Monday, March 21, 2011

cuba lagi

"Cintailah kekasihmu sekadarnya, 
siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.
Dan bencilah musuhmu sekadarnya,
siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti"
-Saidina Ali bin Abi Talib.

Berpada-padalah membenci orang.
Kalau tak suka, tolak dengan baik.
Berpada-padalah menyayangi orang.
Kelak kecewa, siapa pula yang akan kamu cari?

Membenci seseorang boleh jadi kita akan turut membenci
orang-orang di sekelilingnya.
Maka kita akan menambah bilangan orang yang kita benci.
Kan susah nak bawa 'beban' tu ke hulu ke hilir.
Sudahlah tidak menyenangkan hati,
malah memberikan kegelisahan jiwa pula.
Penat-penat pula nak kena berlakon depan semua.

Bak kata orang yang biasa kita dengar;
"Rival knows you better".
Mana tahu suatu masa orang tu jugalah yang akan menolong kita.
Waktu tu baru kita tahu yang mana intan yang mana kaca.
Masa tu pasti kita rasa ingin mengalirkan air mata,
dengan hati melepaskan semua kebencian yang tak wajar disimpan itu.
Lega dan sedikit kesal kan.

Tak apalah.
Kita memang tak boleh nak buat semua orang kasih pada kita.
Tapi kita boleh berusaha utk jadi baik dan kasih pada orang.
Dan selebihnya itu adalah tarbiyah,
mungkin juga jalan supaya darjat kita dinaikkan olehNya.

Allah blesses all of us..ameenn...

*sampaikan walau satu ayat..petikan daripada Solusi Isu.29..wallahua'lam..

jentik vs smash

Ai-ai.
Baru balik dari 'berperang' di KKTM Masjid Tanah.
Aku rasa team kitorang memang gemilang laa.
Mana taknya,
menginap di negeri lain, berlawan esok paginya di negeri lain.
Gila high stamina la,
melalui hari-hari dengan perjalanan berliku atas bas.

Aduh,
aku sampai jadi 'sayur'.
Last2 tak larat akak, dek non.
But at least aku impressed gak la sebab dah sumbang 2 games.
Tak sia-sia latihan intensive badminton.
Takdelah kalah straight 2 set, tak gitu coach? hahaha.
Dah gaya ala-ala Lin Dan vs Chong Wei jek..:p

Sebenarnya benda macam ni bagus jugak.
Mewujudkan semangat yang berbara jek nak menang.
Pastu sorakan rakan2 sepasukan buat kita yakin utk perform.
Takpelah,
walaupun tak menang at least the experience was so valuable & priceless.

Sepanjang 2 hari tu,
adalah gak intai2.
Jumpa dengan 'ex' tak berapa nak ex. hahaha.
Sorry, saya tak kawan dengan suami orang. boleh?
Hahaha.
Memang ramailah orang.
Jumpa ngan budak2 Kemaman.
Seronoklah. :)

Jumpa lagi next year!!!!!

"Ledang gemilang, oh Ledang gemilang..ooohaaahhh!!!" -tagline for cheers..dengki lah tuuu.. hahaha

Stay di Rembau, 'gaduh' kat Masjid Tanah.
Kontijen Ledang..Biruuu...hahaha..
Panji Ledang yang Gemilang!

 Cheers Team yang dibawa dari Ledang. Buat 'panas' court sikit..hahaha

Team beregu (P) Ledang..iyah!! amek ni. :p

Tekun mendengar encik coach memberikan tips utk membenamkan lawan tetapi lawan telah dapat membacanya..hahaha..


 Skuad badminton Ledang..selepas dibelasah IKM Sg Petani (2-1)

*berjaya melupakan 'dia' masa pukul shuttle-cock dan menjentik striker karom..hua hua hua..:p
**menyambung semula training untuk tahun depan..yeosshhh!!










Friday, March 11, 2011

Ada sebab

Hi.
Dah lama tak tulis.
Kebelakangan ini (lebih2 lagi minggu ni),
aku sangat sibuk.
Sebab apa?
Entah kenapa tiba-tiba semua orang pun jadi sibuk.
Aku terikut-ikut.
Boleh tak jawapan tu? :p

Kesibukan ini membuatkan aku kadang-kadang sampai
tiada masa untuk melayan hati sendiri.
Dah lama juga aku biar ia.
Tapi aku sedar,
macam mana pun aku abaikan ia,
aku tetap akan rasa apa yang ia rasa.

Lewat tidurku,
aku sering mendengar ia menangis.
Hatiku, maafkan aku.
Aku sedih begitu aku tak berupaya menjaga ia.
Berharap kalau ia boleh gembira dan bahagia.
Sebab apa yang ia rasa,
aku akan menerima tempiasnya.
Bak kata orang,
ia bahagia aku menumpang bahagianya.

Oh.
Aku tahu ia tak gembira saat ini.
Sebab apa?
Sebab ia menelan rasa rindu.
Memendam, dan terus kemam.
Ia tak tahu nak luahkan pada siapa.
Ia ingin, tapi ia tak dapat melakukannya.
Lantas aku terasa juga kesakitannya.

Hatiku.
Aku ingin kau berbahagia.
Aku sentiasa mendoakan untukmu.
Sebab aku akan rasa bernyawa jika kau sedang tersenyum.

Hatiku.
Aku amat merindui 'dia'.
Maafkan aku sebab kau menanggung lebih keperitan itu.
Bilakah 'dia' akan datang.
Dan membuat kau tersenyum semula.

Berbahagialah.
Rindu itu adalah tarbiyah dariNya.
Semoga rasa itu dilorongkan ke jalan yang membahagiakan.
Aminn...

* Tabahlah. Sabarlah. Tunggu, ia akan hadir jua...
**Suka dengar lagu Afgan-Aku Bersujud PadaMu.

Friday, March 4, 2011

1 dari rusuk kirinya adalah aku

Ustaz Akashah cakap:
Isteri/wanita setinggi mana pun kelayakan dia,
dengan suami dia tetap kalah dengan 2 sebab:
1) 1 saksi lelaki = 2 saksi perempuan
2) Perempuan ada hari 'cuti' (e.g.: solat, puasa)

Dalam Islam pun memang lelaki itu pemimpin.
Paling2 pun memimpin keluarga asasnya.
Itu memang hakikat.

Sekadar berkongsi ilmu & menyampaikan walau satu ayat.
Sekian.

*aku ini telah memilih dia..semoga Tuhan lorongkan jalan..aminn..

Thursday, March 3, 2011

lame

Check FB.
(Read: check frenlist.)
Sometimes, 
baru aku perasan -"oh dia ni..",
"eh, dia ni ada dalam frenlist",
"hah, dia kawan aku ke?bila ni ek?"
and etc. (ayat konon2 terperanjatlah tu).
For that aku betul2 minta maaf sbb aku mmg jarang up-date.
Aku cuma tengok recent events, RSVP orang kawin, birthday reminder, wasoeva tu laa.
Nak tengok gambar orang selalu pun intenet tak laju mana.
Huhu.
Rasa macam tak penuhi sosial punya meaning je. hahaha.
But impressed, 435 people as friends..ye ke ni? :p
Ok.
Done.

Last nite,
tengah semangat nak masak.
(Read: tengah lapar)
Boleh pulak, nasi jadi half-cooked sbb tiba2 gas habis.
Ngeee...
Takat tu je laa semangat akak.
Simpan balik sayur, bawang & segala bagai ramuan.
Haha.
Moral: check dah bape lama tong kamu tu beli?
Hmmpph..7 bulan lebih kurang. 
Patutlah pun. Dia tak bagi hint kalau nak kong.
Nasiblah.
Makan biskut cecah air teh tarik je.
Huhu.

Starting last week,
aku dah mula kembali routine training badminton.
Sampai terpaksa missed drama cina kul 6.
This week tiba2 je Fang Nin dah takde. 
No!!

Aduh.
Kenapa semua kerja nak kena buat waktu petang?
-training
-feberet drama
-siram pokok kacang
-bakar sampah
-cabut rumput
-basuh baju
-masak (kalau rajin lee)
Motip: saja kalau boleh nak all out kan? hehehe.
(tapi tak kurus2 pun..hahaha)


Sejak tengok Lovely Samsoon ni, tersuka pulak kat Hyun Bin..ceh2..
Pastu niat nak belajar piano yang pernah terkubur tu macam dah digali keluar semula jek.
Hehe.

* "if you are not the one who made for me, then why does my heart tell me that i am?" -still questioning before sleep..crying again..;(