Thursday, March 15, 2012

space ruler

Updates.

1.
Baru balik dari kursus -berhijrah menjadi insan cemerlang. Yang lebih tepat adalah baru kembali dari bercuti di kampung sempena cuti sekolah. Tak adalah luarbiasa cuma bila semua adik beradik (dengan anak-anak buah) berkumpul, kita rasa perasaan yang sangat bahagia. Memiliki sebuah keluarga yang ramai bilangannya, walaupun hanya sejam berjumpa, semangat dan kemesraan tu memang terasa sampai kat hati.Lapang kepala otak ni bila naik kerja semalam. Perasaan tu tak sama macam masa balik dari Thailand. Yang ini lebih rasa tenang. Mungkin kesan kursus dan hangatnya kasih sayang keluarga. :)

2.
Walaupun baru dua hari masuk kerja, kepala dah mula berasap semula. Buat-buat cool saja sebab tak nak terlalu tertekan. Katanya- mutiara yang berada paling dalam di dasar laut menerima tekanan paling kuat lalu menyebabkannya mempunyai nilai yang sangat tinggi. Begitu juga manusia, kalau tekanan tu dapat diuruskan dengan baik, insyaAllah hasilnya sangat memberangsangkan. Tapi setakat ni, aku masih lagi dalam stage percubaan untuk mengaplikasi hal tu dalam urusan kerja dan peribadiku. Fighting!

3.
Set soalan IDTD dah selesai. Tinggal set MF je. Sebabnya aku rasa kepala aku dah sampai limit. Lampu merah hampir-hampir menyala kot. Penghabisnya layan BigBang updates.

4.
Dah mula rindukan budak-budak kat rumah tu.

5.
Dah demam sebab main hujan 2 hari lepas. Padan muka. Malas sangat buka payung. Paginya terus berlari keliling kolej. Longgar kepala lutut eh.

6.
Permintaan hati: tak mahu pergi kursus lagi! Aku jadi pening sebab jumlah jam tidur aku lagi banyak berbanding berjaga. Huh.

7.
Resit asal tercicir menyebabkan permohonan aku belum lagi diproses. Komen aku: hampagas!

8.
Rasanya sekarang ni ada masa ke nak letak bunga dalam hati?(Soalan gatal!)

9.
Banyak urusan perlu diselesaikan tapi aku tetap tak boleh nak pastikan apakah ia. (Kenyataan sengal sebab malas nak buat sebenarnya. Heh)

10.
Pencapaian paling cool: berjaya tengok Runningman vs BigBang (1:2). Walaupun demam dan duduk dalam selimut. Yeah!

variety show paling best!

*hatiku terubat seketika.alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka