Monday, February 13, 2017

See the Sea!

Hujung minggu kedua dalam bulan Februari.
Kami rakyat Johor mendapat cuti 3 hari sempena Thaipusam.

Mengambil kesempatan itu untuk membawa Nur Irdina melihat alam dan mengukur jalan.
Plan asal nak sarapan pagi sate di Muar.
Batal.
Sebab semua bangun lewat.
Nur Irdina pula lately dah pandai bermalasan untuk bangun pagi.
Tunggu dia dan Abah dia siap amboi dah tengah hari jadinya.

Kami ke Muar juga, kot-kot sate masih ada.
Tak ada rezeki, asap pun tak kelihatan lagi.
Yelah cuti umum kot, mestilah paku laris sate dorang.
Pukul 11 pagi dah clear.

Terus ke Tanjung Emas, dekat foodcourt.
Order rojak mee dan rojak petis je.
Jadilah buat alas perut.

Then singgah masjid, Nur Irdina nak tengok sungai dulu.

Pastu ikut plan pergi cari kedai patchwork kat Giant tapi tak jumpa.
End up dengan masuk dalam Giant, dan shopping barang dapur.
Beli lamb chop yang dah siap perap tu dan barang-barang nak buat pizza. Hihi.
Belikan juga seekor kuda getah untuk Nur Irdina.
Abah dia pulak pergi cari buku latihan kelas tusyen beliau.

 "Dina sayang kuda Dina."
"Ni bukan kudalah Dina, ni rudolf si rusa merah"


Kira oklah.
Dapat keluar rumah tengok dunia yang indah ini.
Alhamdulillah.

Hari jumaat rest.
Makan pizza dan sup makaroni.

 Sup makaroni buat lunch.

Home made piza buat sarapan. 
Pakai alas tudung periuk je. Hahaha. Tepung agak 'garing' :p



Hari sabtu outing lagi.
Bawak Nur Irdina melawat hidupan laut.
Tak adalah ke akuarium buatan tu.
Bawak dia pergi hirup udara laut je.
Ke Pantai Klebang.
Piknik.
Gigih bangun pagi goreng kentang dan buat telur gulung gitu.

 Yess! Dina dah sampai laut.

 "Abah jom main bola!"

 Peace! :)

 "Abah, tengok kat laut tu ada apa?"

 Main pasir dulu. Bukan selalu dapat ni.

Telur gulung kosong je (ala-ala korea gitu)

Lepas 1 jam duk kat pasir bawah pokok tepi pantai tu, kami bergerak ke tempat sejuklah.
Mahkota Parade.
Lama gak tak datang Melaka ni.
Nur Irdina sempat beli tanah liat kaler kuning.
Mak dan Abah beli barang-barang rumah.
Ada idea ID nak apply.
Hehehe


 "Dina nak buat kuih tau"

 Abah Irdina pun nak main juga. Hehehe.


Itu saja update untuk weekend yang lalu.
Next time lain pula getaway nya.
:)

*satu check point satu minggu, mungkin!

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka