Aktiviti kesukanan (badminton dan joging) dihentikan sepanjang Ramadhan lalu.
Bila kita dah aktif, lepas tu off, agak payah nak on semula.
Minggu lepas ada aktiviti bersama KKM, ada buat aerobik dalam sejam.
Dah alang-alang pakai baju senam, aku pun teruslah lepas kerja pergi main badminton.
Nak start over lah.
Bina stamina.
Lepas raya mak aihhh.. gain weight so much!
Banyak baju jadi kecik gitu.
Hehehe.
Actually ia bermula semula apabila sesi penamaan calon untuk ke Sukan Staff yang akan berlangsung pada bulan 9 nanti.
So aku pilih untuk main dart.
Sukan yang aku tak pernah main.
Dulu pernah sekali wakil kolej main karom (tangkap muat je) dan sekali main badminton.
Alhamdulillah, aku mula serasi dengan game ni.
Hari-hari waktu latihan petang, selepas selesai kelas dan tugas hakiki.
Aku akan training around 30-50 minit macam tu.
Coach adalah pengurus pasukan dan rakan-rakan yang dah expert.
So aku rasa tak delah kalori aku dibakar 100% ke apa ke.
Tapi berpeluh gak lah ketiak bila kau hayun tangan depan belakang macam tu, lepas tu pergi kutip dart bila dah siap baling.
Aku decide untuk menceburkan diri semula bermain badminton.
Sebab aku tak minat sukan yang lebih lasak daripada itu.
Main dalam dewan, panas dan harap-harap bolehlah bakar lebih kalori.
Walaupun aku tak terpilih wakil kolej tapi aku main sebab aku suka dan bina stamina untuk aktiviti aku seterusnya.
Bila kita dah lama tak main biasalah kalau kekok masa mula-mula tu.
Lama-lama kita jadi biasa dan ada rentak.
Sama macam dart, mula-mula tak reti pun cara balingan yang paling selesa.
Tapi lama-lama praktis, jadi biasa dan ada chemistry orang kata.
Gunakan dart yang sama, supaya kita biasa.
Kalau rosak ke bengkok ke betulkan, or ganti part je.
Tak tajam, asah je.
Longgar, lilit dengan benang paip tu.
Aku sukalah game ni.
Rilek dan kena fokus.
Kalau stress kerja ke layan karenah orang ke, baling je dart tu.
Dan lepaskan tekanan.
Main pun dalam bilik beraircond.
So ok lah.
Semoga team dart KKTML maju dan capai target.
At least ada placing.
Sebab dengar cerita team lain ada yang jauh lebih hebat wanitanya.
Huhu.
Aku beginner.
Tak harap sangat, kalau ada rezeki aku terima.
Lagi pun ada benda lain yang aku kena fokuskan just after the game.
Wohaaaa yang jauh lebih merisaukan...
Semoga semuanya dipermudahkan dan selamat.
Aminnn...
Monday, August 14, 2017
Melihat Laut China Selatan
Sebelum ni aku pernah cerita tentang kepayahan (begitu payah) untuk mendapatkan rumah rehat sehingga perlu bersengkang mata menunggu detik 12 malam 1 haribulan, 2 bulan sebelum tarikh menduduki rumah tersebut.
Alhamdulillah.
Rezeki kami pada 22 Julai 2017 dapatlah tempah rumah rehat Swiss Garden Residence Kuantan.
Itu pada hari terakhir aku berkursus di Shah Alam.
Lepas habis kursus, terus shoot balik ambil Nur Irdina and Abah dia.
Mak mertua dan 2 adik ipar juga ikut serta.
Kami bertolak dari rumah around 4.30 petang.
Singgah di Segamat untuk solat Asar.
Terus sampai Kuantan around 8.30 malam.
Lepas ambil kunci, terus pergi makan dulu.
Wow!
Cantik rumahnya.
Cuma ada sedikit keadaan peralatan elektronik yang kurang berfungsi dengan baik.
Tapi yang best mandi kolam!
*gambar mandi kolam tak dan nak ambil sebab semua syok turun mandi tak bawak kamera pun.
Pergi jalan kat Pantai Batu Hitam.
Nur Irdina main pasir dan air laut sikit.
Sebenarnya nak bawa Nur Irdina mandi kolam.
Since dia suka!
Nak bagi anak happy.
Yelah seminggu Mak tinggalkan dia.
Tapi tak plan pun kursus tu berlangsung pada minggu tu.
Kira reward jugalah.
Lepas ni plan nak bersengkang mata lagi tempah rumah rehat Cameron Highland, Copthorne.
Tapi bukan this year.
Tahun lainlah.
Nak pergi utara dulu.
Sebab Irdina cakap nak tengok helang!
:)

Irdina main pasir.
Family potrait!
Mencecahkan kaki ke air laut di gigi pantai.
Irdina menikmati aiskrim setelah penat main pasir dan air laut.
View kolam renang dari bilik di tingkat 3.
Main entrance.
Since dia suka!
Nak bagi anak happy.
Yelah seminggu Mak tinggalkan dia.
Tapi tak plan pun kursus tu berlangsung pada minggu tu.
Kira reward jugalah.
Lepas ni plan nak bersengkang mata lagi tempah rumah rehat Cameron Highland, Copthorne.
Tapi bukan this year.
Tahun lainlah.
Nak pergi utara dulu.
Sebab Irdina cakap nak tengok helang!
:)
Wednesday, August 9, 2017
Inspirasiku
Tekanan kerja memang tak boleh dielakkan.
Hidup memang ada tekanan.
Tekanan tu penting.
Dan ia perlu diuruskan agar seimbang dan tidak melebihi keupayaan.
Bila aku mengajar, aku suka kaitkan topik (yang selalunya dipelajari sebab nak lulus exam) dengan kehidupan nyata kita.
Biar kita ni nampak, belajar tu bukan atas dasar kelayakan akademik semata-mata.
Kena masukkan nilai tu dalam hidup juga.
Sama macam bila students tanya pasal kerja berkaitan.
Aku cuma pesan, jangan rigid.
'Hidupkan' kehidupan kamu.
Berbalik pada pengurusan tekanan.
Itu bergantung pada individu.
Orang lain takkan uruskan untuk kita.
Ia sama macam masa juga.
Yes.
Satu benda yang boleh kurangkan malah hilangkan tekanan kerja adalah ANAK
NUR IRDINA
Sumber semangat aku.
Melayan kekepohan dia boleh buat aku gembira.
Memanglah bila tang tantrum tu semua ibu bapa pun agak stress.
So kena kawal dan uruskanlah.
Nur Irdina ni kat rumah dialah raja.
Sebab dia sorang je.
Tak ada kawan seusia dia.
Apa yang dia nak boleh kata 80% ke atas akan berjaya dia dapat.
Aku takkan beri semua yang dia nak.
Ada perkara aku akan terangkan kenapa tak boleh dan sekian-sekian.
Kalau dia nak juga dia kena usahakan.
Contohnya, dia nak minum air.
Dulu memang aku yang akan ambilkan dan pegangkan cawannya.
Since sekarang dia dah besar dan boleh buat sendiri, aku latih dia untuk pergi dapur dan ambil sendiri air tu, jika ia senang dicapai olehnya.
Biasanya air kotak dalam peti ais.
Dulu dia tak tahu buka peti ais, bila hari-hari tengok aku buat benda tu dia belajar.
Cuma bila dia dah kuat membuka pintu tu dia mahu ambil sendiri air tu.
Sama juga bila aku buatkan dia air.
Aku akan letakkan cawan atau botol dia atas meja yang dia mudah capai.
Aku akan panggil dan minta dia ambil sendiri, instead aku yang hantar kepada dia.
Jadi dia akan usaha kalau dia mahu sesuatu itu.
Ada benda yang aku juga akan offer pada dia.
Sebagai reward.
Bagi dia benda yang dia suka.
Jadi dia pun faham Mak bukanlah strict sangat.
Hehehe.
Graf kita ni turun naik.
Samalah dengan emosi.
Perkembangan anak-anak.
Semuanya fluctuate, dan tidaklah statik.
How to control?
Kita kenalah kaji dan fikirkan.
*tiba-tiba mode nak bermotivasi lak.. :)

Tuesday, August 8, 2017
Nur Irdina Nak Pergi Sekolah
Nur Irdina akan masuk 3 tahun.
Tahun depan insyaAllah akan bersekolah.
Asyik menyebut je nak sekolah.
Hehe.
Harap-harap ada rezeki kat Tadika Kemas.
Ada juga cuba mohon ke Taska Permata Kemas.
Tengoklah mana yang dapat.
Last choice nak hantar ke Tadika Perpaduan pula.
4 tahun ni biarlah dia berkawan, main sama-sama, beraktiviti, berkomunikasi, belajar biasa-biasa je dulu.
Tak nak bagi dia stress dan terbeban sangat.
Biar otak dia berhubung dengan cara yang natural dan sesuai usia.
Tak nak bagi dia pressure.
Sebab bila dia dah berusia 7 tahun ke atas, episod sebagai pelajar exam oriented dan KBAT tu dah kena lalui.
Kesian budak-budak.
Teringat masa kecik-kecik dulu, umur 4 dan 5 tahun mak hantar aku ke sekolah madrasah.
Bukan madrasah tahfiz tu.
Macam sekolah pengenalan awal untuk belajar mengaji alif ba ta, menulis jawi dan A B C, mengira 1 2 3 macam tu.
Basic of life orang kata.
Sekolah tu dalam 2 jam ke 3 jam je.
Pukul 11 pagi dah balik dah.
Alhamdulillah, aku kenal ilmu-ilmu tu awallah.
Masuk umur 6 tahun, mak sekolahkan aku kat Tabika Kemas - ini macam compulsary sebelum boleh masuk darjah 1.
Sebab kat Tabika la aku kenal lagi ramai budak termasuklah kawan-kawan aku masa kat madrasah dulu.
Dan kawan Tabika aku ada kawan aku masa darjah 1 (tak perlu diperkenalkan lagi)
Sebelah petang masa darjah 2 baru aku masuk KAFA (Kelas Asas Fardu Ain)- belajar mengaji dan solat semua tu.
Sebagai basic untuk masuk sekolah agama kerajaan Johor.
Darjah 3 baru boleh masuk darjah 1 sekolah agama.
Sampai aku darjah 6, aku darjah 4 sekolah agama.
Tingkatan 1 dan 2 aku habiskan sehingga darjah khas sekolah agama.
Hikmah tak masuk asrama penuh lepas UPSR.
Ye aku faham zaman dah berbeza.
Tapi kanak-kanak tetap kanak-kanak.
Bagi masa pada mereka.
InsyaAllah.
Aku mungkin tak pergi kelas keibubapaan.
Ada benda common sense.
Semua tu bergantung.
Membaca pun banyak membantu.
Dan merujuk pada yang pakar dan berpengalaman pun sangat berguna.
Aku tak nak skema yang aku nak ikut tak sesuai dengan perkembangan anak.
Kesannya tak sama.
Lain anak, lain sifatnya.
Ada budak boleh terima, ada budak gifted and genius lahirnya, ada budak learn from surrounding, dan macam-macam lagi.
Apa yang aku rekod dan catatkan tentang anak aku adalah untuk simpanan kami sendiri.
Kot pada masa depan, Nur Irdina boleh menyingkap memori kanak-kanak dia kan.
Disclaimer!.
Oklah.
Sambung next entri next time.

Subscribe to:
Posts (Atom)