kecik2 dulu tak tau nama dia Afrina.
Hehe.


Tak kisahlah.
Janji namanya maksud baik dan cantik.
Kan. :)

*Husna sekang dh jadi mesin photostat, asek copy apa orang buat jek. hahaha. :))
** dan suka hati aku la nak cerita pasal Husna je..:p

Tuesday, September 21, 2010

ketika raya

Raya 2010.
Husna duk lama kat kampung.
Sampai 2 minggu.
Dia jadi manja betul sebab ada makcik2nya yang melayan.

Hadi pun ada.
Dia dah mula mentatih.
Dah jadi best friend Husna.
Main sama2.

Yang seronoknya tahun ni,
aku gembira dapat jumpa semua anak buahku.
Semua gaya kasik gegar rumah.
Havoc tau!
He he he.

Kitorang beraya 3 hari je dengan mak abah.
Sebab lepas tu abang aku angkut bawak balik Kelantan.
Sudahnya kitorang cuma beraya rumah mak ngah je.

Aku awal2 lagi memang tak nak balik kampung.
Aku kerja kat situ, tak nak aku patah balik.
Huhu
Cuma kak ngah je raya kat Serom.
Mak abah singgah kejap on the way ke Kelantan.

Aku duk rumah 2 minggu.
Bosan betul sebab kawan2 lain dah mula kerja Isnin tu.
Aktiviti beraya berkurang (rumah untuk diserbu raya dah kurang).
Aku sempat ikut marhaban separuh jalan je.

The rest was history...

Berikut antara gambar yang sempat di snap.


Berhari raya bersama rakan2 sekampung. Dari kiri: Ida, Jura, Mo', BF baru, Me & Amir.(Me in blue colour..kan dah ckp baju raya this year kaler biru..)

Nur Aimi Husna & her younger brother Muqri Hafiy
..so lovely..

Me &Husna

Me & Mahmud Azimuddin

  
Husna, don't! (cute kan? she was trying to eat the kuih raya..gaya orang tak nampak dia buatlah tu..hehehe)

Lepas tak dapat bukak bekas plastik, dia nak bukak pulak telap kerepek..Husna, don't! (hehe, Husna cuba nak kecahkan meja)

 Me & Hafiy

 Anak buahku (Hadi, Syira, Husna & Mahmud)

 
TV Raya..(boleh pulak tv lama tu rosak time nak raya..saja jek tau. model: Irfan)

* thanks to frens yang sudi beraya di rumah & yg sudi keluar beraya bersama..:)

Friday, September 3, 2010

sebelum raya

10 tahun lepas.
Raya dan kad raya itu sinonim.
Tahun ni.
Raya dan SMS raya menjadi-jadi.
Tak pun e-kad raya tru emel.
Setem pun dah mahal.
Tu sebabnya kot.

Bercerita tentang kad raya.
5-10 tahun lepas, memang dapat banyak kad raya.
3-2 tahun kebelakangan ni, banyak dapat SMS raya.
Kad raya?
Rasanya posmen singgah pun takde.
Kalau ada kad raya tu, pengirimnya hanyalah ejen jual kete, insurans, dan
terbaru ni Majlis Agama Islam Johor.
Ok lah kan, at least dapat gak kad raya.

Dulu,
masa kecik2.
Selalu tulis kad raya, tukar2 ngan kawan2.
Tak lupa, 2 tahun tulis kad raya bagi kat PM- Tun & isteri.
Seronok dapat balasan.
Kad PM saiz besar, ada signature beliau.
:)

7 tahun lepas,
ada juga dapat kad raya dari si 'dia'.
Sekang, takde lagi, hilang dengan 'dia'nya sekali.
Hu hu hu.

Aku lagi suka & simpan kad raya,
berbanding SMS.
Memori & tahan lama.
Bertahun-tahun.

Lagu raya kesukaan.
"Kurung Biru"- KJJ
That's why tahun ni, nak beli baju raya kaler biru.

Kuih raya kesukaan.
Dulu kuih samperit.
Sekang, up-to-date sikit, almond london badam sebijk ok.

Juadah tradisi raya kesukaan.
Ketupat dengan masak lodeh tambah kari ayam yang mak masak je.
Campur sikit sambal jawa jiran sebelah umah berketurunan jawa pure.

Air minuman raya kesukaan.
Tetap air teh tarik mak buat pagi2 raya tuh.
:)

Dulu dapat duit raya.
Sekang kena bagi duit raya.
Sorang rm5, cukup??
Hehe.

Oklah.
Nak ucap SELAMAT HARI RAYA!
Minta maaf banyak2.
Hati-hati di jalan raya masa nak pergi beraya tu.
Ok!
source: google image

* hanya imej kad raya dapat ditayangkan..
** khas, untuk Zunita Ramli di oversea..hehehe..:p
*** kampungku, here i come!!! ;))

Thursday, September 2, 2010

macam apa dengan apa

Mood balik kampung semakin menyesak dan menghimpit.
Tolong!!!

Ok.
Tadi berkursus, in the right word; 'sekolah semula'.
Subjek yang dipelajari adalah EC; stand for electric circuit.
Oh ye.
Berguna juga buku yang dibeli (mahal tu) ketika 5 tahun lepas.
Walaupun masa tu memang sepatah haram pun dalam buku tu aku tak faham, as in, aku tak pernah pun betul2 gunakan buku tu.
So maknanya, memang betullah kata orang; untuk tahu, faham & jatuh cinta itu memang makan masa yang lama.
Sebab aku baru di peringkat surface ketika ini, setelah aku mula belajar EC 5 tahun lepas.
Impressive?!! hahaha.
No.
Unbelieveable!!
Ha ha ha..entahlah!

Lepas raya ni,
aku mungkin akan terprogram dengan rumus, formula, nombor, simbol, dan banyak lagi benda di luar petala.
Aku bimbang aku akan menjadi seperti otaku tetapi bukan extremely fanatic & obses pada anime/komik/manga, sebaliknya pada kitab tebal EC.
Ha ha ha.
Scary!
To think what will happen.
Me n EC?!!
Macam langit dengan bumi.
Macam kapal laut dengan kapal terbang.
Macam kutub selatan dengan kutub utara.
Macam beruang kutub dengan penguin.
heh!

* semoga perjalanku sbg pendidik dipermudahkan..ameenn..:)