Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Yang Terindah dan Langit Menangis

Bazli terus unggul di kaca tv 24 inch kat rumah tiap hari kul 7 mlm.
DDK tak semua episod aku follow.
Suka Nazim and Tiz, tapi bila dah start Ammar meroyan dengan Nadirah, aku jadi malas nak menghadap.
Lebih baik tengok channel lain semasa berbuka.
KYT pun aku follow sbb ada Bazli lagi. (ok bukan, nama dia Kapt. Bazli-Shameil).
Hopefully, dorang tak down kan aku macam Ammar-Nadirah buat. Hiks. ;p

Walaupun sekali lagi membawakan watak 2nd hero, yang penting Bazli masuk tv selalu.Kihkih.


p/s:janganlah Bazli meroyan lagi.Hukhuk.
      rasanya ada beli novel tajuk Yang Terindah macam tu.tapi cerita dia lain kot.



So,
hari ni warga kolej masak bubur lambuk lagi.
2 hari lepas pun dah buat.
Tapi hari ini special day untuk Kak Dah because today is her birthday.
Age? opss..rahsia tau. hihi.
Macam nak bagi sesuatu kat dia, wait and see ya! :)


*Alhamdulillah, minggu depan nak balik kampung. And next-next weeknya adalah hari raya. Bermakna, countdown dah bermula nih. Hihi ;)

Thursday, March 3, 2011

lame

Check FB.
(Read: check frenlist.)
Sometimes, 
baru aku perasan -"oh dia ni..",
"eh, dia ni ada dalam frenlist",
"hah, dia kawan aku ke?bila ni ek?"
and etc. (ayat konon2 terperanjatlah tu).
For that aku betul2 minta maaf sbb aku mmg jarang up-date.
Aku cuma tengok recent events, RSVP orang kawin, birthday reminder, wasoeva tu laa.
Nak tengok gambar orang selalu pun intenet tak laju mana.
Huhu.
Rasa macam tak penuhi sosial punya meaning je. hahaha.
But impressed, 435 people as friends..ye ke ni? :p
Ok.
Done.

Last nite,
tengah semangat nak masak.
(Read: tengah lapar)
Boleh pulak, nasi jadi half-cooked sbb tiba2 gas habis.
Ngeee...
Takat tu je laa semangat akak.
Simpan balik sayur, bawang & segala bagai ramuan.
Haha.
Moral: check dah bape lama tong kamu tu beli?
Hmmpph..7 bulan lebih kurang. 
Patutlah pun. Dia tak bagi hint kalau nak kong.
Nasiblah.
Makan biskut cecah air teh tarik je.
Huhu.

Starting last week,
aku dah mula kembali routine training badminton.
Sampai terpaksa missed drama cina kul 6.
This week tiba2 je Fang Nin dah takde. 
No!!

Aduh.
Kenapa semua kerja nak kena buat waktu petang?
-training
-feberet drama
-siram pokok kacang
-bakar sampah
-cabut rumput
-basuh baju
-masak (kalau rajin lee)
Motip: saja kalau boleh nak all out kan? hehehe.
(tapi tak kurus2 pun..hahaha)


Sejak tengok Lovely Samsoon ni, tersuka pulak kat Hyun Bin..ceh2..
Pastu niat nak belajar piano yang pernah terkubur tu macam dah digali keluar semula jek.
Hehe.

* "if you are not the one who made for me, then why does my heart tell me that i am?" -still questioning before sleep..crying again..;(

Thursday, August 26, 2010

hero kalah dulu

Aku terdengar satu dialog drama ni.
Dialog tu cakap lebih kurang macam ni:
"kenapa akak selalu jadi macam orang baik, orang yang sabar, orang yang bodoh?!"

Hmm..
Dan soalan aku,
kenapa watak protagonis selalunya lemah tak berdaya, dan kadang2 nampak bodoh?
Selalu buat kita sakit hati bila tengok dia dibuli dan difitnah oleh watak antagonis yang nauzubillah jahat2.
(tapi tetap nak tengok juga hehe)

Tapi orang baik tu boleh tak melawan, berserah macam tu je.
At least smart la sikit, kalau tak nak melawan/revenge (sebab tak nak serupa mcm si jahat) pun,
cubalah jadi bijak sikit untuk mengelak ke apa ke.
Ni biar je orang jahat tu, bagi peluang si jahat berbuat jahat lagi.
Amar maaruf, nahi munkar patut diamalkan.
Baru aman masyarakat. kan. :)

Geram juga.
Apa nak buat, memegang prinsip hero (biasanya orang baik) kalah dulu.
Yelah tu.
Yang orang jahat pulak selalunya, kuat dan nampak smart.
Walaupun at the end of the day akan tertewas jugak kan.

Tak pelah.
Pengarah yang suruh. huhu.
Mungkin itu yang hendak ditontonkan.
Orang baik akan menang.

* perasan tak, 2nd hero selalunya hensem drp 1st hero..hehehe..:p

schedule bulan ini

Aku antara peminat drama melayu.
Tak kira yang lama atau baru.
Kalau orang tanya apa rancangan aku tengok selalu,
aku akan jawab :"emmm..cerita melayu."

Aku layan juga drama omputih kadang2.
Tapi dulu2 lah, macam Robin Hood, Supernatural, Superman, CSI, The Cave of The Golden Roses.
Sekang ni macam dah kurang minat.
Kalau ada pun tertengok sbb dah tak ada siaran lain, tiada pilihan lain.
Kalau orang tanya cerita Alias ke, Smallville ke, Vampire's Diary ke, sure aku tak leh cerita.
Huhu.

Bulan puasa biasanya banyak drama melayu baru.
Cuma time siarannya tak sesuai, pada waktu org bekerja.
So tak dapatlah nak tengoknya.

Kalau malam pulak biasanya aku tengok tv2 atau tv9.
Walaupun cerita bersiri tu aku tak ikut pun, tapi aku tetap akan tengok.
Tv3 pulak sekang tengah on-air Epilog Syurga Cinta petang2 nak tunggu berbuka.
Biasa masak2 mesti siapkan awal.
hehehe

Waktu sahur pun ada drama melayu gak.
Untuk kali ini, aku memilih Fatimah Najwa.
Nurkasih aku boleh tgk online.
Fatimah Najwa kat tv je ada.

Aku rasa bagus juga.
Banyak menonton, aku dapat banyak contoh.
Bila aku mengajar, aku selalu selitkan contoh2 dari drama atau filem.
Tak nak laa jadi rigid sangat ikut buku je.
Haha.

Kesan drama/filem ke atas penonton selalunya lebih mendalam

* pilih-pilih juga cerita yang best jek..hehe

Tuesday, May 11, 2010

lawyer-lawyer yang aku suka

Masa aku berumur iaitu sekitar di sekolah rendah atau awal sekolah menengah, aku pernah tengok satu muvie kat Tv2.
Tajuk dia memang aku tak ingat.
Tapi pelakon dia aku ingat, walaupun masa tu aku tak kenal dan tatau nama beliau.
Bila aku dah besar, dah tau nak baca2 gosip hollywood dan tahu bahasa Inggeris sikit2, aku kenallah pelakon tu. Hehehe
Dia belakon muvie "How to Lose a guy in 10 days".

Ok, bukan nak cerita pasal pelakon tu.
Tapi pasal cerita tu.
Tiba2 nak tulis pasal cerita tu sebab sabtu lepas aku tengok tv2 cite hindustan.
Oii..bukan cite yang guling2 kat bukit, pastu tukar baju 4-5 pasang ikut kaler tema, kuch-kuch-hota-hai ok! hehehe.

Cite ni cite serius tentang masyarakat dan kemanusiaan.
Drama kepolisan (aku tak layan Akademik Polis-ok, tipu jek hihi), jenayah dan mahkamah. Suspen gile!

Cerita macam ni berjaya buat aku duk duk depan tv layan hindustan di petang sabtu (selalu aku tak buat tau!selepas filem kuch-kuch-hota-hai, filem lain tak best..) hihi.
Tapi background ada keretapi tu tak leh la nak nafi lagi, haruslah ada baru cara beb.

Cerita pasal persepsi masyarakat terhadap polis.
Jenayah berleluasa dan dilakukan oleh orang berpengaruh.
Korang boleh bayangkan je situasi ni kat india ok, sebab ni kan cerita hindustan.

Kemudian, bila dapat tangkap haruslah ada perbicaraan di mahkamah.
Dan kat sini watak lawyer main peranan.
Hakim pun mestilah adil. Kalu tak mesti geram je tengok pum pang pum pang bedebat, sekali hakim dia jahat-makan suap. Sia-sia je kan.(ok, jangan emosi kat sini hanya cerita je)

Last2, sebab hero selalu akan menang makanya berdasarkan cerita ni, hero berpihak pada mangsa maka menanglah kes tersebut.hihi ;)

Dalam cerita ni, digambarkan hero adalah polis yang sangat smart tapi weirdo. peh.
Sampaikan inspector sahab lain pun tak leh settle,pesuruhjaya awal2 lagi suggest nama beliau untuk handle kes mangkuk ayun tu. Huhu.
Hebat ar.
Ketua menteri pun caya dia.
Hakim sah2 adil lagi saksama.

Tapi pengajarannya, hakim tu cakap masa nak ending ini adalah kes terakhir dia selepas dia buat keputusan dan kemudian letak jawatan.
Dia berharap masyarakat faham dengan makna keadilan yang sebenarnya.
Baguslah begitu kan. Pembelaan telah dilakukan dengan jayanya.

Dan kisah tersebut mengingatkan balik aku pada muvie yang aku tengok lakonan Matthew McConaughey dalam A Time To Kill (1996).
Adaptasi dari novel John Grisham.
Lebih kurang sama ceritanya.
Bezanya watak yang di highlight kan sebagai hero adalah berbeza.
Hero J.G adalah lawyer Jake Tyler Brigance dan hero hindustan tu adalah polis Mr. Kripa.
Dan isu masyarakat yang ingin dibangkitkan juga berlainan.
Tapi kes dan jalan cerita adalah lebih kurang sama. (Tapi mestilah lain jugak-keaslian mesti ada kan).

Novel J.G. ini adalah novel pertama berbahasa Inggeris yang aku miliki itu pun half price dan Yam bayarkan. Tq yam hehehe.
Tapi aku tak pernah habis baca walaupun di chapter pertama.
Sebab aku mmg tak minat novel English dan tak faham pun.
So aku tak sangka pulak ceritanya aku dah tengok masa kecik.

Dan...ooooo...ceritanya macam tu bila semalam aku download balik.
Malam tadi kononnya nak tengok sambil pegang buku dia la nak bagi faham buku tu kan, last2 aku tertidur setelah elok aku landing kepala kat bantal..hihi
(Lately aku rasa tempat paling best adalah tilam dan bantalku uwaaaa)

Itulah,
kelemahan aku adalah tak faham buku BI.
Sbb tu aku takde koleksi tu (macam AbdulFairul)
Aku kena tunggu cerita jadi filem baru tau cerita tu cane.
Sama macam cerita Twilight. hehehe.
Nasib laa..

poster filem tu (from google image)




~Apa pun aku tetap lagi suka cerita Down With Love sebab ada lawyer Siang Yu Ping yang hensem.huahuahua. (yang ni aku cerita lain kali tau) ;p~


Down With Love (google image) :))