Weekend lepas, kami ke Mahkota Parade.
Nak cari barang sikit.
(Mak nak cari beg ganti beg lama yang dah putus tali hehehe)
Lepas tu nak bawak Irdina jalan-jalan.
Boringlah asyik duduk rumah.
Lately hari Jumaat memang malas nak keluar, cuma hidupkan enjin alihkan kereta ke tepi je sebab Babah nak parking kereta kat dalam.
So sempat singgah Kaison.
Nak beli bunga dalam pasu, konon-konon nak deko rumah ala-ala ikea dengan idea minimalis.
Huhu poyo je.
Pergi DIY beli wall sticker.
Chart untuk ketinggian Irdina.
Konon-konon Mak nak lah catatkan tinggi Irdina sebulan-bulan ke setahun-tahun ke.
Hiks.
Cuma sekarang ni belum dapat lagi nak beli rak kat dinding.
Kalau jumpa mesti tak ada stok la.
Nasib baik rak yang bawah tv tu terjumpa satu yang tinggal.
Harap-harap dapatlah 2 -3 unit lagi.
Barulah cun pasu bunga yang dah beli tu nak buh atas tu.
Hihi.
Masa jalan-jalan tu terjumpa sorang budak ni naik basikal yang orang dewasa boleh tolak dia kat belakang tu.
Ingatkan dia beli kat MP gak.
Siap Babah pergi tanya sebab Irdina asyik tengok je.
Lagipun Babah dah janji nak hadiahkan dia.
Rupanya beli kat Manjaku.
Nantilah ye Irdina, birthday 2 tahun Babah dapatkan.
Irdina asyik berlari, berjalan je kat MP.
Malam penat sampai rumah terus tertidur.
Hai la anak.
Mak urut-urutkan kaki dia bagi lega sikit.
:)
*Next week kita jalan-jalan Muar ye cari beskal. Hihi
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka