Sunday, September 25, 2011

i love

Sunday.
Hanya duduk depan laptop.
Dekat beranda dan menghadap bukit hijau yg diselimuti awan putih.
Ditemani segelas kopi yang dah sejuk.
Up-date FB dan blogwalking.
Reply emel dan download DBSK Live performance.
Study?-SANGAT malas selepas hari Jumaat lepas huhu.

Apa pun dah sebulan kat sini.
Dah boleh ckp thai jugalah.
Lagi satu bila duduk negara orang ni yang buat kita rasa bangga adalah apabila kita jumpa produk Malaysia kat sini.
Terutamanya bila tengok tv.
Ada juga rasa Malaysia bila tengok Upin Ipin tanpa alih bahasa.
Then, Jumaat lepas balik kerja sempat tengok NurKasih, pun tak alih bahasa.
Rasa sangat2 :)
Lagi kalau jalan2 jumpa kereta nasional lagilah rasa rindu kat kereta sendiri.
Semalam nampak Persona 2 biji atas jalan.
Kalau produk makanan tu biasanya dia dah thai kan description tapi warna and brand tu adalah sikit2 tak diubah.
Walaupun a bit expensive tapi for halal food kena juga beli.
Malaysianya bila dapat makan ikan bilis goreng bawang dengan ikan kering. :)

*sedang prepare utk farewell..hahaha.tak sabor menunggu 23 dis..

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka