Tekanan kerja memang tak boleh dielakkan.
Hidup memang ada tekanan.
Tekanan tu penting.
Dan ia perlu diuruskan agar seimbang dan tidak melebihi keupayaan.
Bila aku mengajar, aku suka kaitkan topik (yang selalunya dipelajari sebab nak lulus exam) dengan kehidupan nyata kita.
Biar kita ni nampak, belajar tu bukan atas dasar kelayakan akademik semata-mata.
Kena masukkan nilai tu dalam hidup juga.
Sama macam bila students tanya pasal kerja berkaitan.
Aku cuma pesan, jangan rigid.
'Hidupkan' kehidupan kamu.
Berbalik pada pengurusan tekanan.
Itu bergantung pada individu.
Orang lain takkan uruskan untuk kita.
Ia sama macam masa juga.
Yes.
Satu benda yang boleh kurangkan malah hilangkan tekanan kerja adalah ANAK
NUR IRDINA
Sumber semangat aku.
Melayan kekepohan dia boleh buat aku gembira.
Memanglah bila tang tantrum tu semua ibu bapa pun agak stress.
So kena kawal dan uruskanlah.
Nur Irdina ni kat rumah dialah raja.
Sebab dia sorang je.
Tak ada kawan seusia dia.
Apa yang dia nak boleh kata 80% ke atas akan berjaya dia dapat.
Aku takkan beri semua yang dia nak.
Ada perkara aku akan terangkan kenapa tak boleh dan sekian-sekian.
Kalau dia nak juga dia kena usahakan.
Contohnya, dia nak minum air.
Dulu memang aku yang akan ambilkan dan pegangkan cawannya.
Since sekarang dia dah besar dan boleh buat sendiri, aku latih dia untuk pergi dapur dan ambil sendiri air tu, jika ia senang dicapai olehnya.
Biasanya air kotak dalam peti ais.
Dulu dia tak tahu buka peti ais, bila hari-hari tengok aku buat benda tu dia belajar.
Cuma bila dia dah kuat membuka pintu tu dia mahu ambil sendiri air tu.
Sama juga bila aku buatkan dia air.
Aku akan letakkan cawan atau botol dia atas meja yang dia mudah capai.
Aku akan panggil dan minta dia ambil sendiri, instead aku yang hantar kepada dia.
Jadi dia akan usaha kalau dia mahu sesuatu itu.
Ada benda yang aku juga akan offer pada dia.
Sebagai reward.
Bagi dia benda yang dia suka.
Jadi dia pun faham Mak bukanlah strict sangat.
Hehehe.
Graf kita ni turun naik.
Samalah dengan emosi.
Perkembangan anak-anak.
Semuanya fluctuate, dan tidaklah statik.
How to control?
Kita kenalah kaji dan fikirkan.
*tiba-tiba mode nak bermotivasi lak.. :)
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka