Tuesday, October 4, 2011

entri terpanjang setakat ini

Salam.
Bertemu kembali. Ketika ini aku berada di sebuah negara lain yang betul-betul berjiran dan berkongsi dataran benua dengan Malaysia. Walaubagaimana pun kedudukan aku dalam peta negara itu adalah jauh di utara dan kira-kira 3-4 jam aku boleh ke negara lain di sebelah atasnya.

Minggu ke 5 iaitu minggu pertama pada bulan kedua (Oktober), aku menghadapi dugaan dari sudut kesihatan. Mataku dijangkiti konjunktivitis, atau kata mudahnya sakit mata. Bermakna haruslah aku dikuarantin dari menjalani kursus selama yang disarankan doktor iaitu 3 hari. Bahkan menurut doktor yang cantik itu, ia mengambil masa lebih kurang seminggu untuk pulih. 

Oh, aku tak pernah mengalami penyakit ini seumur hidupku. Sebelum ni kalau orang lain (terutama ketika aku di sekolah dulu), terkena sakit mata dan dapat cuti lama, sakit hati pula aku tengok walhal mata saja yang merah menyala, yang lain masih elok dan gagah. Kali ini baru aku mengerti kesakitannya dan kenapa mereka harus bercuti dan tidak bertemu dengan orang lain. 

Ya, doktor yang comel dan sedikit pandai berbahasa enggeris itu menerangkan bahawa ini penyakit yang berjangkit melalui virus jahat (jahat-yang ni aku tambah). Jadi jangan berkongsi barang (terutama tuala, bantal, etc.) dengan orang lain. Oh kalau begitu nak tenung aku pun jangan haraplah nanti aku bagi kau kuasa mata merahku, mata kau akan menyala sepertiku juga. Hehehe. Macamlah ada yang ingin buang masa bermain mata dengan aku, perasan sungguh! Huhu. 

Aku jadi teringat kisah seorang rakan sekerjaku semasa induksi di Penang dulu, dia sampai jadi Kasim Selamat untuk tutup matanya dari dilihat orang. Aku juga tadi jadi Saloma sekejap sebab malu orang melihat mataku dan menyangka aku telah terkena bahana sekodeng orang. Hahaha. :p

Bercerita tentang pengalamanku ke GH di sini. Situasinya lebih kurang sama saja kalau kita ke GH di negara kita. Aku datang dalam pukul 10 pagi (11 pagi Malaysia), hanya sempat uruskan pendaftaran dan screening sahaja. Dan sambung jumpa doktor lepas lunch hour. Kelakarnya, aku menjadi foreigner yang tiba-tiba fasih speaking. Bayangkan kalau foreigner kat negara kita, kita tengok dan try to speak dengan dia. Samalah situasinya. Dia tak faham aku cakap apa dan aku tak faham dia cakap apa. Mai kau chai. Nasib baik Mr. Tawachai ada jadi translator. Bila aku sebut “one” dia translate “neung” (ujian mata kena baca dengan sebelah mata nombor-nombor dan huruf E terbalik tu kan). 

Dalam ramai-ramai tu aku hanya boleh bertutur sepatah dengan nurse dan berpatah-patah juga dengan doktor (of course la kan sebab doktor belajar guna english medium). Lain-lain aku cuba fahamkan guna bahasa tubuh atau gesture atau paling tak pun aku sengih dan pandang Mr. Tawachai. Soalan aku, apakah persamaan doktor-doktor di seluruh dunia? Setakat yang aku jumpa, semua doktor tulisan mereka adalah sama ‘cantik’ dan unik. Baik yang ditulis dalam bahasa melayu, english mahupun thai. Even aku tak faham bahasa thai, tapi aku boleh beza tulisan yang sebijik-sebjik dengan tulisan doktor. Tapi takpe, since doktor tu comel –suai mak-, aku terima je apa yang dia tulis walaupun dia kata nama aku panjang sangat. Haha.  

 Itu satu hal, hal lain pulak. Dekat sini, dia pakai juga sistem nombor tapi secara manual, macam kita simpan beg kat pasar raya. Dia tak ada sistem digital display yang macam kat bank/ post office tu. Mereka sangat patuh dengan nombor tu, tak ada yang nak potong cue dan masing-masing sabar menunggu (termasuklah aku sampai tertidur-tidur hehehe). Tapi a bit difficult juga sebab kita tak tahu sekarang ni nombor siapa yang sedang dirawat. Lagi-lagi informasi dia kurang (aku pun tak faham kalau ada info/notice pun kot). Lama jugalah aku tunggu kat satu-satu kaunter tu. 

Then masa nak ambil ubat kat farmasi, lagi satu kesukaran yang aku dapati apabila mereka sangat sukar nak pronounce nama aku. Miss … and terus tak nak sebut. Hehehe. Nasib baiklah aku ni jenis observant so aku perhatikan mana-mana staf mereka yang mulutnya macam tergeliat nak menyebut. Sah nama aku yang mereka nak panggil tu. Mereka tak pakai sistem nombor digital tu, jadi aku tak tahu and tak faham nama siapa yang mereka panggil. Yang aku dengar khun..khun.. (nice or polite word to call upon someone’s name). Bayangkan kalau nama yang sama pastu salah bagi ubat, kan naya?? Nasib baik nama aku lain, tak ada ejaan thai jadi sah-sah itu prescription aku. Selesai. 

Alhamdulillah, semoga aku cepat sembuh dan boleh belajar balik. Bagi aku itu pengalaman yang menarik dan aku bersyukur jadi warganegara Malaysia. J  Rasa-rasa kalau aku duk 5 tahun kat oversea macam ni, dah boleh cakap bahasa tempatan kot. Hehehe.

Oh ye, apa aku akan buat 2 hari kemudian di rumah? Pesanan untuk orang yang dikuarantin adalah tidak boleh ke mana-mana. Aduh, esok adalah hari ke Lotus Tesco ( Lotat sebutan oleh pakcik teksi merah). Aku dah berangan-angan nak belanja barang esok, nampaknya kena list kan dan kirim pada mereka. Akiyo sensei juga bertanya apa aku akan lakukan selama liburanku (nampak tak kosakata dari mana ni? semakin adapted dengan bahasa jiran kita). Baca buku? (aku tak bawa satu buku bahasa melayu pun sebab aku bimbangkan cas luggage yang mahal) Tengok tv? Apakah siaran di rumahku berbahasa Thai atau Indonesia? Dan beliau lega kerana aku boleh faham bahasa korea (sebenarnya telah disarikata bahasa Indonesia hehehe). Selain itu kalau internet ok, aku hanya akan surfing sahaja. Ahah, malam esok drama hero kesukaanku –Botak- akan diudarakan. Aku ingin online tv3 (macam dapat je hehe).

Setakat ini. Aku dahuluan ya! Salam. Doakan aku sihat dan survive sampai habis kursus ni. Amin..Semoga Allah melindungi dan merahmati aku dan rakan-rakan seperjuangan. InsyaAllah. 
surat MC


 Plastik ubat dengan arahan makan

 Botol ubat (yang ni aku faham sebab ada tulisann omputih)
Cost: 165 baht :)


Regards,
Adawiah Musa
Chiang Mai , Thailand (3rd Oct. 2011)

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka