Tuesday, December 19, 2017

Change

Semalam kami baru pulang ke Serom.
Bercuti di kampung 3 hari.

Kat kampung ku sekarang dah membangun sangat.
Kalau nak compare area aku tinggal dengan area tempat mak abah aku tinggal, di sana lebih pesat.

Bandar Penawar misalnya, dahulu macam tak ada apa pun.
Hanya ada sekolah agama, sekolah sains dan sekolah sukan (zaman hujung 90 an).
Bandar dia adalah pekan.
Ada lah bas yang sampai sana dari Kota Tinggi dan ke Rengit.

Hari ni, wujud bandar kecil sekitar 3 sekolah tadi.
Lengkap boleh dikatakan.
Banyak taman perumahan yang dibuka, deretan kedai dibina.
Yang paling lattest adalah ada hotel dan hotel apartment yang tinggi.
Dari jauh dah nampak dah bangunan tu.
Tengah-tengah bandar satelit tu ada pasaraya SKS yuolllssss!!
Bank Islam pun ada.
Untunglah IKBN di tengah-tengah bandar tu.

Kesan kerancakan pembangunan industri minyak dan gas.
Rapid Pengerang.
Sebelum ni bandar paling dekat dengan tempat tersebut adalah Pasir Gudang yang boleh diakses melalui Lebuhraya Senai Desaru.
Aku menyaksikan jambatan di tengah lautan yang menghubungkan lebuhraya tu.
Alhamdulillah.
Banyak sektor pekerjaan dan perniagaan yang ditawarkan.
Kawasan rehat yang jual buah dan ada kedai makan pun telah di upgrade dengan tapak letak kereta yang luas.

Boleh aku katakan lebih menarik dari bandar Kemaman.
Seriously.
Tempat tu dekat dengan laut, dan hawa panas tu kadang boleh dirasai tapi sekarang ni memang banyak tanah dibuka untuk penempatan.
Dan hospital private bakal dibuka aku jangka untuk memenuhi kapasiti penduduk dan keperluan mendapatkan rawatan pakar.
Banyak lagi peluang kerja boleh disalurkan kepada rakyat.

Kalau dulu tempat tu terkenal sebab ada Desaru.
Resort-resort persendirian.
Sekarang ni Teluk Sengat dah jadi terkenal.

Kalau ada rezeki harap-harap Abah Dina dapatlah kerja kat sana.
Seronoklah duk sana. Hihi/

Berbalik pada intro tadi, so malam tu aku pun masaklah.
Ada telur dan ikan pekasam yang jiran beri.
Aku pun buatlah telur goreng masak kicap je- paling simple dan cepat siap.
Pastu goreng ikan pekasam dengan bawang and lada.
Tengah tunggu Abah Dina solat maghrib, makanan dah siap hidang atas meja.
So Irdina pun datang ke dapur.

"Mak masak apa tu?"
"Masak telur kicap. Abah dah siap sembahyang? Cuba Dina panggilkan".
"Wah. Mak masak special!"

Dina jengah Abah dia, kemudian langsung naik ke atas kerusi.
Dibuka tudung saji. 
Aku macam (dengan kembang setaman hati ni) terkejut sebab Irdina cakap macam tu.
Abah dia yang sudah solat pun dengar.
Pada aku moment macma tu sangat indah.
Anak aku pandai memuji.
Alhamdulillah.
Masa makan tanya dia sedap tak? Katanya sedap. Nak suap sendiri.

Mak masak special!!! ~ this is the beautiful phrase. 

Tak sangka sometimes kata-kata Nur Irdina terlalu matang untuk kanak-kanak seusia dia.
Sebab tu aku suka berborak dengan dia.
Cakap je jelas dan seperti kita bercerita seolah dia faham dan mendengar dengan baik.
Bila dia ulang tu perkataan nya jelas tak pelat.
Dan satu masa dia sebut balik kita jadi teruja, masyaAllah.
Memori dan resapan ingat dia sangat baik pada usia begini.

Masa yang sesuai untuk memperkenalkan dia dengan banyak benda.
Mengajarkan dia dengan memperdengarkan ayat-ayat yang baik, ayat-ayat suci al-Quran.
Kerana masa inilah masa yang sesuai. InsyaAllah.

MY LOVE- NUR IRDINA TAUFIQ

*journey mak kepada seorang anak perempuan cukup membahagiakan.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka