Nur Irdina dah masuk 1 tahun 9 bulan.
Alhamdulillah, rezeki Nur Irdina nak minum susu badan sampai sekarang.
Aku banyak baca.
Orang kata ibu menyusu anak ni memang penat, apatah lagi ibu yang bekerja dan kena pam susu 3 kali sehari bagi memastikan bekalan susu untuk anaknya mencukupi.
Lagi-lagi anak yang masih bawah 6 bulan, tak makan apa-apa lagi selain susu.
Aku melalui semua tu.
Sampai satu ketika, bila stress memang tak keluar susu banyak pun.
Lagi stress.
Ada suatu ketika siap menangis bagitau kat suami, susu tak banyak.
Bagi jelah Irdina susu tepung.
Suami tak setuju.
Lepas tu puting luka berdarah sebab Irdina kuat sangat menyusu dan bila ada gigi siap menggigit lagi.
Memang meroyan (bukan meroyan dalam erti kata sebenar) sakitnya.
Suami mengalah, belikan susu.
Yelah anak pertama semua nak bagi yang terbaik, so belikan susu Anmum yang mahal tu.
Irdina menolak mentah-mentah, bila dah betul-betul haus baru dia minum itu pun sikit.
Aduhai dah macam mendera pulak.
Paling kesian Irdina muntah-muntah tak leh terima.
Terus tak bagi dah susu tepung.
Biarlah susu badan sikit, puting sakit macam mana pun kasi juga dia minum.
Nasib baik pergi farmasi, ada ubat yang boleh sapu.
Butter cream camtu.
Masa dia tak menyusu, memang kerap sapu.
Lama-lama baik luka tu.
Cakap kat Irdina baik-baik, dengan harapan dia beri kerjasama. Hihi
2 kali percubaan nak bagi Irdina susu lain, tapi dia memang tak mahu.
Tak sangka dah hampir 2 tahun juga menyusukan Irdina.
Cuma bila dia dah setahun lebih ni, aktiviti mengepam susu tu tak adalah sekerap dulu.
1 hari sekali untuk bekal esok, tak adalah sampai nak simpan buat minggu-minggu.
Susu dah tak banyak, tapi masih ada.
Basuh botol dan aksesori pam masih dilakukan sehingga malam tadi.
Tak apalah, bersusah-susah dulu.
Lama-lama dah biasa, siap bertekad ada daya dan rezeki sampai usia Irdina 2 tahun tepat.
Tapi dah bagitahu dia, 2 tahun mesti kena berhenti.
Sekarang ni pun, bila suami yang jaga hari Ahad, memang tak ada bekal susu kat rumah.
Irdina suka pulak minum susu kotak (sebab sejuk kot).
Ok lah tu alihkan dia sikit-sikit.
Bagi dia air lain perlahan-lahan.
Sebabnya Irdina dapat sumber zat dari makanan yang dimakan.
Sekarang ni memang dah tambah rutin baru iaitu masak bekal makanan untuk Irdina pula tiap-tiap pagi.
Kalau tak sempat singgah belikan bungkus.
Sebelum hantar ke rumah pengasuh,rasa bertanggungjawab nak pastikan Irdina mesti sarapan dulu at least air susu or biskut.
Kalau tak sempat masak or bungkus, minta tolong pengasuh dia masakkan.
Alhamdulillah.
Hak anak, rezeki dia.
Tak boleh nak sangkal.
Cuma cara macam mana nak adapt dengan kita punya life routine and pentingnya pasangan kita untuk faham dan support kita.
Support bukan sahaja nasihat, tapi pertolongan dan pengertian.
Tak ada ibu yang tak nak beri yang terbaik untuk anaknya, cuma kadang-kadang dia sudah tak tertahan menanggung penat dan letihnya emosi, mental dan fizikal.
Peranan pasangan sangat diharapkan untuk memberikan kegembiraan buat hati ibu kepada anak mereka sendiri.
And lagi satu, jangan stress.
Kalau memang takdirnya tak ada rezeki susu badan buat anak, boleh cuba cara lain.
Carikan ibu susuan ke or boleh berikan susu tepung.
Jangan biarkan mentaliti kita yang tak boleh bertolak ansur menyusahkan anak kita.
Be wise, be positif.
*Selamat hari guru. Hari ni nak bawa Irdina shopping barang dapur. :)
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka