Thursday, November 25, 2010

dia yang tiba-tiba ku suka


Dia 
kutemui sebelum ini
Tidak aku perasan
Sekali ini
Aku menemuinya
Oh dia pernah wujud!
Bukan deja-vu
Tapi realiti
Tak mimpi
Cuma
Tak sampai
Baru sekarang
aku tahu
Aku tiba-tiba suka dia!
(",)

* Park Hae-Jin -serious ah!
dia ni left-handed yang right-handed apa?

aku: hati, tulang & daging

 "..dia bukan yg terbaik utk ko
 ko lyk utk org yg lebih baik..
..satu masa nnt ko akan mengiyakan ape yg aku ckp"

line tu aku akan ingat.
sbb itu pesanan seorang sahabat.

i feel nothing.
nothing's wrong with that.
it's ok after all.

tahu.
setiap drpd kita ada our own 'match'.
sbb tu timbul ungkapan2 macam tu.

dan.
dari pesanannya,
aku faham dan aku terima.
itu yg terbaik buat 'dia'.
dan
aku juga ada yg terbaik buat aku, kan?

* oiii ni apa ni duk dalam mode org kena rejek saja?? ahaha..dak aih ni adalah luahan biasa seorang yang ada rasa & cinta dalam dirinya, bukan aku ini sekadar tulang & daging tau...:))
** dalam aku geram2 tu tapi aku suka sbb respon 'dia' lately buat aku rasa ada sedikit harapan..uwahahaha!!! :))

Tuesday, November 23, 2010

memory never wrong

Short-term memory :
is the capacity for holding a small amount of information in mind in an active, readily available state for a short period of time.

---> should be distinguished from working memory which refers to structures and processes used for temporarily storing and manipulating information
---> capacity of STM(short-term memory) can be affected by the following: Influence of long-term memory, Reading aloud, Pronunciation time and Individual differences
(uncle wiki)

Lately,
ada banyak perkara yg aku missed.
Then aku katakan ia sebagai "tiada rezeki".

Atau,
mungkin jugak seperti yg aku copy ayat kat atas tu. 

Oh tidak!
Adakah ia sejenis 'penyakit'?
Isy...takkanlah kan..

Aku menyedarinya 'benda' ni apabila:
1) Pen dakwat basah kaler biru yg aku tumpang kat plastik adik aku telah aku lupakan begitu saja.
2) Sourvenir yang aku beli kat G.Ledang, aku cicirkan di mana entah.(aku sgt terkilan begitu aku sampai di rumah).
3)  Paper yg aku beli semalam, aku tinggalkan saja atas kaunter setelah bayar.(aku sgt terkilan tak dapat baca paper sambil makan mee rebus depan tv).

Dan..
aku tak pasti lepas ni aku akan 'cicirkan' apa pulak.
Isk isk :(

*adakah kerana suku abad usiaku?
..tapi orang kata : "age is only number" hehehe..:p

Tuesday, November 9, 2010

siput sedut lebih laju

"In real life, the thing sometimes appears in the end is the new beginning"

2-3 hari ni, nope, sejak minggu lepas, internet sooooo slowww...
Rasa benganglah!
Hujung2 tahun macam ni,
banyak benda nak kena setel guna internet.

Contohnya,
segala pencapaian dan kerja2 anda sepanjang tahun.
Tiada lagi borang & cara manual digunakan.
Kena update thru sistem.
Uh..akulah manusia yg paling lemah bab-bab isi borang dlm talian.

Kalau isi saja takpe,
pastu nak kena hantar pulak.
Kalau boleh hantar takpe,
ni banyak pulak obstacles dia sebelum anda betul2 boleh hantar.
Problem seperti internet lembap, kapasiti tak cukup besar, borang tak boleh display penuh, ada icon2 yang tak dapat nak klik adalah antara yg membuatkan anda boleh hilang sabar.

Dia umpama macam anda berada di tengah antara 2 pulau.
By hook or by crook, anda kena juga gagahkan diri berenang or buatlah apa saja
utk anda selamatkan diri ke pulau tu.
Dengan ombak yg kuat, mungkin ada paus pembunuh, atau burung hering yg terbang rendah..uhuhu..
eh jap, ikan piranha ada tak? hehehe
(terlalu klise aku punya perumpaan..hua hua hua..)

Apa aku nak buat?
Nak tunggu sampai betul2 hujung tahun atau nak tunggu sampai takde orang kat ofis ni?
Beginilah.
Aku pun tak tahulah, harus aku pecahkan modem tu atau bagaimana..
huhu..
Tapi aku berharap,
agar masalah ni dapat diatasi dan kita semua berjaya update kerja kita ok!

* .. sini bukan Jepun..ok! :p

Wednesday, November 3, 2010

Clear n Clear

Flashback kisah semalam.
Tentang raket, shuttle cock, aku dan beregu.
Ok,
aku mengaku aku tak terer pun.
Atas nama "play for fun" and bersosial, aku sertai tournament tu.

Dan,
aku akur lawanku adalah pemain berlevel negeri, atau
paling tidak pun pernah wakil sekolah.
So awal2 lagi dorang dah aim nak 'bantai' smash kat aku je.
Aku pulak yang memang tahap beginner playing for the 1st time,
haruslah aku tewas.
Hua hua

Selain skills, pada aku tgk nasib juga kot.
Hehehe.

Ok.
Aku tak berapa kisah sgt pasal kekalahan game ke-2 semalam,
apa yang aku sangat kisah2kan
dan sangat buat aku frustrated adalah
sistem permainan yg digunapakai tu.
Alloooo!!!

Ni apa cite ni?
Kejap kata main cara liga la,
kejap cara kira mata la,
sat lagi cakap menang kalah tak penting,
janji point tinggi.
Huh.
Aku sangatlah tak faham!

Boleh tak jelaskan dulu sebelum game start?
Adoiiiyaiii...

Perasaan tu macam orang tolak anda jatuh gaung masa anda tengah berusaha nak panjat naik atas.
Pastu anda terus jatuh n orang tu buat tak tau tak nak tolong bagi anda tali ke apa ke untuk anda naik.
Sangat down!
Habis semangat aku petang semalam bila dorang kata game aku dah habis.
Tak sempat nak warming-up,
pastu kena beli tiket flight balik dah..(klise sungguh perumpaan ini huhu)..

Baiklah, di sini menerusi pencarian engine google dan wikipedia
aku menemukan definisi.

"Sistem liga adalah satu hierarki liga dalam satu sukan yang biasanya pasukan-pasukan boleh dilayakkan atau disingkirkan, bergantung pada kedudukan akhir atau playoff. Mereka adalah sering kali dikenali piramid akibat kecenderungan mereka untuk mempunyai lebih (serantau) divisyen di dasar" -wikipedia.


Takpe.
Lepas ni aku akan make sure study dulu pasal game.
Dan sistem apa digunakan.
Practice, practice gak tapi kena smart dan penuh psiko..
:))

* gambate!!

Tuesday, November 2, 2010

Psiko orang

Haha.
Merasakan semangat utk bermain petang semalam seperti bayu yg dibawa pergi.
Tetapi pada saat terakhir, setelah berpenat lelah,
aura super saiya kembali menerjah.
Kemenangan pada game 1.
He he he.

Hanya utk meriakkan perasaan!
:p

Setakat ni belum hebat lagi utk buat gaya kencang LinDan..oh tidak..


* teruskan cabaran utk petang ini! chaiyok! ;p
Hahaha...:))

Monday, November 1, 2010

aku tak tahu kau atau dia

Last nite,
i've gone through again my fav novel..hua hua..:p

Then,
dalam tu ada cerita (1/4 novel) pasal hubungan rapat-macam-ada-apa-apa-tapi-tak-berani-declare
atau dalam bahasa gosip tabloid sekarang teman-tapi-mesra.
Cet.
Haha..aku siap tergelak kecil tatkala membaca ayat dalam novel tu.
Sebab apa yang dia cakap tu banyak betul.
And quite similar with mine.

Memang bengkek laa..
Hubungan macam tu, mesti salah seorang adalah mangsa keadaan.
Iaitu dia yg menyimpan hati pd yg sorang lg.

Pihak seorang lg tu pulak merasakan selamat dengan keadaan begitu,
lalu memutuskan untuk membiarkan hubungan itu terus tak bertanda.
Akibatnya,
masing2 saling tak boleh nak lebih caring atau dengan kata lain,
tak boleh nak cross the line on something yang dia rasa dia nak sangat ambil peduli tapi tak boleh.
Macam suffer laaa..
Dan menurut penulis lebih baik orang yang macam tu patut awal2 lagi dah kena kick.
Geram kan? (emosi ni)

Actually memang banyak that kind of relation in reality.
Dan katanya jalan terbaik, tengoklah kalau ada jodoh.
Hmm ...terpulang pd individu.
Kan?

But, to me.
Better declare.
So everyone clear.
Kalau sakit pun tak de lah dah bernanah lama kan..

Menulis sesuatu yang common dengan pembaca adalah kriteria seorang penulis.
Dan ajaibnya kadang2 penulis itu sendiri tak pernah merasakan pengalaman itu.
Tetapi penulisannya memang betul dan benar.:)


It hurts to love someone and not be loved in return.

But what is more painful is to love someone and never
find the courage to let that person know how you feel.


 and in addition..


A sad thing in life is when you meet someone who
means a lot to you, only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to let go.


* selalu salah suka pada orang..wink!..

sakit dada

Aku nak sangat tolong students tu kalau dorang tak tahu jawab soalan.
Masalahnya soalan tu soalan peksa.
Boleh ke?
isk..isk..isk...