Sunday, November 27, 2011

Am I Prejudice?

Aku bukan tak pernah baca buku cerita berbahasa enggeris.
Aku cuba membacanya dan ada usaha untuk membacanya.
Tapi selalunya tidak berjaya walaupun satu bab.
Sebab tu orang (aku sendiri pun) tak jumpa buku seperti itu di rak buku aku.
Dan kalau ada terjumpa, by mistake, aku terbeli di pesta buku kerana harganya jatuh merudum (sebab 2nd hand).
Oh ada, satu buku -A Time To Kill.
Itu pun share beli dengan Yam masa pesta buku dah lama dulu.
Dan sampai sekarang pun aku tak habis2 mengeja buku tu.huhu.

Faktornya apa?
Ini pendapat aku sendiri atas aku sendiri:
Aku tak mudah nak faham bahasa enggeris dalam buku cerita (compared to novel melayu).
Mostly, novel-novel tebal.
Kalau ayat dia easy english, insyaAllah aku boleh faham.
Aku ambil masa sangat lama hanya untuk fahamkan ayat dalam muka surat pertama.
Justeru ia melemahkan semangat aku untuk terus ke muka kedua.
Dush!

Sebab tu aku prefer tengok movie adaptasi novel.
Contohnya  Harry Porter Series, Twilight Series, A Time To Kill, etc. even Pirates of the Carribean tu kalau ada novelnya aku tetap akan tunggu movie dia.
Kalau baca buku dia aku rasa sampai sekarang aku tak tau apa cerita sebenarnya.
Menonton filem enggeris lebih mudah nak faham daripada baca bukunya .
Ini pendapat aku terhadap diri aku.
Jadi kalau aku ada kawan2 yang suka baca buku enggeris, aku sokong sebabnya aku boleh dengar dorang ceritakan balik buku tu pada aku.hehehe.
Contoh macam Twilight Series tu, aku dh tau ending sebab kawan aku dah baca bukunya. :)

Dan selalunya bagi orang yang sudah baca buku, dia takkan setuju dengan banyak olahan scene dlm filem tu.
Sama juga macam aku yang pernah baca buku -Ayat- Ayat Cinta.
Aku tak setuju dengan olahan filemnya.
Tidak seperti gambaran aku dlm buku tu.
Berlainan dengan cerita enggeris, aku suka tengok filemnya sebab aku lebih faham dgn cara macam tu.
Jadi kita punya pilihan sama ada mahu menonton dahulu atau membaca dahulu kan?

Tapi buat masa ni,
setelah di suggest kan oleh Teacher Akiyo, aku telah membaca cerita ~Pride and Prejudice.
Well, it's easy to understand, as she told me.
So aku berjaya baca sehingga ke bab seterusnya dan berhasrat menghabiskannya.
Sebab aku faham bahasanya dan faham jalan ceita yang berlaku pada setiap muka suratnya.
Tak adalah sampai perlu mengulang-ulang eja untuk faham.
Sebelum ni aku pernah jumpa movie dia dan selalu sangat aku dengar tentang cerita ni, tapi aku belum tertarik untuk mengetahuinya.
Now, I found it interesting, so far. :)
Wish to finish it.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka