Aktiviti kesukanan (badminton dan joging) dihentikan sepanjang Ramadhan lalu.
Bila kita dah aktif, lepas tu off, agak payah nak on semula.
Minggu lepas ada aktiviti bersama KKM, ada buat aerobik dalam sejam.
Dah alang-alang pakai baju senam, aku pun teruslah lepas kerja pergi main badminton.
Nak start over lah.
Bina stamina.
Lepas raya mak aihhh.. gain weight so much!
Banyak baju jadi kecik gitu.
Hehehe.
Actually ia bermula semula apabila sesi penamaan calon untuk ke Sukan Staff yang akan berlangsung pada bulan 9 nanti.
So aku pilih untuk main dart.
Sukan yang aku tak pernah main.
Dulu pernah sekali wakil kolej main karom (tangkap muat je) dan sekali main badminton.
Alhamdulillah, aku mula serasi dengan game ni.
Hari-hari waktu latihan petang, selepas selesai kelas dan tugas hakiki.
Aku akan training around 30-50 minit macam tu.
Coach adalah pengurus pasukan dan rakan-rakan yang dah expert.
So aku rasa tak delah kalori aku dibakar 100% ke apa ke.
Tapi berpeluh gak lah ketiak bila kau hayun tangan depan belakang macam tu, lepas tu pergi kutip dart bila dah siap baling.
Aku decide untuk menceburkan diri semula bermain badminton.
Sebab aku tak minat sukan yang lebih lasak daripada itu.
Main dalam dewan, panas dan harap-harap bolehlah bakar lebih kalori.
Walaupun aku tak terpilih wakil kolej tapi aku main sebab aku suka dan bina stamina untuk aktiviti aku seterusnya.
Bila kita dah lama tak main biasalah kalau kekok masa mula-mula tu.
Lama-lama kita jadi biasa dan ada rentak.
Sama macam dart, mula-mula tak reti pun cara balingan yang paling selesa.
Tapi lama-lama praktis, jadi biasa dan ada chemistry orang kata.
Gunakan dart yang sama, supaya kita biasa.
Kalau rosak ke bengkok ke betulkan, or ganti part je.
Tak tajam, asah je.
Longgar, lilit dengan benang paip tu.
Aku sukalah game ni.
Rilek dan kena fokus.
Kalau stress kerja ke layan karenah orang ke, baling je dart tu.
Dan lepaskan tekanan.
Main pun dalam bilik beraircond.
So ok lah.
Semoga team dart KKTML maju dan capai target.
At least ada placing.
Sebab dengar cerita team lain ada yang jauh lebih hebat wanitanya.
Huhu.
Aku beginner.
Tak harap sangat, kalau ada rezeki aku terima.
Lagi pun ada benda lain yang aku kena fokuskan just after the game.
Wohaaaa yang jauh lebih merisaukan...
Semoga semuanya dipermudahkan dan selamat.
Aminnn...
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka