Friday, January 28, 2011

tolong ingatkan aku

one thing yg aku perasan tentang diri sendiri adalah
-lupa password-
dah sekian lama,
lewat tahun lepas gila up-date,
tiba2 awal tahun ni nak up-date balik
tapi aku dah lupa password nak masuk akaun tu.
range dia dalam 2 bulan.
singkat juga memory aku ni.
huhu.

macam aku lupa password akaun internet utk bank,
menjajar aku cari akhirnya aku mmg fail utk trace back.
nasiblah, manual je aku kuar masuk duit.

that's one reason kenapa aku kurang prefer guna teknologi bagai ni
esp. yg melibatkan urusan duit, profile kerja, etc.
sbb the security system needs ur rite password to access.
bagus mmg bagus.
sbb cepat
tapi kadang2 bengang juga kala dia buat hal, hang ke apa ke.


kalau password guna cap jari ke iris mata ke ok kot hehe.
tp yang pakai ingat segala bagai ni aku cam susah sikit lee.
orang cakap jgn biarkan password anda diingati orang or
jangan simpan password anda di tempat yg orang lain boleh trace;
contoh macam dalam lipatan kertas letak dalam wallet,
tulis kat kalendar dinding or dalam diari
dan asingkan password dari kad access anda.
ok!

takpelah.
maybe i need a good password management.
emm..cane ek?
kena pikir dulu..



* sebenarnya hal macam ni nak ingatkan awak yang awak tu dah dimakan usia...neuron cells awak pun banyak yang menghampiri expired date kot..muhasabah..^_^

Thursday, January 27, 2011

aku kisah apa yang kau tak kisah

Dengan mengajar orang lain juga anda sebenarnya belajar.
Tapi ada juga kata2 yang biasa didengar :"ilmu tak cukup, nak ajar orang".
Jangan putus asa dan cepat mengalah dengan kata2 negatif macam tu.

Pada pendapat aku, 
bila  kita nak mengajar orang kita kena well-prepared.
Mungkin ilmu kita tu tak banyak.
Tapi hakikatnya,
ilmu tu lagi banyak kita belajar lagi banyak rupanya yang kita tak tahu.
Yelah,kalau dah tau buat apa nak belajar (yang ni tak berapa bagus ye adik2).

Tak semestinya kita ni kena jadi genius bagai baru boleh sampaikan ilmu kat orang.
Sedikit yang kita ajarkan insyaAllah banyak yang kita dapat balik.
Yang penting ilmu tu betul dan rujukannya pun relevan.

Jujurnya,
aku sendiri pun bukan tahu semua subjek yang aku kena ajar.
Tiap kali nak kelas,
masa tu lah aku baru nak tercangak2 study.
Dah sampai gaya nak ambil exam pun ye.
Hehe.
Dari situlah aku belajar.
Apa yang pernah belajar dulu, masa tu lah aku dapat faham sepenuhnya.
Kalau benda baru itu adalah menarik untuk disampaikan kepada pelajar.
:)

Well,
entri kali ni agak berunsur keilmuan.
Bukan sebab nak jadi serius,
tapi  menyampaikan sesuatu walaupun kecil dan sedikit tu adalah dituntut kan.

* mood berpuasa: dizzy head. kesan daripada slot "Bicara Ilmu" yang sedang diwar2kan tu..
** if cik kaunselor baca entri ni, ada soalan: surat Bicara Ilmu tu jadi ke tak cik kak? hehehe..3.30pm berlalu begitu saja..

cuba teka apakah ini?

Monday, January 24, 2011

Oden dalam kenangan

"getting over a painful experience is much like crossing monkey bars. you have to let go at some point in order to move forward"

lama rasanya tak menulis kat sini.
banyak events yang terjadi.
cuma kesempatan masa saja yang membataskan.
tak juga, kadang2 kemalasan dalam diri menghalang sama. hehehe.

urmm..
setelah hampir sebulan,
semalam dia text aku.
mengkhabarkan tentang kecelakaan dan sekaligus pemergian sahabat kami.
Al-fatihah buat arwah Zainuddin Elias.

entah kenapa.
aku balik kampung semalam aku memang nak bawak balik album.
rupanya dalam tu ada gambar semasa aku sekolah.
maknanya ada gambar arwah Oden.
Oden dalam kenangan.
Oden tu comel kategori lelaki.
Senyum jek, tak pernah marah2.
tapi Oden dah pergi.
walaupun tak close, tapi Oden tu baik.
Oden tu diam je, skema dalam kelas.
petang2 Oden akan datang prep awal.
duduk sebelah Atoy.

Oden,
aku akan ingat ko selamanya.

Oden (duduk depan kanan sekali pakai baju biru jam tangan kiri, bukan yang menunduk tu)

*betul..age is only a number.tapi ajal pun tak kenal umur...masyaAllah..

Thursday, January 6, 2011

W.I.P

Me,
Belum ada rasa nak sambung balik buat notes.
Masih tertampal -WIP- kat situ.
Kononnya,
Hendak lakukan di tempat yang aman.
(Workstation mungkin tak sesuai sebab ilham tak selalu datang)
Mungkin di library, dewan makan atau di mana2 tempat yang kalau dapat view di sebalik screen laptop adalah yang paling damai.

Me,
Adalah manusia yang tidak kreatif.
Tapi sentiasa eager nak buat yang lain dari lain,
tapi akhirnya sama juga..la tu jugak..pi mai pi mai tang tu gak..
Inovatif jauh sekali.
Memang kurang pakai otak kiri kot.
Huhu.

Me,
Masih menghadap screen ni.
Walaupun dalam kepala ni ada banyak so-called- plan-in-future.
Biasalah tu.
Mood is not always in good colour.

Me,
Sebenarnya sedang memikirkan banyak hal.
Mungkin sejak beberapa peristiwa yang berlaku lewat waktu ini.
Susah juga nak describe, lagi2 kalau hal tu berkaitan 'organ' yang satu tu.
Nyata pada nama, bukan pada jasad.
Hati.
Tau tu apa?
Hati bukan liver.
Hati bukan jantung.
Hati tu hati.
Faham?

--------

*blank lagi-wink-

HH-husna hafiy

28 Dis and 31 Dis 2010.
That was a very meaningful ending of the year.
Where we celebrated birthday of our beloved  niece and nephew.
Happy atmosphere! :))

Their father, abang, cooked for us.
Siakap 3 rasa and siakap steam.
Auchah!! 
Delicious babe. :)

Husna, 2 and Hafiy, 1.
Both are so lovely!

Here,
Wish you two: HAPPY BIRTHDAY!


-cake-

-side but main dishes-

-hafiy & husna ready to 'slice' the cake-

-hafiy, in what ever condition he always caught on camera..hehe angkiong-


-hafiy, again he act like elder brother, take the plate to distribute the cake-

-husna was pointing who? or she just did 1malaysia finger gesture...good kakak! :)) -


* tak pernah ada ceremony or party to celebrate mine..huhu...