Sunday, December 10, 2017

Catatkan Memori Agar Tidak Terlupa

When we get older, ada 2 perkara yang mungkin akan berlaku pada neuron otak kita.
Sama ada semakin aktif berhubung atau mengalami kemerosotan (degenerated).
Secara fizikalnya ia akan mengalami kemerosotan seiring usia kita, dan disebabkan itu, memori kita juga akan faded.
Secara harfiahnya (literally) ia sepatutnya semakin aktif berhubung jika kita banyak gunakannya dan disebabkan itu kita boleh jadi lebih bijak or matang or semakna dengannya.
Sepatutnya...

Tapi hari ni masa aku nak buka blog (as usual) aku akan buka jadi link sedia ada pada tab mozilla aku.
Sebab aku tak pernah sign out.
Aku jenis pelupa masyaAllah lebih-lebih lagi dalam mengingat pasword dan id akaun.
Aku mungkin ada catatkan di mana-mana tapi itulah tempat tu pun aku lupa.
Jadi aku sedikit gelabah tadi bila mana tiba-tiba link tu tak leh terus masuk akaun blog sebaliknya minta aku sign in.
Allah. Apa aku nak buat ni?
Ada banyak entri dan cerita yang aku nak simpan kat sini dan dah banyak yang aku simpan.
Cuba punya cuba.
Semua emel aku try.
Finally!
Selepas bertenang dan buat perlahan-lahan, alhamdulillah aku berjaya sign in.

Aku punya target adalah at least 1 enrty per month.
Tapi this year aku ada terskip bulan 9 atau 10 kalau tak silap sebab aku betul-betul sibuk dan tak de spirit nak menulis.
So tahun nu tak capai target sejak aku mula menulis tahun 2008.
2017 adalah tahun record aku telah berubah!
Harap-harap 2018 aku masih mampu dan terus menulis.

Aku dalam usaha untuk memasukkan gambar untuk entri aku sebelum ni iaitu jelajah aku ke bumi Jepun.
Aku nak simpan kat sini dan kalau satu hari kamera aku rosak ke gambar hilang ke, at least aku ada backup dalam internet (blog).
Bolehlah Irdina bila dah besar nanti nak tengok kan.

Buat masa ni aku sedang sibuk dalam semester pendek.
Kelas yang padat dan kurang masa nak spend untuk selain kerja.
Kalau kat rumah memang sepenuhnya untuk family.
So kalau ada 10-20 minit terluang aku cubalah untuk menjengah blog ni.

Semoga terus berusaha!

*Tahun depan aku harap dapat jemputan untuk ke rumah Allah di Tanah Suci. Amin.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka