Tuesday, January 31, 2017

Gula Melaka in Muar

Sejak dua menjak ni tersuka pula buat kuih tradisional.
Dua minggu lepas gigih pergi pasar cari kelapa parut.
Sebab terpengaruh dengan Kak Su kafe sebelah opis ni buat kuih ketayap.
Kuih yang lempeng hijau digulung, yang dalamnya inti kelapa parut gula melaka tu.

Siap pergi jengah dapur beliau dan mengorek resepinya.
Inti kelapa tu buat banyak, simpan dalam peti.
Repeat buat tepung lempeng tu je.
Lastly, makan dengan roti putih Gardenier je.

Masa buat pertama kali tu Nur Irdina nak kaler pink.
Mak buatkanlah untuk dia.
Pastu dia hanya makan lempeng tu je, inti dia habis dia buang.
Mak punya kaler hijau guna air daun pandan, so warnanya pale je.

Lepas ni nak buat kuih buah melaka @ onde-onde.
Kuih yang dalamnya gula melaka.
Nak masak, masukkan dalam air menggelegak.
Dah masak dia timbul.
Angkat, tos dan terus masukkan ke dalam kelapa parut (dicampur garam sedikit).
Golek-golekkan.
Siap!
Makan masa dia panas, gula dia cair dalam mulut.
Nyum-nyum!!!

*Tunggu Jumaat ni nak try buat. Pengaruh dari rumah mak hari tu.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka