Up-date selepas puasa.
Hari raya baru lepas seminggu lebih.
Akhirnya raya tahun ini tanpa baju raya.
Nasib baik ada kak long yang murah hati bagi baju.
Thank u so much sis! :)
Ketika di Malaysia,
open house masih rancak di mana-mana rumah.
Aku sudah pun berada di utara bumi gajah putih.
Walaupun baru 4 hari di sini,
aku sudah merindui orang di tanah air.
Rasa macam dah 4 tahun tak balik.
Huhu.
Aku menghabiskan malam dengan melayari fb dan menonton video2 yang aku rakam sebelum pergi.
Rindunya pada mak, abah, anak2 buah, adik beradik, kawan2, students dan dia.
Nasib baik ada Truemove.
Memberikan harga yang agak murah untuk menelefon M'sia.
Tapi topup selalu habis.
mana boleh macam ni, nanti takde duit pulak nak beli ole2.
3 hari masuk kuliah,
aku masih perlu adapt.
Aku sudah kena spot sebagai kaki tido.kehkeh.
Aku memang mengerti kalau students ku ada yg tidur ketika kuliah sebab aku pun alergi kuliah.
Eh ,kenapa bahasa aku dah macam susunan indonesia ni?aduh.
Ini semua kerana channel satelit memaparkan siaran indonesia.
Kalau tak haram aku tak faham bahasa Thai.
Tapi best jugak sebab K-pop hari2 bisa aku tonton dengan gembira.kehkeh.
*sayangi negara anda dengan betul2. :)
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka