Disember dah masuk ke pertengahan fasa.
Bermakna hampir 2 bulan juga Irdina masuk taska.
Nampaknya dia serasi dan suka berada di sana.
Dia boleh bermain, berkawan dan melakukan aktiviti sesuai usianya.
Emosi dia pun jadi semakin baik.
Banyak mulut dia bercerita tiap kali balik dari taska.
Alhamdulillah.
Masa mula-mula nak masukkan dia ke taska, hati ni memang kuat untuk berbuat demikian.
Itulah hikmah.
Tahun depan Irdina akan mula bersekolah pula.
Separuh hari di Tadika dan sebelah petang di taska.
2 bulan tahun ni adalah persediaan dia untuk bersekolah.
Bagi dia mix around dengan kawan-kawan sebaya.
Harap-harap bila kat tadika dia cepat sesuaikan diri.
Tadi parents baru dimasukkan ke dalam grup Tadika.
Macam-macam soalan ditanyakan.
Bagi parents yang baru nak start hantar pertama seumpamanya.
Tak sangka anak dah nak 4 tahun rupanya.
What a time flies. So fast.
Nur Irdina Taufiq akan bersekolah.
Itulah perasaan parents yang pernah melaluinya.
Aku dah siap memohon cuti untuk tujuan bersama di hari orientasi Nur Irdina nanti.
Bukan nak stay sampai ke sudah.
Just nak pergi kenal-kenal dan tanya soalan itu ini.
Mungkin dalam 2 jam ke camtu aku akan balik.
Datang semula ambil Irdina bila dah selesai.
Sambil tu aku boleh duk rumah.
Dah lama tak bercuti sejak dari bulan 11.
Sebelum habis tahun ni gunalah CR yang ada tu.
Alhamdulillah masih ada baki untuk bawa ke depan.
Lepas ni nak kena bawa Nur Irdina beli baju seragam.
Wah perasaan apakah ini?
Bahagia juga ya.
:)
*selamat bersekolah anakku. semoga kamu sentiasa terang hati dan mudah belajar. permudahkanlah segala urusan anakku. insyaAllah. amin.
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka