Wednesday, April 14, 2010

untuk kau yang jahat

Apakah orang itu kurang ajar?
Atau apakah orang itu tak tahu bersikap sopan?
Tak sukalah!

Mula aku biarkan saja.
Lama-lama aku marah juga.
Ya lah takat mana saja kesabaran seorang manusia kan.

Memang dulu aku tak tahu apa-apa.
Aku diamkan saja.
Tapi kali ini sudah lebih.

Maaflah.
Tak ada lain apa yang aku nak terbitkan dari mulut aku ni selain kata-kata tak manis juga.
Kan..aku dah jadi kurang sopan juga.

Tu yang aku malas nak marah.
Nak geram.
Nanti aku jadi macam orang tu juga.

Tapi aku sedih sangat.
Kenapa buat aku macam ni?
Sape nak ganti kerugian aku?

Kalau aku dapat.
Siaplah kau!!!
Penjahat!

~masih diam dan bersabar~

Tuesday, April 13, 2010

dari rak buku

Buku yang Azma belikan telah selamat diterima (thank you Azma :)).
3 buah buku:
1) Damai
2) Versus
3) Pada Angin Aku Berpesan

Aku sengaja memulakan pembacaan dengan buku no 3.
Penulisnya aku tak familiar di JS, jadi aku nak tahu bagaimana penulisannya.
Cover buku memang menarik, cantik. Aku suka dan 8/10 untuk perekanya. :)
3 hari lebih kurang.
Aku tutup buku itu dengan suatu kesimpulan.
Buku itu lain.

Apa yang lain?
Pada mulanya aku merasakan cerita tu sama macam "i'm not Single" (since sekang kan tgh drama AdamaYa kan).
Kahwin paksa2. Tipikal.
Tapi akhirnya..ada kelainan yang memang berbeza.
Bijak betul penulisnya ni.
Endingnya, heroin bercerai dan berjodoh semula dengan kekasih lama yang setia. wah!
Lainkan?
Sebab selalunya pasangan tu happy ending walaupun bukan pilihan hati. huhu.Cliche.
Ini berbeza!

Gaya penulisan seronok dan tak mendatar atau biasa2.
Ada terselit lelucon yang bisa buat aku tersenyum. :)
Mampu buat aku terus mengeja dari satu page ke page lain.
Dan akhirnya menamatkan cerita begitu pula.
Tahniah!
Sebab kelainan anda buat saya akan ingat cerita ini.

(image dari google)

~thumbs up buat Adileah~

Monday, April 12, 2010

pertama kalinya

Aku dah mulai kehilangan banyak kata-kata puitis indah untuk disusun atas kanvas maya ini.
Hanya gambar memakna segala.
Semuanya manis..:))

depan kedai madu di hatyai

dengan duyung di pantai samila, songkhla


di jeti atas tasik songkhla..lepas lunch seafood..


sebelum naik atas tang kuan hill, songkhla..


atas tang kuan hill..dapat tengok seluruh songkhla yg menarik..pantai yg biru dan cantik..


sebelum turun..depan signboard..

bersiar shopping di plaza market..

*banyak lagi gambar tapi lambat betul nak tunggu siap upload..the rest biar dalam ingatan je..indahnya..hehehe

~what next? hmm...:p

Wednesday, March 31, 2010

satu pun tak ingin

mr.Tortoise?

en. suparman or abang bat?

rem-Pit car??

dumble doo??

nak mana satu?

entri ala diari konon

Minggu ni minggu terakhir di Parit Raja.
Selain Parit Raja, selalu juga ke Bandar Batu Pahat.
Dan jelajah parit lain :eg- Parit Botak (cari kerepek), Parit Bengkok (roti canai), Parit Daun (makan malam) etc.

Tiap Jumaat dan Isnin lalu Ayer Hitam.
Kadang2 jenguk Sri Gading.
Banyak juga port dah terjah.
Pantai Minyak Beku untuk santai petang. :)
Square One untuk menonton Alice in Wonderland.
BP Mall untuk shopping.
Dua tiga kali ulang alik Hospital BP utk cari sumber dan bertemu rakan lama yang menjadi konsultan bina sepital.

Yang paling best selama sebulan ni jugak aku merasakan dekat dengan family.
Mana tak nya, every week balik rumah.
Kalau nak rasa kat Muar lambat lagi laa gayanya.
Duk HQ, sebulan sekali siap kena mintak cuti dulu baru dapat balik rumah.
Alhamdulillah.

Selesai.
Lusa kami semua inysaAllah kena balik semula ke KL.
Aduh...
melakukan rutin (check!)

sesi berguru bersama otai (hik hik..student skema kunun..) "ko baca manual ni dulu..jangan main pasang jek..kena karan kang"-datok black merepek ala2 cikgu pencen..huhu..lepas tu aku tibai je pasang..hehehe

di jeti pantai cinta merdeka eh silap pantai minyak beku tapi aku tak jumpa pulak minyak kat situ..



encik konsultan sepital BP..

husna ni memang cerdik laa..pandai pulak dia tunjuk gigi..No No No..hik hik..(dalam gambar dari kiri: irfan, husna, cikde, ya)

dengan pakcik yg belanja sate..:p


~mengapa ini semua harus berlaku? mengapa ini semua terjadi padaku?kenapa kena balik KL ni??~

cerita #4

Sana sini sok-sek sok-sek.

Perkataan paling banyak didengar adalah- “Cikgu Alia”
Aduhai.
Kenapa ni?
Apa salah Cikgu Alia?

Ada sabotaj!
Lepas sok-sek sok-sek tu hampir lenyap, Cikgu Alia buat gempak.
Cikgu Alia pindah sekolah.
Apa dah jadi ni?
Kenapa Cikgu Alia tinggalkan Sekolah Sri Sentosa?
JazzTwo macam mana?

Tidak!!!
Hilanglah ungu.
Cikgu Alia bawa pergi warna ungu.
Lagu “Ungu Hatiku” kesukaan Cikgu Alia sudah tidak kedengaran lagi.
JazzTwo pun dah tak ungu lagi.

~ini cerita dalam cerita.
dongeng si tukang cerita.
tak apa-apa~

Tuesday, March 30, 2010

cerita #3

JazzTwo!

Kelab seni teater Sekolah Sri Sentosa.
2 tahun berturut-turut menang award “Best Club of the Year!”
Kenapa?
Sebab cikgu penasihatnya Cikgu Alia.

Cikgu Alia!
Cikgu kesukaan satu sekolah.
Tapi ada juga yang dengkikannya.
Si Limtat dan Joyah selalu bergosip pasal Cikgu Alia.
Alah dia orang tu tak puas hati sebab gagal join JazzTwo masa kelab tu dibuka dulu.
Padahal Cikgu Alia bagi peluang ujibakat sekali lagi, tapi dia orang ego.
Padan muka!

Monday, March 29, 2010

tak yah cakap banyak

AKU SUKA INI!!! (pic ini dari blog ini)

~please..gimme back!~

mael dah kawen

Tup-tap tup-tap
Sok-sek sok-sek
Dah hampir 4 minggu kat UTHM ni.
Ha Ha Ha
This week for wrap.
Cha!

Semalam.
No kelmarin.
Bawak family g Jalan Jonid, Muar.
Anak sedara mak kawen.
Balik tu singgah rumah MokDe kat Bukit Gambir.

Lalu depan Serom 4-5.
Kolej kami.
Dah macam bangunan tinggal.
Rumput meninggi.
Gate utama tutup.
Sian tengok...
Tolonglah buka..

Semalam.
Ke Melaka, Bukit Piatu.
Rumah Mael.
Dia kawen.
Asyik g rumah orang kawen jek.
Ha Ha Ha.
lama gila tunggu sampai dekat kul 4 tunggu pengantin abis makan..akhirnya dorang dapat gk bergambo..


sebelum dapat gambo dengan mael, dorang duk berderet tepi longkang umah mak mael ni..snap la gambo buat bukti yang kami datang tau..

dok sok-sek sok-sek bincang pasal family day ke? bertanya khabar kat asiq yang baru sembuh agaknya..

ni cinderella mana yang tersesat kat sini ni? ahahaha ;p

~inilah aktiviti hujung minggu utk kali ini~

cerita #2

“Itu saja untuk hari ini. Jangan lupa homework yang saya beri siapkan dan hantar minggu depan ya” Cikgu Alia menghabiskan kelas ekonomi hari itu.


Cikgu Alia itu manis orangnya.
Perwatakannya biasa saja.
Tidaklah terlalu melawa, tidak juga selekeh.
She’s plain lady.

Cikgu Alia suka pakai baju kurung.
Bajunya kosong, kainnya bercorak kotak-kotak. Kadang-kadang bajunya berbunga kecil dan kain pula kosong. Warnanya selalu warna yang lembut, dan paling kerap Cikgu Alia pakai adalah baju kurung warna ungu.
Oh, Cikgu Alia pun suka ungu!

“Aidil, kamu nanti kumpulkan buku latihan kelas dan letakkan di meja saya. Jangan lupa bagitahu ahli JazzTwo, latihan petang ni dibatalkan. Saya ada urusan penting. Tapi kalau mereka mahu berlatih juga, minta Cikgu Husin pantau,” Cikgu Alia menyaingi Aidil di kaki lima kelas.
 Waktu rehat cuma 20 minit, cepat betul budak-budak ni berjalan ke kantin. Cikgu Alia tersenyum manis.

“Baik cikgu. Cikgu, Shahril dan Didi bagitahu Jai tak mahu sertai JazzTwo lagi,” Aidil, ketua pasukan JazzTwo sejak penggal lalu. Dia dipilih kerana kebolehannya memimpin dan pembawaan wataknya dalam setiap cerita mampu mempengaruhi dan membakar semangat rakan-rakan lain. Dia macam ada kuasa super-saiya, psychology master untuk JazzTwo.

Cikgu Alia menoleh pantas. Tanda soal terpancar atas dahinya yang berkerut itu.

“Kenapa?”

“Tak pastilah cikgu. Lagipun Jai dah 3 kali tak ikuti latihan rutin. Semua orang pun tak tahu nak nasihat dia macam mana lagi” Aidil Nampak risau tapi dia pun tak boleh nak paksa Jai. Hai, apa jadi dengan kuasa psiko kamu Aidil?

“Maaflah. Cikgu pun tak tahu mengenai hal ini Aidil. Cikgu kan berkursus 2 minggu. Kenapa kamu tak beritahu cikgu lebih awal?”

“Saya ingat kami semua boleh pujuk dia tapi dia dah tekad agaknya. Cikgu cubalah pula. Jai is our best team member and we don’t wanna lose him, cikgu. Please.”

“Ok Aidil. Cikgu akan cakap dengan dia nanti. Pergilah kamu rehat, nanti tak sempat.”

Cikgu Alia sudah pening kepala.
Baru tinggalkan 2 minggu, kelab kelolaannya dah huru-hara. Sudahkah?
Dia kena pastikan.