Beli 5 baju (1-aku & 4- hafiy,husna, hadi ,hadirah)
Habis juga dalam 1000 baht.uhuhu.
Hari ni tak keluar.
Save energy for tomorrow.
Sebenarnya susah nak keluar sebab tempat ni jauh juga dari town.
Dalam 30 minit macam tu.
Lagi pun tuk-tuk (taxi) susah nak jumpa lalu kat jalan depan tu.
Nasib baik semalam merasa juga naik tuk-tuk sebab Pak Akob dar order.hehehe.
Kalau ada transport sendiri panjang langkah jugalah kitorang ni.
Orang naik motor kat sini sangat banyak.
Tapi kat sini penunggang motorsikal selamat je aku tengok.
Walaupun tak pakai helmet, naik motor sampai 3 orang tapi rilek je tak de kena langgar2.
Good manner.
Pemandu kereta biasanya akan memberi laluan kepada riders.
Jalan kat sini sometimes konfius sikit.
Kalau duk 5-6 tahun baru boleh biasa kot.
Tapi kitorang setakat dah keluar tiap-tiap minggu ni dah boleh hafal jalan jugalah.
Yang penting tau cari landmark kawasan yang kita nak pergi and jalan dia biasanya bersambung2, keluar sini boleh lalu sebelah sana.
Lagi satu, masa shopping.
Mula2 tu buat window shopping dulu.
Since ada 14 minggu lagi, aku beli sikit2.
Supaya boleh bajet.
Bargain dengan muka kesian sambil tekan kalkulator penjual & menunjukkan jari telunjuk bertemu ibu jari katakan saja- "nip noi nip noi"..hehehe.
InsyaAllah dapat murah.
Biasanya kalau kita beli banyak kita minta diskaun dia akan senang hati bagi kita letak harga sendiri and masa ni la kita letak rendah2.
So selamat bershopping. :)
Sekang ni di samping sibuk di worksyop bertukang kaki palsu,
aku juga gigih belajar bahasa thai.
Berbual mesra dengan Nan dan belajar sehari 2-3 patah perkataan dengan Tawan, rasanya dalam 4 bulan boleh tau banyak juga.
Yang penting jangan segan & rajin belajar. Cewah!
Yang bestnya kat sini, banyak bahasa boleh cakap.
Kalau jumpa org thai, ckp thai & english.
Kalau jumpa Akiyo, cakap jepun sikit2.
Cuma takde lah ckp perancis ngan orang senegal. tak retilah. hehe
Apapun tak sabar nak habiskan lagi 14 minggu.
Dah rindu nak minum teh tarik and sambal tumis mak buat. uwaaaa...
Tabahkan hati..
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka