Salam,
(up-date 2 hari kembali kerja)
Khamis:
Pagi-pagi lagi aku sudah duduk kat beranda sambil menanti kawan-kawan lain untuk ke sekolah (read: workshop). Tak sabarnya nak huha-huha dengan kawan-kawan di workshop, yelah dah cuti 3 hari dengan penuh kesunyian dan kebosanan, mesti banyak cerita mahu direportkan hehehe. Nampaknya aku sorang saja yang belum buat syme prostheses, jadi aku kena buat sendiri. Yang lain pergi test kaki dengan pasien dan doktor Buddhi. Saat aku membakar POP, aku masih sendiri di workshop. Mujur saja ada kawan-kawan technician yang membantuku. Hari ini saja aku buat 2 kali measurement. Aduh capek sekali!
1st syme adalah gagal. Sempit di sana-sini dan buat kaki pasien ku merah. Maaf ya. Aku pulang dengan mata hampir terkatup. Tapi petang itu aku keluar berjalan. Ok, terima kasih sebab aku merasakan itu bagus untuk senaman kaki.Mungkin tidak konsisten kerana malam itu aku sangat capek!
Jumaat:
Ku pikir hari ini boleh sedikit bersenang kerana ada Test 3 dan practical assessment. Alhamdulillah, full mark (thanks guys). Selepas minum pagi, pasien aku datang dan menghulurkan stump. Measurement sekali lagi dan aku jadi bingung dengan saiznya. Aduh. Aku dah boleh agak 2nd syme ni takkan berhasil. Tapi aku terus modify kalau masih boleh diselamatkan.Hampir pukul 4 petang Malaysia, test soket pada pasien. Sempit lagi di bahagian condyle. Window tak cukup besar. Aduh aduh. Aku hampir menangis sambil menghempas board pelapik form tu. Aku membelasah Aniru di sisiku. Aku peduli apa kalau dia memangnya bekas ahli Muaythai terbaik di CM. Jeb jai! Yelah saat kita sedang lelah, kata-kata semangat macam apa pun tidak bisa menenangkan. Ya memang itu bagus untuk pembelajaran bila buat sesuatu berulangkali, tapi aku capek sekali ni. Sebenarnya kolam mataku sudah berair, tapi kutahankan saja. Nasib baik aku ada kawan-kawan, technician dan penasihat akademikku (bak kata en.rudy) yang sanggup membantuku, terima kasih guys. I really appreciate that! 3rd syme aku disiapkan hampir-hampir pukul 6 petang Malaysia walaupun semasa membuatnya masalah suction 2 kali membuatku hampir meraung lagi. Dan Isnin depan test pada pasien lagi sekali. Harap-harap itu yang terakhir..
* "repetition is a way to learn" -(this is my report for my previous lesson plan and now i am a student so never mind if i have to repeat many times than usual, ok!)
Regards,
Adawiah Musa
Chiang Mai, 8th Oct. 2011
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka