Wednesday, March 8, 2017

Minatku Bukan Minatmu

Minat.
Hobi.
Kesukaan.
Obsesi.
Fanatik.

Antara perkataan yang menggambarkan tentang sesuatu yang kita suka, atau orang putih cakap 'into', lebih kurang.
Passion.
Kalau kita suka sesuatu itu, semua tentang ia saja.

Aku ni jenis yang kalau minat tu minat tapi tak adalah lama, ada expired date gak.
Contoh macam suatu waktu dulu aku minat gila dengan kumpulan K-pop Big Bang (pengaruh asal daripada adik aku)
sehingga sanggup beli botol air, beg sendang dan crown light stick berlogokan BigBang.
Dan bila hari ini kumpulan tu bergerak solo aku masih ada minat tapi dah tak berapa gila, sesuai dengan usiaku.
Masih ikuti orang kata.
Cuma drama korea tu aku masih tonton lagi cuma aku ada kecenderungan pada genre yang tertentu, bukan semua drama korea aku
sebat tengok.
Aku lebih minat drama berkisar tentang law, doktor, kepolisan-detektif dan epik history-bangsawan atau rakyat marhaen.
Kalau dulu mungkin aku pilih drama ikut gak hero-heroin dia comel ke tak,
tapi sekarang aku memilih jalan cerita dan gaya lakonan, rupa aku boleh pertimbangkan.
Janji bila tengok tu ada pelbagai rasa-kelakar, sedih, gembira, mendebarkan dan lain-lain.

Terbaru aku tengah ikut drama Innocent Defendant.
Saja iklan! Hehehe.
Hero dia bukan satu-satunya faktor tapi ceritanya dan cara dilakonkan.
Pelakon antagonis dia tu memang menyakitkan hati.
Selalu mendebarkan dan kadang-kadang kelakar juga.

Oh ya, dulu aku pelik sebab apa orang suka tapawe.
Kenapa nak beli banyak-banyak?
Tiap kali ada promosi atau baru keluar mesti nak beli.
Nak simpan apa? Takkan nak simpan aje.
Aku pun ada tapawe,itu pun hadiah kahwin.
Dan aku gunalah sekarang ni untuk bekalkan Irdina dan abah dia.
Dan tak ada rasa nak beli lagi.

Macam yang aku cakap, kalau kita suka sesuatu, kita sendiri tahu kenapa kita suka benda tu.
Dan tak perluka orang lain untuk explain dan memahami apa yang kita suka itu as long as benda tu
tak menyusahkan orang lain.
Saat itu, aku meletakkan diri ku pada kasut orang itu.
Sama aje macam aku suka sesuatu yang pada orang lain membuang masa, dan orang lain juga
tertanya-tanya macam yang aku tanya.
Kita tak boleh nak halang kesukaan setiap orang, sebagaimana kita.
Bila kita suka sesuatu, kita akan ada rasa nak mengumpul koleksi.
Kan?
Macam tulah agaknya.
Dan benda tu pun ada benefitnya, kalau tak segera, mungkin satu hari nanti.
Sehinggalah minat tu fade.

Dan aku timbulkan isu ni sebab tiba-tiba aku suka pada cadar patchwork!
Hahaha.
Dah beli satu, nak beli lagi.
Untuk apa??!!!!
Begitulah.
Sama saja kan.
Hahaha

Setiap minat dan kecenderungan pasti ada koleksinya.
Jangan ditanya kenapa, jawapannya ada pada kita, tapi mungkin pada berlainan benda dan cara.
That's what make us as human.
Variety!

*masih minat deko rumah.tapi masih juga kureng brilliant kreatif ideanya.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka