Monday, March 29, 2010

cerita #2

“Itu saja untuk hari ini. Jangan lupa homework yang saya beri siapkan dan hantar minggu depan ya” Cikgu Alia menghabiskan kelas ekonomi hari itu.


Cikgu Alia itu manis orangnya.
Perwatakannya biasa saja.
Tidaklah terlalu melawa, tidak juga selekeh.
She’s plain lady.

Cikgu Alia suka pakai baju kurung.
Bajunya kosong, kainnya bercorak kotak-kotak. Kadang-kadang bajunya berbunga kecil dan kain pula kosong. Warnanya selalu warna yang lembut, dan paling kerap Cikgu Alia pakai adalah baju kurung warna ungu.
Oh, Cikgu Alia pun suka ungu!

“Aidil, kamu nanti kumpulkan buku latihan kelas dan letakkan di meja saya. Jangan lupa bagitahu ahli JazzTwo, latihan petang ni dibatalkan. Saya ada urusan penting. Tapi kalau mereka mahu berlatih juga, minta Cikgu Husin pantau,” Cikgu Alia menyaingi Aidil di kaki lima kelas.
 Waktu rehat cuma 20 minit, cepat betul budak-budak ni berjalan ke kantin. Cikgu Alia tersenyum manis.

“Baik cikgu. Cikgu, Shahril dan Didi bagitahu Jai tak mahu sertai JazzTwo lagi,” Aidil, ketua pasukan JazzTwo sejak penggal lalu. Dia dipilih kerana kebolehannya memimpin dan pembawaan wataknya dalam setiap cerita mampu mempengaruhi dan membakar semangat rakan-rakan lain. Dia macam ada kuasa super-saiya, psychology master untuk JazzTwo.

Cikgu Alia menoleh pantas. Tanda soal terpancar atas dahinya yang berkerut itu.

“Kenapa?”

“Tak pastilah cikgu. Lagipun Jai dah 3 kali tak ikuti latihan rutin. Semua orang pun tak tahu nak nasihat dia macam mana lagi” Aidil Nampak risau tapi dia pun tak boleh nak paksa Jai. Hai, apa jadi dengan kuasa psiko kamu Aidil?

“Maaflah. Cikgu pun tak tahu mengenai hal ini Aidil. Cikgu kan berkursus 2 minggu. Kenapa kamu tak beritahu cikgu lebih awal?”

“Saya ingat kami semua boleh pujuk dia tapi dia dah tekad agaknya. Cikgu cubalah pula. Jai is our best team member and we don’t wanna lose him, cikgu. Please.”

“Ok Aidil. Cikgu akan cakap dengan dia nanti. Pergilah kamu rehat, nanti tak sempat.”

Cikgu Alia sudah pening kepala.
Baru tinggalkan 2 minggu, kelab kelolaannya dah huru-hara. Sudahkah?
Dia kena pastikan.

1 comment:

apa-apa yang kamu suka