Saturday, September 10, 2011

weekend's things

Pagi sabtu yang indah.
Matahari naik, agak panas juga.
Kesempatan ini digunakan utk laundry.
Lagi pun stock baju dah kurang.
Kalau hari-hari biasa, susah jugak nak rasa bahang matahari.
Hujannya kerap, dan langit redup je.
Tambahan pulak bukit dan hutan mengitari kawasan.
Oh ye,
Dengarnya winter (suhu jatuh) adalah pada pertengahan Dis- Feb.
Tapi tak ada saljilah.
Sempatlah tu nak rasa aircond semulajadi. :)

Plan hari ni adalah keluar jalan2.
Tapi setakat jam 10 ini belum ada tanda-tanda mahu bertolak.
Mungkin kena lunch dulu baru ada tenaga nak menapak.hehehe

Interesting kat sini,
kereta yang kita susah nak tengok atas jalan kat M'sia berlambak kat sini.
Misalnya hari tu dari airport naik Toyota dan Civic.
Vios and City tu buat pergi pasar je.
Alphard buat g niaga.hehehe.
Cari2 juga BLM ke, Myvi ke, tapi adalah jumpa Exora and Savvy.
Savvy kat celah2 semak je dorang park.
Dahsyatlah.
BLM takde langsung. huhu.

Malasnya nak buat report.
Belum ada feel nak tulis apa-apa setakat ni.
Hari-hari pun kerjanya up-date status fb utk orang Msia & upload pics.
Rindunya nak balik rumah.

padang hijau berlatarkan gunung depan rumah kami.

Set breakfast pagi ini.
Jemput2 +anggur hitam+neslo :)

*learning from experience.rasa macam nak berhijrah...

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka