Wednesday, February 1, 2017

Bukan Milikku

Salam Februari.

Sebenarnya semalam 31hb Januari aku tak tidur lagi selepas bangun pukul 6.00 pagi.
Sebabnya aku tidur pada 1 Februari pukul 12.30 am malam tadi.
Fortunately, this morning aku terlajak bangun (dapat subuh, cuma tak sempat masak bekal Nur Irdina).
Allahuakbar!

Apakah yang membuatkan tidur malam ku terganggu dan menjadikan hariku haru sedikit?

Aku menunggu detik selepas 12.00 am (masuk bulan Februari) sebab aku mahu buat tempahan rumah rehat pada bulan Mac. (sebab bulan Feb dah habis jual dah!)
That guest houses are ALWAYS fully booked every weekend!

Aku dengan gagah dan gigih mencuba.
Hinggakan anak kesayanganku Nur Irdina turut sama merasainya (dia pun teman aku tak dapat nak tidur sebab mak dia tak tidur lagi).

Aku login.
Pilih negeri dan rumah.
Masukkan tarikh yang telah dirancang (bukan senang nak dapat tarikh yang suami aku boleh free+ze untuk kami).
Klik tempah!

"Maaf rumah rehat sedang ditutup & diselenggara"

What?!
-Tutup sepanjang Mac-

Adoi.
Sebelum ni kau tak delah pulak tulis bulan Mac nanti kau nak tutup.
Orang dah tunggu punya payah untuk tempah (kena tunggu 12.00 am 1 hb, 1 bulan sebelum bulannya), dan dan kau keluarkan pengumuman gitu.
Menangis aku.
Sedih.

Then aku tabahkan hati.
Aku try tukar lokasi.
12.05 am, aku try satu rumah ni.
Aku dapat. Tapi tarikhnya tak ngam pulak.
Aku cuba ubah tarikh lain, 12.06 am -FULL!.
Then aku balik tarikh asal tadi, 12.06.45 am terus FULL juga!
Within 1-2 minutes, paku laris betul!

Aku sekali lagi WHAT?!

Berdrama sadis aku di pagi-pagi buta tu.
Betapa semua orang (yang berhajat macam aku) bersengkang mata menunggu detik itu untuk membuat tempahan.
Dah panas macam line nak beli tiket Air Asia masa promosi RM8.
Allahuakbar.

Anak aku bertanya " Nape mak?"
Selepas berkali-kali " Mak, Dina nak tidur"
Akhirnya aku menjawab "Tak ada rezeki nak kita nak mandi laut".
Sob sob sob. Sedih.

Aku dengan lemahnya terus ajak anakku tidur.
Malamku terganggu dengan mimpi yang entah apa-apa (sebab impian berkecai)
Nur Irdina pun asyik berjaga dan kadang-kadang mengigau, minta digaru kerana gatal.

Pagi ini, Nur Irdina lambat bangun (lena tidur) dan masih tidur ketika dalam kereta.
Kalau tak, pagi-pagi lepas aku subuh dah merengek-rengek bangun.

What a hectic and sad day.
For a beginning in February.

Harap-harap bulan April (musim bunga) memujuk hatiku kembali.
InsyaAllah.

*Nak bulan Mac sebab my birthday and our belated annyversary (in Feb)..Nak cherish and celebrate sikit.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka