Sunday, November 27, 2011

Latte Love

Up-date status : Days in Chiang Mai.
Last weekend , kami melawat ke utara Thai, sempadan dengan Myanmar.
Melawat Golden Triangle dan shopping di Mae Sai.
Sempat juga ke Laos sekejap.
Sangat seronok!

Minggu ni kami semua rasa agak excited.
Hikmah visa 3 bulan membuatkan kami boleh balik M'sia.
InsyaAllah, kalau tak ada aral minggu depan.
Semuanya dah prepare bagai, packing siap2.
Yang sakit tiba2 sihat. hehe.
Semalam galak shopping before go back.
First half round!
Lepas minggu depan continue second half round and go back for good. :)
Tak sabarnya...

Pagi semalam setelah agak lama tak pekena kopi latte depan tesco, aku dengan gigihnya kayuh basikal pukul 10.30 am (11 am M'sia).
Teringin nak minum kopi and makan goreng pisang.
Sorang-sorang berkayuh.
Masa beli sayur, makcik tu cakap something in Thai tapi aku tak faham.
Dan masa beli kopi, pakcik tu pun cakap something in Thai, but aku tak faham the whole.
Aku cuma faham dua perkataan yang bermaksud "sekolah" and "Yala".
Then baru aku tau, dorang tanya aku ni student belajar kat sekolah sini ke and datang dari Yala ke?
Sebab aku bertudung dan berbasikal ke kedai, ala-ala student Yala (most of them are muslim).
Aku angguk-angguk je, "chai chai" hehehe.
Lepas tu aku balik, unfortunately, masa on the way back tu, dengan kayuhan yang agak laju dan jalan tak rata, kopi aku jatuh dan bersepai..
Terkesima sekejap, berhenti tepi jalan.
Duk fikir kalau aku terus balik, buat apa aku susah2 kayuh basikal dtg sini.
So aku patah balik and beli satu lagi kopi.
Melayang duit aku 70 baht.
Goreng pisang tak jual pulak. huhu.
Takpelah at least exercise kan.

kopi aik heong yang aku bancuh dlm bekas kopi latte.huhu

*menunggu minggu terakhir di Chiang Mai..

Am I Prejudice?

Aku bukan tak pernah baca buku cerita berbahasa enggeris.
Aku cuba membacanya dan ada usaha untuk membacanya.
Tapi selalunya tidak berjaya walaupun satu bab.
Sebab tu orang (aku sendiri pun) tak jumpa buku seperti itu di rak buku aku.
Dan kalau ada terjumpa, by mistake, aku terbeli di pesta buku kerana harganya jatuh merudum (sebab 2nd hand).
Oh ada, satu buku -A Time To Kill.
Itu pun share beli dengan Yam masa pesta buku dah lama dulu.
Dan sampai sekarang pun aku tak habis2 mengeja buku tu.huhu.

Faktornya apa?
Ini pendapat aku sendiri atas aku sendiri:
Aku tak mudah nak faham bahasa enggeris dalam buku cerita (compared to novel melayu).
Mostly, novel-novel tebal.
Kalau ayat dia easy english, insyaAllah aku boleh faham.
Aku ambil masa sangat lama hanya untuk fahamkan ayat dalam muka surat pertama.
Justeru ia melemahkan semangat aku untuk terus ke muka kedua.
Dush!

Sebab tu aku prefer tengok movie adaptasi novel.
Contohnya  Harry Porter Series, Twilight Series, A Time To Kill, etc. even Pirates of the Carribean tu kalau ada novelnya aku tetap akan tunggu movie dia.
Kalau baca buku dia aku rasa sampai sekarang aku tak tau apa cerita sebenarnya.
Menonton filem enggeris lebih mudah nak faham daripada baca bukunya .
Ini pendapat aku terhadap diri aku.
Jadi kalau aku ada kawan2 yang suka baca buku enggeris, aku sokong sebabnya aku boleh dengar dorang ceritakan balik buku tu pada aku.hehehe.
Contoh macam Twilight Series tu, aku dh tau ending sebab kawan aku dah baca bukunya. :)

Dan selalunya bagi orang yang sudah baca buku, dia takkan setuju dengan banyak olahan scene dlm filem tu.
Sama juga macam aku yang pernah baca buku -Ayat- Ayat Cinta.
Aku tak setuju dengan olahan filemnya.
Tidak seperti gambaran aku dlm buku tu.
Berlainan dengan cerita enggeris, aku suka tengok filemnya sebab aku lebih faham dgn cara macam tu.
Jadi kita punya pilihan sama ada mahu menonton dahulu atau membaca dahulu kan?

Tapi buat masa ni,
setelah di suggest kan oleh Teacher Akiyo, aku telah membaca cerita ~Pride and Prejudice.
Well, it's easy to understand, as she told me.
So aku berjaya baca sehingga ke bab seterusnya dan berhasrat menghabiskannya.
Sebab aku faham bahasanya dan faham jalan ceita yang berlaku pada setiap muka suratnya.
Tak adalah sampai perlu mengulang-ulang eja untuk faham.
Sebelum ni aku pernah jumpa movie dia dan selalu sangat aku dengar tentang cerita ni, tapi aku belum tertarik untuk mengetahuinya.
Now, I found it interesting, so far. :)
Wish to finish it.

Friday, November 18, 2011

Kamu yang kurindui

Ingatkan semuanya akan berakhir setelah Jumaat minggu ini.
Rupanya ada sesi intensif lanjutan bagai.
STRESS!!!

Nasib baiklah call rumah, Hafiy yang jawab telefon.
Ingatkan Husna sebab Hafiy cakap suara dia macam Husna and lancar pertuturannya menyebut namaku.
Rindu sungguh pada si comel Hafiy.

Hafiy (1 hari - sebelum 1 thn)

Hafiy & Husna yang hepi dpt keluar rumah. :)

the lattest Hafiy (1 yr 10 months) & Husna. (2 yrs 10 months) :)

Bila kita rasa agak tertekan/sebal/sedih/seumpanya, cara yang terbaik adalah cari satu benda/perkara yang boleh buat kita gembira.
Contohnya seperti call and dengar suara emak kita lepas tu tiba-tiba ada suara comel budak kecik Hafiy memanggil nama kita pula.
Oleh itu, malam ni saja aku call mak 2 kali semata-mata mahu dengar suara Hafiy yang sudah agak petah bertutur, malah ia lebih jelas dr Husna masa sebaya dgn Hafiy dulu. :)
Husna pulak dh tidur awal, kalau tak mesti dengar dia nyanyi.hehehe.
MISS YOU SO MUCH!!!!

*esok jelajah Chiang Rai!! nantikan..:))

Saturday, November 5, 2011

status sekarang ni

Holla!
Buka FB je, sana-sini status:"balik kampung, selamat hari raya.."
Sedikit terkesan di situ.

Kat sini, walaupun tak glemer macam wall FB, aku tetap nak buat ucapan.
"Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam."
InsyaAllah, tahun depan aku beraya di kampung. hehehe.

Ya, semalam aku try berbasikal sekitar Foundation.
Seronok juga.
Kalau ada kesempatan lagi, aku nak kayuh lagi.




*ucapan khas untuk awak di FB..kekeke.

Salam dari Maerim District,
Chiang Mai Thailand.
9 Zulhijjah, 5 Nov 2011.

Tuesday, November 1, 2011

tak cukup ni

Sejak duduk kat negara orang ni dan hari-hari disogok dengan hallyu wave, 13 members of Super Junior pun aku dah tau.
Padahal kalau dulu haram satu hapa pun aku tahu pasal k-pop ni.
Sekang ni aku tak leh terima kalau ada kumpulan dari negara lain berkonsepkan ala-ala k-pop.
Pada aku yang cantik itu hanya SuJu, ok! hahaha
Semalam baru aku tau dah 2 bulan Heechul tidak bersama SuJu mempromosikan Mr. Simple.
Agak terasa juga kehilangan beliau walaupun masih ada Kyuhyun dan Eunhyuk di situ.
Dari 13 members, 2 ikut military servis, 1 terminate contract n balik China, 1 sibuk berlakon.
Walaupun diorang ramai,tapi kalau takde sorang dua tetap tak lengkap.
Bukankah SuJu itu identitinya memiliki ahli teramai?
Nasib baiklah aku tak follow dorang dari awal jadi aku tak delah sampai nak buat tribute utk Heechul, Kangin, Hankyung & Kibum.huhu.

ramai kan? kalau kurang sorang, boleh detect. (source:google)


*kesan hallyu ni memberikan aku kadang-kadang senyuman & gelak sorang2..it's ok rite?good medicine sometimes. :)