Wednesday, March 8, 2017

Satu Bulan Satu Check Point

Bulan Mac.

Sepatutnya dalam perancanganku, 1 Mac tepat 12.00 tengah malam aku ada tugas.
Iaitu booking rumah rehat untuk penginapan pada bulan 4.
Sebab gayanya begitu (aku pernah tulis pasal ni pada entri yang lepas),harus buat tempahan sebulan awal!
Ditakdirkan aku mengalami kegagalan fungsi ingatan atau reminder fail.
Aku telah terlepas tarikh itu.
Tapi aku positif.
Aku rasa ada hikmah kenapa Allah tak izinkan aku berbuat demikian.
Sesungguhnya aku merancang dan Allah juga merancang, malah perancangan Allah itu jauh lebih baik daripadaku.
Aku tenangkan hati dan bernafas perlahan.
Mungkin belum rezekiku.

Jadi aku sebagai manusia masih mahu merancang.
Masih mahu berusaha agar perancanganku menjadi jaya.
Aku masih mahu mengwujudkan ruang masa dan tempat yang menarik untuk bersama keluarga kecilku.
Terutama puteriku Nur Irdina.
Anak kecil itu suka sangat kalau diajak berjalan.
Melihat dunia itu suatu yang mengujakannya.
Kami sebagai mak abah bertanggungjawab menzahirkan rasa gembira untuk menggembirakan si anak.
Setiap hujung minggu mesti nak bawa Nur Irdina keluar dari rumah.
Bermain di tanah laman pun cukup membahagiakan dia.

Kami ingat mahu check in setiap negeri atau lokasi setiap bulan.
Tidak perlu bajet besar-besar, yang penting kami berkelana dan menemukan apa yang menarik di tempat itu.
Macam minggu sudah tujuannya nak pergi kenduri kahwin suami.
Dah alang-alang ke luar daerah, kami menginap di hotel.
Begitulah.
Tak tergesa-gesa, rilek-rilek dan menikmati.
Nur Irdina pun gembira, yang penting.

*InsyaAllah.Semoga yang dirancang diizinkanNya.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka