Friday, August 27, 2010

penuh dengan mungkin

Hari Jumaat.
Ramai colleague dari kubik terdekat denganku yang bercuti.
Suara dari mulut-mulut becok pun tak kedengaran.
Mungkin menghormati hari Jumaat.
Maka ofis menjadi sedikit sepi.
Tak pasti pulak,
kalau selepas solat Jumaat nanti (nak dekat2 nak petang),
baru keriuhan akan kembali.
Mungkin.

Dan ramai juga yang mengambil cuti Isnin depan.
Memandangkan Selasa adalah Hari Kemerdekaan negara ke-53.
Tak terkecuali aku.
Mungkin pada hari itu,
mereka yang bekerja pula akan merasai suasana seperti aku rasa hari ini.

Hari ini, kelas tiada kerana pertukaran suka-sama-suka.
Lagipun aku dah selesaikan silibus.
Jadi dapatlah aku menyelesaikan perkara2 lain.
Mungkin hari ini (mungkin, tengok pada kekuatan & semangat diri),
aku nak study subjek EC.
Wah, tengok WIM saja mata aku dah berpinar.
Apa taknya,
9 minggu bergelut dengan huruf & karangan yg panjang,
tiba2 ni nak biasakan diri dengan nombor & litar pula.

Emm..memang pagi ni,
rasa malas saja.
Pagi tadi pun macam ingat2 lupa je hari ni sekolah.
Huhu.

Mungkin.
Semalam, ada masak2 bubur lambuk.
Pastu dengar orang bersajak.
Pastu buka puasa nasi beriyani.
Hmm.. mood hari raya & cuti semakin menyerang rupanya.

Oh ya.
Hari ini, hari terakhir.
Aku memegang lesen P.
Esok,
dah boleh cabut sticker P.
:)
Alhamdulillah.

* Esok balik Air Tawar. Yeay!!!

2 comments:

apa-apa yang kamu suka