Showing posts with label a long journey called LIFE [keje saya]. Show all posts
Showing posts with label a long journey called LIFE [keje saya]. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Sorry

Aku minta maaf kalau aku jadi seorang guru yang tak bertimbang rasa.
Aku menjadi manusia yang tidak sempurna.
Kadang-kadang aku terlupa.
Pada kelas ni aku bg dateline lain, pada kelas ni aku bg dateline lain.
Lepas tu bila aku lupa and tanya balik, aku pun dh konpius.
Kesian aku tengok kalau-kalau ada student yang jadi mangsa.
Maafkan saya.
Yang serba kekurangan.
Kesian kamu...

*lepas ni kena lebih peka..miane..

Friday, April 29, 2011

ustaz amirul dan senyuman bahagianya :)

Hi.
(tarik nafas).
Today,
Friday.
Masa semua kaum Adam (muslimin) ke masjid.
Ini lah masa utk lebih perihatin terhadap blog ni.
He he he.

Last Friday,
kami dapat orang baru.
Nur Hadirah -adik Muhammad Hadi melihat dunia.
Alhamdulillah.
Aku siap boleh list semua anak sedara aku,
susun baik2 dan alkisah;
Hadirah adalah ke -16.
Ahaks. Kan.

Apa pun tahniah buat Kak Cilin.
Sepasang (boy-girl) cahaya hati utk mereka sekeluarga.
Dan insyaAllah weekend ni kami habiskan di Manjung
nak gomol pipi tembam Hadirah.
Wah!!! he he he.
:))

Then,
apa lagi nak up-date?
Urm..
Ye.
Last week,
I had an observation for teaching & learning.
Alah, macam masa kita sekolah rendah dulu2 tu.
Kan.
Cikgu praktikal dari maktab perguruan selalu bagitahu awal2.
" Esok, pensyarah saya akan datang tengok saya mengajar kamu.
Harap kamu semua boleh jadi budak paling baik dan beradab di dunia ni ea.."
Haaaa..
lebih kurang begitulah aku kena buat.
Tapi aku tak nak hipokrit.
Aku tak de pun nak pesan2 kat students aku suh dorang berlakon bagai bidadari ke apa.
Just be urself.
Barulah tahu kemampuan aku macam mana.
Biar banyak komen,
nanti boleh improve.

So far,
students aku semuanya memang budiman la.
Aku tanya dorang soalan, suara macam tak nak keluar sbb ada jongkong emas dlm mulut.
Tapi ada juga yang beri kerjasama dengan menanyakan aku pula soalan cepu gangsa gitu.
Seb baik aku ada ilmu nak goreng2 ni.
He he he.
Tapi aku salute kat dorang sebab be matured and fokus dalam kelas macam selalu.
Dan kalau ada komen tu pun semuanya datang dari kelemahan aku.
Yang penting serapkan nilai murni dengan teguran seperti ni:
"Next time don't do that again ya. Please be on time, if you're late for a minute, you will lose the hints for final"
Keh keh keh. (Ayat selepas Please itu aku tambah kat sini jek he he he).

Cuma satu jelah.
Kalau kena observe ni kebiasaannya,
orang cuak sebab maybe dia tak pernah kena observe oleh orang yang lebih tinggi dari dia
(contoh macam Ketua Jabatan, Penolong Pengetua, Guru Besar tec)
unless dia dengan orang2 tersebut dah biasa (boleh berbual2, tak kekok, etc.)
Lagi satu,
sebab kalau nak kena observe bukan boleh bodoh2 macam tu masuk kelas n mengajar.
Kena siapkan dulu dokumen2 nya.
Baru boleh dinilai.

Itu lah fenomena sekarang ni yang sedang melanda kami.
Masing2 sibuk memilih color paper yang sepadan,
soft-copy format lesson plan,
sibuk kerat2 kertas penanda divider,
printer bekerja dengan aktif,
ada pulak yang tergopoh2 berlari kejar printer takut orang potong cue,
lagi dahsyat ada yang nak potostat je-ha ha ha (siapa ni??).
Apapun,
suasana macam ni bagus sbb semua akan tolong-menolong.
Bagi itu ini.
Betulkan itu ini.
This's good environment!
Kita semua boleh laksanakan filing utk 5S juga.
:)

Orait.
Setakat itu.
Lepas balik cuti nanti,
ada masa ada idea.
Adalah entri.

*wah, Ustaz Amirul is engaged! :)
**tahniah utk Kimi for his wedding reception next week!
***already got new novel of Nurul Syahida -Valentine Nervosa. That's sooo cool!! i loike..hik hik..:))

Friday, August 27, 2010

penuh dengan mungkin

Hari Jumaat.
Ramai colleague dari kubik terdekat denganku yang bercuti.
Suara dari mulut-mulut becok pun tak kedengaran.
Mungkin menghormati hari Jumaat.
Maka ofis menjadi sedikit sepi.
Tak pasti pulak,
kalau selepas solat Jumaat nanti (nak dekat2 nak petang),
baru keriuhan akan kembali.
Mungkin.

Dan ramai juga yang mengambil cuti Isnin depan.
Memandangkan Selasa adalah Hari Kemerdekaan negara ke-53.
Tak terkecuali aku.
Mungkin pada hari itu,
mereka yang bekerja pula akan merasai suasana seperti aku rasa hari ini.

Hari ini, kelas tiada kerana pertukaran suka-sama-suka.
Lagipun aku dah selesaikan silibus.
Jadi dapatlah aku menyelesaikan perkara2 lain.
Mungkin hari ini (mungkin, tengok pada kekuatan & semangat diri),
aku nak study subjek EC.
Wah, tengok WIM saja mata aku dah berpinar.
Apa taknya,
9 minggu bergelut dengan huruf & karangan yg panjang,
tiba2 ni nak biasakan diri dengan nombor & litar pula.

Emm..memang pagi ni,
rasa malas saja.
Pagi tadi pun macam ingat2 lupa je hari ni sekolah.
Huhu.

Mungkin.
Semalam, ada masak2 bubur lambuk.
Pastu dengar orang bersajak.
Pastu buka puasa nasi beriyani.
Hmm.. mood hari raya & cuti semakin menyerang rupanya.

Oh ya.
Hari ini, hari terakhir.
Aku memegang lesen P.
Esok,
dah boleh cabut sticker P.
:)
Alhamdulillah.

* Esok balik Air Tawar. Yeay!!!

Tuesday, November 3, 2009

ulangtahun

3 oktober 2009

tarikh ni bermakna.
genap setahun saya bekerja di agensi ini.
genap setahun saya kembali bermastautin di KL selepas habis belajar. (menyambung dan menambah tahun-tahun di sini)

selamat ulang tahun yang pertama.
semoga terus sedia berkhidmat.
dengan lebih baik.

insyaAllah..:)

Wednesday, October 28, 2009

ke hulu ke hilir nak ke mana

hari ni sangat sibuk [kelihatannya].
bayang rabia dilihat melintas sama ada di tangga antara dua tingkat 20-21 ataupun dalam lif.sekejap di kaizen 2, sekejap di unit alatan, sekejap di upp [port biasa] dan seringkali di pantry [aktiviti wajib semenjak tempoh bertenang kerana survival].

ini luar biasa!mungkin kerana beban kerja rabiah seakan bertambah atas kudratnya seorang diri.huhu.[kesian juga]

saya rasa ada bagusnya juga.bila kuantiti sedikit, kita mudah dilihat,dibilang.dulu saya tertanya kenapa guna "terbilang" untuk suatu yang unggul?

sebabnya terbilang maknanya boleh dibilang.
bila boleh dibilang maknanya sedikit.
bila sedikit maknanya tak semua orang boleh ada di kalangan golongan yang sedikit itu.
makanya golongan yang bagaimana yang sedikit itu?
mesti yang hebat2.jarang orang yang hebat2 tu banyak bilangannya.
kalau yang biasa2 tu banyak laa.tak terkira.tak terbilang.
tapi kalauyang hebat tu sedikit kan senang dibilang,dikira kan kan.hehehe.[penjelasan teori ini diperolehi ketika berada dalam bas pagi tadi.huhu]

dan kesannya, saya di'recognized' oleh bos saya.kalau dulu asek terlindung jek.huhu.
alhamdulillah.mudah urusan saya.

cerita tentang hari ini.
dek kerana terlalu sibuk ke hulu ke hilir [pagi2 dah dapat job baru yang urgent], saya terpaksa 'lari' dari jadula makan yang biasa.
kesian fazdli.
selalunya teman dia makan.
sudahnya kuih fazdlo hari ini saya tak dapat rasa.isk isk..[sedih juga dan lapar]
tapi tengah hari saya lapang saya teman juga fadzli dan rash makan.macam semalam bezanya saya tengok saja.[jadi pengadil ambil bau.hehe]

~habis~

*semalam menerima feedback dari ejan.
katanya-"tak faham apa kau tulis.".
saya jawab-"ha'a.aku tulis apa aku suka nak tulis.i don't care what people think about it.hahaha"

sebab saya menulis apa yang saya nak tulis.
yang boleh buat saya relief.
saya tak kisah orang nak fahamkan atau tidak.
yang penting saya tahu dan faham.
[tulis sesuatu yang buat orang berusaha faham itu lagi menarik dan seronok.at least dia ada usaha untuk kita kan]

saya menulis kerana apa yang saya rasa.
apa yang saya fikir.dari hati saya.dari perspektif saya.
saya dah cukup hargai bila ada yang membaca.dan kalau yang bagi komen tu lagilah saya gembira :))

dan saya bagitau ejan, telusnya -"aku memang transparent.aku tak pandai berlakon.selindung.sebab muka aku menzahirkan apa yang aku rasa"
mungkin.tapi saya memang tak reti nak hipokrit tak kisahlah untuk tujuan apa.cuma saya tahan dan pendam dalam hati dan tak boleh nak salahkan siapa2 kalau ia terzahir juga di wajah saya.

maaf kalau ada yang terasa hati dengan saya.maaf sangat2.mungkin saya tak memaksudkan apa2.without intention, i did something yang buat orang terasa, saya mohon maaf. [benar2 memaksudkan maaf]

Monday, October 26, 2009

satisfaction for a relief

mengimbas, merenung dan merasainya...

kata taufiq -"tak pe biah.tak tau belajar"
kata din -"rileks biah.belajar"

diorang kata macam tu masa saya mengadu.saya tak suka buat kerja itu sebab saya tak reti dan tak faham.saya takut saya tak boleh perform.sebab ada orang cakap kalau kita tak tau buat kita cakap tak tau, takut nanti jadi lain macam mana.dan ada gak orang cakap tak tahu bertanya.

saya memilih kata orang yang kedua.dan ditambah kata2 semangat dua orang di atas.saya fikir kalau saya tak cuba untuk buat, saya takkan tahu sampai bila2.dan lagi banyak kita tahu, lagi banyak kita bertanya dan sebenarnya lagi banyak yang kita kena tahu.

kata khalid -"lagi banyak pengalaman, lagi banyak yang kita tak tahu"

dan ilmu itu luas.macam lautan, lagi banyak kita belajar lagi banyak kita tak tahu.day by day kita menambah ilmu.tak putus-putus.

kata jimiey-"kalau dah tahu buat apa belajar"

betul jugak.hari ni saya terima semua kata2 itu.sebab hari ni saya dengan sendirinya kena buat semua tu seorang diri.berbanding hari sebelum ni saya mempunyai partner untuk bergantung.now i learned; doing something by myself made me satisfied and have encourage to do it more and more (betul ke ayat ni? hahaha).

kepada semua yang berkata-kata; rabia dah buat! DIY,u know and understand it better.

~saya berharap kerja saya baik~ insyaAllah..:)

Thursday, October 1, 2009

rasa 'hidup'

selepas cuti raya, semua orang pun sibuk.saya pun sama2 sibuk.bak kata kak yam -"ni pun baru hari ni aku tengok ko sibuk buat kerja"..hehehe..memang, tak sedar langsung.tengok2 jam je mesti dah waktu lunch.rest jap.petang sambung balik ngadap segala kerja tu, tengok2 jam dah pukul 5.tak pun, pandang jam bila lagu love story dah main kali pertama.kali kedua dah tak heran dah.selalu sampai rumah dah dekat malam.matahari pun dah segan nak duk lama lagi kat langit [ayat sastera selalu baca kat buku menandakan maghrib dah masuk laa].

akhirnya, kerja utk phase 1 dah setel.tunggu arahan selanjutnya dan minggu depan pulak masuk meeting.huhu.mula2 rasa cam heavy and agak tense tapi bila buat dgn rilek dan ada rasa ikhlas, kerja jadi seronok.tak tau kenapa tapi rasa teruja sebab buat semua ni untuk kolej kita semua.

next tuesday, kita semua akan ke Muar lagi.this time kita kena betul2 tengok kolej kita dan buat portfolio untuk kolej kita.apapun semuanya harap kolej kita akan jadi kolej yang best nanti.hehehe.:)